Jumaat, September 19, 2008

TAK BELI APA-APA

Petang itu kami dua beranak berjalan dari satu gerai ke satu gerai di pasar Ramadan...beraneka rupa kuih-muih dan lauk pauk di jual.Bau ayam percik dan ikan bakar silih berganti menyucuk lubang hidung yang sedia kembang ..Beraneka jenis air warna-warni menggoda ..Izzah toleh kiri kanan tak cukup mata...

OK...Izzah pilihlah nak beli apa..?

Tak nak apa-apa...

Pilih lah...Izzah kan puasa..teringin nak makan yang mana satu..?

Tak ada jual kat sini...

Izzah nak apa ?

Sandwich telur dengan nasi lemak macam mak selalu masak sarapan tu...

huh!


Selepas buat satu pusingan kami berjalan pulang lenggang-kangkung ...mujurlah pasar tu tak luas sangat......kami tak beli apa-apa pun...betul-betul macam itik pulang petang...hanya tersipu-sipu ala-ala model melintasi peniaga-peniaga pasar Ramadan yang murah senyuman tu..

Sampai rumah terkedek-kedek capai periuk belanga pisau senduk....menunaikan hajat anak...

Alhamdulillah...habis sebuku roti buat sandwich....Izzah senyum sampai sahur.. :)

Nota ibu jari

err...bunga pink tu boleh juga dibuat ulam untuk menambah kejelitaan semulajadi.. sebarang kemusykilan selepas memakannya sila tanggung sendiri.

9 ulasan:

Leyla Shuri berkata...

salam pinatbate,

ayat ini buat akak tergelak sendiri..."sebarang kemusykilan selepas memakannya sila tanggung sendiri."

selamat menunaikan ibadah ramadan seterusnya.

syazwaniadnan berkata...

'bunga pink' tu mesti banyak khasiat kan kak!
susah tu nk dptkan utk jadi ulam! ehehhe

Uncle berkata...

Pinatbate.
FYI memang ada bunga macam tu yang boleh dimakan selain daripada dibuat part of decoration. Sekarang ada dijual di Supermarket ataupun boleh didapati di Cameron Highlands. If you go to hotels di KL, kebanyakkan buffet decor on plates or platters will use all of these...

Uncle

PINATBATE berkata...

Salam Kak Lela..

hehehe..lama kak lela tak menjenguk ke sini..
selamat berpuasa utk kaklela juga...



Wanie..
bunga pink tu khas utk posing jer..



Uncle..
hehehe..tu kononnya saya tiru style hotel lah tu...tapi bunga pink yang ni sah tak boleh dimakan...munge plastik daa...

Tanpa Nama berkata...

err.. masih adakah nasi lemak lebih berbuka.. hehe

Afiq Asri. berkata...

meh saya try makan bunga tuh.
nk tengok rasa musykil tak lepas tuh.
huahuahua.

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

izzah nak gak tangan mak yang buat
kat PARAM tu x sehebat masakkan mak yang selalu mendampingi Izzah tu agaknya erk kak (hehehehehehe)

PINATBATE berkata...

CJ..
dah tinggal kenangan..


KINOKARU...
jangan cuba cuba...kalau musykil siapa yang susah..?


Dila...
yer lah tu agaknya..ahaks..

Chibi Maruko berkata...

ala bestnya baca cita ni...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin