Rabu, September 10, 2008

IZZAH PUASA

Setakat hari ini Izzah dah berpuasa selama lapan hari. hari pertama Ramadan Izzah merengek-rengek lapar seawal jam 9.00 pagi..Hari kedua dan seterusnya Izzah berpuasa sampai petang sebab semua kawan-kawan di tadikanya berpuasa. Abang dan kakak pula sentiasa bagi sokongan moral..puji dia, bagi peluang dia pegang remote sepanjang petang tengok mana-mana saluran tv dia nak, layan dia itu-ini...macam tuan puteri.

Semalam sengaja suruh dia tak payah puasa sebab nampak dia letih sangat. Selepas seminggu berpuasa bibirnya nampak kering, lemah dan muka nampak pucat. Hari ni dia berpuasa semula dengan semangat baru....agaknya semalam dah isi penuh tank la tu...

Izzah baru enam tahun dan ada conginential anaemia..memang risau memikirkan risiko jika Izzah berpuasa..tapi kami percaya ada beberapa kebaikan melatih anak berpuasa antaranya

1. Anak akan merasa dirinya diperhatikan Allah dan hampir dengan Allah.Perasaan begitu akan membuatkan anak berlaku ikhlas, jujur dan yakin dirinya dalam peliharaan Allah. Contoh yang selalu kami ucapkan pada Izzah seperti
"kalau Izzah berpuasa nanti Allah sayang.."
" ...Allah jadikan Izzah budak cerdik sebab Izzah rajin puasa.
" Izzah mesti rajin solat, orang yang berpuasa mesti solat ..barulah Allah sayang"

2.Anak akan jadi lebih sabar terutama ketika mengawal emosinya..Anak yang sedang berpuasa mudah meleraikan pergaduhan sesama adik-beradik atau kawan-kawan kerana ruh puasa mengajar mereka sabar menunggu saat berbuka puasa.

3. Anak akan kurang meminta-minta kerana puasa mengajar mereka bersyukur. Pernah sekali Izzah minta makanan yang macam-macam jenis menjelang berbuka...sampai buat list panjang. Bila diceritakan kisah orang susah, anak yatim miskin, orang Islam yang duduk di negeri yang berperang dia mula tenang ( kena pandai goreng..guna psikologi gitu:)....) Kami minta dia pilih hanya beberapa jenis makanan saja dan hari-hari selepasnya dia nampak OK.....makan apa saja yang dihidangkan..bila tanya nak makan apa, dia sebut hanya satu jenis makanan pilihannya saja.



Mengapa melatih anak sejak kecil?

Sesungguhnya pendidikan yang paling efektif ialah mengalaminya secara langsung.Sekalipun berpuasa di bulan Ramadan bagi anak-anak yang belum baligh bukan lah perkara wajib, tetapi kebanyakan ulama memandangnya sebagai sunnah.

Imam Syafie menganggapnya sebagai salah satu cara pendidikan sesuai dengan tahap kemampuan anak itu berpuasa. Ianya sebagai persiapan dan latihan bagi anak-anak bila sampai waktu ibadah itu menjadi wajib mereka tunaikan, Insyaallah tidak lagi menjadi beban atau kepayahan bagi mereka.


Macamana Izzah puasa?

Tahun lepas Izzah sahur pukul 7.oo..sebenarnya sarapan tapi saja sebut sahur...sebagai menandakan permulaan puasa dia. Tahun ini dia bangun sahur sama-sama dan kami pastikan dia minum banyak air. Alhamdulillah mudah nak bangunkan dia...tak ada masalah, seronok saja bangun bersahur ..dan selera makan..

Yang timbul masalah bila dah sejam dua nak masuk waktu berbuka, lebih-lebih lagi bila dah keluar bau masakan dari dapur..mula lah dia tak tentu-arah..asyik keluar masuk dapur, jenguk periuk..lepas tu merengek-rengek...masa ni kena pujuk, lekakan dia, tengok tv, ajak main ker, jalan-jalan ker sementara azan..

Tapi yang paling hiba di hati seorang ibu ialah bila Izzah menutup sahurnya setiap pagi dengan lima biji ubat...



8 ulasan:

dilaOHdila berkata...

alhamdulillah.....izzah puasa penuh erk
ni mak kene belikan izzah bunga api yang banyak ni erk Izzah:-)

Wangi74 berkata...

Auntie doakan izzah sihat walafiah soon ok;)

Quinary berkata...

Kak Pinat.. alhamdulillah.. saya doakan Izzah dapat penuh sebulan :)

Teringat my niece, first day puasa hari tu kat my parents house yg letaknya kat daerah terkering di M'sia.. bebudak tu dah biasa puasa di KL, sekali kena start puasa kat tempat yg panas dan keringnya ya ampun, melepek macam kain buruk.. tapi tak komplen, alhamdulillah.. cuma terbaring terlentang terbalik sumer siap..

my step son time mula2 dulu, siap tadah lidah bawah paip, tapi tak telan air.. tadah je kat situ lepas tu luahkan.. kasik sejuk katanya :) macam-macam nak ngajar budak posa ni :)

PINATBATE berkata...

DILLA..
bunga api tak mo lah..main mercun lagi best..tapi sekarang payah nak cari orang jual..tu agaknya yang ramai budak-budak buat sendiri tu...melecur sampai putus jari...


LYNN..
Amin..Terima kasih mendoakan ..mudah-mudahan Allah memakbulkan doa dibulan Ramadhan ini..


QUINARY..
Memang macam-macam hal, kadang tulucu..kadang kesian...semua tu akan jadi kenangan bila dia besar nanti..

ADIFASHLA berkata...

Haha, alahai cutenya Izzah!!..Puasa yek!

dilaOHdila berkata...

kak.....
trafic bila nak buat? hehehhe

KAMATO berkata...

moga izzah itu akan jadi anak solehah nanti

Shinky, mama of 2 Princess berkata...

Izzah,
kagumnya achik shinky dapat tau izzah puasa penuh. Semoga dapat puasa penuh sebulan. Untung pinat dapat anak-anak yang solehah. Semoga anak-anak shinky pun akan ikut jejak langkah anak-anak pinat nanti, amin

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin