Jumaat, Ogos 06, 2010

BAJU RAYA

Ramadhan berada di ambang pintu namun bahang Syawal sudah terasa.Minggu terakhir sebelum ketibaan Ramadhan nampaknya semakin berlumba-lumba penjual kuih raya mempromosi sample kuih raya.Sebut saja segala jenis kek,biskut,kuih tradisional atau kerepek..semuanya ada.Tulis order,tunggu saja..bila sampai masanya nanti hulur saja duit.Mudah betul buat kuih tunjuk ni.

Terkenang dulu bila masuk bulan Ramadhan emak kat kampung akan mula membersihkan rumah,menjemur tepung dan gula,menumbuk kacang dengan lesung kayu yang besar..menjahit langsir.Seronok betul masa tu menunggu baju dan kasut raya.Yer lah..selain pakaian sekolah setahun sekali ,cuma hariraya saja lah dapat merasa baju dan kasut baru.Tu belum cerita juadah buka puasa..meriahnya.Bila dah tua begini,kemeriahan raya tu dah hilang sedikit demi sedikit.Entah mengapa hati semakin teruja menunggu Ramadhan berbanding hariraya dan terasa sayu bila dapat peluang sekali lagi mengisi bulan tarbiyah ini. Faktor usia agaknya..

Pagi tadi Izzah tanya "Mak,baju raya kita tahun ni tema warna apa..?'' Alahai..! kalau  pakai baju raya  tak payah ikut tema terma dan syarat boleh tak..? yang wajib tu puasa..bukan warna tema baju..errmm..layan jer lahh...

 Hujung minggu ni nampak gayanya kenalah bertungkus-lumus cari baju raya tema warna BIRU.. ikut cadangan Izzah..;) 

10 ulasan:

aznaz berkata...

salam kak pinat


cl lum beli pun baju raya tahun ni..


waslam

atuk berkata...

Assalamualaikum Cikgu Pinat

biru tua ke
biru muda

selamat bershopping

Wassalam

Aki44 berkata...

Salam Cikgu Pinat,

Bukan tu jer.. ramadan tak selesai, takbir raya dah berkumandang di tv n radio. Pasaraya mengiklankan Jualan Murah Aidifitri dsb nyer

Berhemahlah berbelanja di bulan yg barakah ni.

PINATBATE berkata...

Salam CL..
Kita orang dewasa ni tak kisah sgt nak berbaju raya..bebudak ni yg beria-ria sangat..segala benda nak baru..kalau boleh seluar kecik pun depa nak seluar kecik RAYA..alahai...

PINATBATE berkata...

Atuk Rozali..
segala kategori kaum kerabat biru boleh diterima....biru muda,biru tua,biru laut,biru awan,biru mata hitamku...;P

PINATBATE berkata...

Aki44..
Ahlan..Insyaallah,mmg niat nak berhemah..shopping pun kat kampung..kami cadang balik kg hujung minggu ni,sambil bershopping..mungkin boleh cari yg murah sikit kot..maklumlah anak ramai ni,macam-macam keperluannya.

Tepi Sungai Batu berkata...

Tema biru tahun ni ya.......ok juga tu.

PINATBATE berkata...

PakMan..
abah bebudak ni terbayang dah 'keping-keping biru' yang bakal keluar..hehehe..

aNIe berkata...

Salam pinatbate...tadi dengar Al-Hidayah...Ustaz tu kata...beli baju raya sebelum puasa...supaya puasa boleh concentrate untuk beribadah...akak pun mungkin hujung minggu ni pergi

yoxx berkata...

whoaaah bagus benar...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin