Kerenah memasing..?? arghhhh..!! boleh naik darah tinggi emak dibuatnya..! Kerja letih,cuti lagi letihhh..
Rabu, November 23, 2011
SERANGAN GARUDA
Kerenah memasing..?? arghhhh..!! boleh naik darah tinggi emak dibuatnya..! Kerja letih,cuti lagi letihhh..
Sabtu, November 19, 2011
BUNGA BUKAN SEKUNTUM,EXAM BUKAN SEKALI ..
Abang tak ada di rumah hari ni.Terasa sunyi sebab selalunya dia yang riuh menyakat adik-adiknya dari pagi sampai malam.Pagi tadi kami hantar Abang ke Masjid Negeri mengikuti kem Anak Soleh. Alaa..Bukan lama pun..tidur semalam jer,esok petang baliklah dia.
Sejak dapat result Abang nampak sugul jer. Dia cuma mampu dapat 2A. Balik rumah asyik nak beli jiwa mak dia jer.Sekejap cakap mak abang minta maaflah,sekejap cakap abang sedihlah..kat dapur tak usah cerita..punya rajin menolong..masak nasi,siang ikan,kupas bawang tak payah suruh..nak ambik hati ...:))
Terus terang memanglah dalam hati kecil tu rasa cemburu tengok anak-anak orang lain dapat 5A.Tapi bila memikirkan adalah tak adil membandingkan kebolehan dan keupayaan anak sendiri dengan orang lain.Lagi pun Abang memang dah berusaha semampu yang dia boleh. Kebolehan setiap individu berbeza. Dalam pada main bola pagi petang tu kalau kita suruh buat homework,dia buat..kalau kita hantar tuisyen pun tak pernah ponteng..balik kampung pun baca buku walaupun diselang seli dengan main...dah setakat tu rezeki dia..Alhamdulillah.
Bila dia tunjuk result pun kami suami isteri taklah terkejut sangat sebab selama ni pun memang Abang tak pernah dapat 5A..Habis kuat pun trial hari tu dapat 3A2B..Okeylah..syukur! Agaknya kalau tetiba dia tunjuk result 5A baru betul-betul terkejut..Kau meniru ke aper ni Bang?? Pada kami tak kisahlah sangat..Insyaallah abang tu ada potensi maju bila naik sekolah menengah dan dah matang sikit nanti.Budak lelaki kan..Cukuplah kalau dia tetap solat lima waktu tak payah disuruh dan berakhlak baik..*walaupun kuat loyar buruk budak ni..
Tapi yang tak boleh tahan tu.......bernanah rasa teliga emak ni bila kena kutuk dengan sedara mara,jiran tetangga...Ni contoh ayat-ayat beracun yang buat cair taik telinga mendengarnya :

- Anak orang lain lelaki jugak,main bola sampai wakil negeri lagik ..dapat 5A pun...
- Emaknya mengajar boleh bagi A kat anak orang,anak sendiri tak dapat A ?
- Emak bapak lulusan luar negeri,anak cuma dapat 2A jer..?
- Apalahh dosa mak bapaknya..kesian anak tu...dah usaha pun tak dapat 5A..tak sembahyangkan hajat ker masa nak periksa hari tu..;((
Untuk Abang,
Emak dan Abah bangga dengan abang,kami tak marah pun..Tak usahlah rasa bersalah sangat. Yang dah sudah tu kita ambil sebagai pengajaran. Ada banyaakkkk lagi peluang menunggu Abang dan masih panjang lagi langkah perjalanan Abang. Insyaallah,dengan usaha yg berterusan Abang akan lebih berjaya lagi.Menjadi anak yang taat pada perintah Allah dan berbuat baik kepada sesama makhluk akan menjadikan emak dan abah lebih berbangga sebab kecemerlangan sesorang bukan setakat dinilai dengan keputusan exam semata-mata.
Label:
anak
Selasa, November 15, 2011
KUIH CARA
Semenjak dua menjak rajin tengok rancangan Masterchef Malaysia ni,si abang bukan main rajin ke dapur.Tolong kupas bawanglah, potong sayur,siang ikan..semua dia nak try. Bila time masak jer dia sibuk ke nak tunjuk bakat sekali.
Petang tadi dek kerana cuaca mendung ,memasing kelaparan..abang pun buka langkah buat kuih cara.Elok jugak..kalau tak,acuan kuih cara tu tak berusik bawah kabinet.
Ni sebahagian hasilnya. Sambil masak,sambil makan..Alhamdulillah! senang hati emak..;))
Yang geram tu dapur bersepahhhh!! lepas masak dia tinggal gitu jer..siapa yang kemas? emakkk jugakkk
Sabtu, November 12, 2011
BROGA GA GA GA..
Jam 5.30 petang baru nak gerak dari rumah..ingatkan dekat jer tempatnya ..rupa-rupanya jauhhh ke sdalam ceruklah Excel Training Resort ni...dah lah hp tertinggal kat rumah..tawakal jerlah ..Redahh !! Seram kecut-kecut perut dibuatnya.hujan renyai-renyai pulak tu tambah dengan gelap senja, lalu belukar semua,lereng bukit curam ,lorong kecil muat sebuah kereta jer..ya ampunnn..
Alhamdulillah jam 6.30 sampai jugak..lega betul masa tu...rasa nak menjerit seronok!
Tapi memang bebaloilah hantar 2 bas anak-anak murid berkampung kat situ.Tempatnya cantik,bersih,udara segar dan lengkap segala kemudahan.Cuma nak sampai tu memang kena berjihadlahhh...jauhhhhhhhh!!!

Jumaat, November 11, 2011
KORBAN
![]() |
| 10 Zulhijjah 1432H |
Untuk Kakak, bila satu pintu ditutup, janganlah merenung pintu itu terlalu lama..lihatlah pintu-pintu lain yang terbuka untuk kita.Ada cahaya di situ. Masuklah..!
Isnin, Oktober 31, 2011
RESEPI NASI MANDY AYAM
Kepada reader yg tanya resepi nasi mandy yg kakpinat letak gambarnya kat entry sebelum ni ..ini resepinya kakpinat share..;) Sejujurnya..adik kakpinat yg masak nasi ni kat rumah emak ..Dia terror sikit bab masak ni..berbanding kakak dia .Lagipun masa tu kakpinat belum mandi pagi ..mana boleh nak masak nasi mandi kalau chefnya pun belum mandi kan..nanti ayam bertukar bau kambenggg siapa susah..? ekekeke..ok..merepek tak perlu bayar
Seriously, taklah susah sangat kalau kita biasa masak nasi ayam atau nasi minyak,lebih kurang macam tu jugalah lah cara masaknya...Bahan pun main agak-agak jer tak adalah pakai timbang sukat bagai.
Kakpinat pun tanya kat Pakcik Google yang bijak bestari tu jer.Ada pelbagai resepi tapi yg ni kira simple lah..Yg paling special boleh letak loban sejenis bhn masakan Arab yg rupa mcm kemenyan tu, safron @ za'faron yg mahal utk warna dan arang yg dibakar ditengah nasi utk hasilkan bau wangi.Lebih syahdu kalau kalau ayam atau kambingnya dimasak sekali dalam nasi ..makan sambil pejam-pejam mata..nikmat !..:)
OK start..
Mula-mula tumis bwg putih dan bawang besar yg dipotong dadu dgn minyak sapi,masukkan bunga lawang,kayu manis,cengkih,buah pelaga dan daun salam..dah garing masukkan beras basmathi.Basuh dan toskanlah dulu beras tu. Guna air rebusan ayam utk masak nasi..perisakan dgn garam..letak saffron utk warna kuning ..kami letak kunyit jer..dan carrot parut sikit kasi meriah itu nasi...dah masak,masukkan gajus yg digoreng garing..
Ayam yg dah direbus separuh masak tu perap dgn serbuk rempah beriani,serbuk ketumbar,serbuk jintan,garam,kunyit,..past u
bakar ayam dalam alumunium foil. Alas foil tu dulu dgn bawang besar dan
lemon potong(lagi banyak bawang lagi sedap) baru letak ayam
atasnya.Bungkus foil..bakar..;)
Jangan lupa tinggalkan air rebusan ayam sikit buat sup utk kuah dia,buatlah salad sayur dan sambal tomato style arab tu.Just kisar tomato dgn cili besar dan garam.Jgn letak air masa blend tomato tu..;)
Dah siap! kalau tak nak guna minyak sapi boleh pakai minyak zaitun,mentega atau minyak masak biasa.Asal jangan tuang minyak petrol sudahlah. Beras tu pun kalau tak ada beras basmathi pakai berasbashidup cap rambutan ke,beras Bernas pilihan ramai pun tak kisah..
Renung-renungkan dan selamat beramal!
Seriously, taklah susah sangat kalau kita biasa masak nasi ayam atau nasi minyak,lebih kurang macam tu jugalah lah cara masaknya...Bahan pun main agak-agak jer tak adalah pakai timbang sukat bagai.
Kakpinat pun tanya kat Pakcik Google yang bijak bestari tu jer.Ada pelbagai resepi tapi yg ni kira simple lah..Yg paling special boleh letak loban sejenis bhn masakan Arab yg rupa mcm kemenyan tu, safron @ za'faron yg mahal utk warna dan arang yg dibakar ditengah nasi utk hasilkan bau wangi.Lebih syahdu kalau kalau ayam atau kambingnya dimasak sekali dalam nasi ..makan sambil pejam-pejam mata..nikmat !..:)
OK start..
Mula-mula tumis bwg putih dan bawang besar yg dipotong dadu dgn minyak sapi,masukkan bunga lawang,kayu manis,cengkih,buah pelaga dan daun salam..dah garing masukkan beras basmathi.Basuh dan toskanlah dulu beras tu. Guna air rebusan ayam utk masak nasi..perisakan dgn garam..letak saffron utk warna kuning ..kami letak kunyit jer..dan carrot parut sikit kasi meriah itu nasi...dah masak,masukkan gajus yg digoreng garing..
Ayam yg dah direbus separuh masak tu perap dgn serbuk rempah beriani,serbuk ketumbar,serbuk jintan,garam,kunyit,..past
Jangan lupa tinggalkan air rebusan ayam sikit buat sup utk kuah dia,buatlah salad sayur dan sambal tomato style arab tu.Just kisar tomato dgn cili besar dan garam.Jgn letak air masa blend tomato tu..;)
Dah siap! kalau tak nak guna minyak sapi boleh pakai minyak zaitun,mentega atau minyak masak biasa.Asal jangan tuang minyak petrol sudahlah. Beras tu pun kalau tak ada beras basmathi pakai beras
Renung-renungkan dan selamat beramal!
Khamis, Oktober 27, 2011
TERIMA KASIH KAK INA KL
Lepas raya hari tu ada order dua balang kukis daripada KAK INA KL
Ini kali ketiga order .Berulangkali order tu tandanya sedap dan
puashati.lah kan.:) Tiap kali order mesti ambil dua balang sebab
sebalang anak-anak kongsi makan,sebalang lagi emak dia hadap
seorang..keh3x
Tapi kali ni rasa macam terharu nak menangis pulak. KakIna siap bagi diskaun harga tak charge duit minyak pun utk penghantaran,pas tu bagi 5 paket sampul duit raya utk my anak-anak yg berderet ni..tak cukup tu..dia siap bagi lagi fridge magnet ole-ole from Kuching! Alhamdulillah! Tak pernah pergi beli biskut kat supermarket dapat memacam hadiah macam beli biskut KakIna ni..seronok makcik,senyum simpul sambil kunyah kukis kakIna depan laptop. Happy giler..! orang gila pun tak happy macam ni tau..
Utk KakIna,Selamat maju jaya..Terima kasih daun keladi.

BERKARAT
Memang dah naik berkarat blog ni ditinggalkan .Rasa macam selalu melepak kat facebook sampai nak update blog pun naik malas.Sejak akhir ni banyak sangat cerita nak tulis tapi sibuk mengalahkan PM Najib nak pilihanraya pulak.Pergi sana sini buat itu ini..perghh!! Hebat!
Alhamdulillah abang dah habis exam jadi lega sikit boleh suruh dia jaga adik.Senang sikit emak dia nak buat kerjakan.Kalau tak nak buat urusan rumah tangga pun payah..bergerak kat dapur ada ajer yang mengekor tarik baju tarik kain..haishh! Rimas..rasa nak gigit jer senduk menahan geram.
Tu belum buat kerja sekolah lagi..Bila emak pegang pen merah nak tanda kertas periksa ada ajer lah yang nak tolong tanda..nak tolong kira markah lah..padahal tekan calculator pun tak berapa nak kenal nombor lagi..alahai!
Berbaloilah masak seperiuk besar makan dua keluarga plus atuk dan embah..anak-anak rambu-ramba menambah..Insyaallah,raya haji ni boleh buat lagi..;)

| Alhamamdulillah,Solat Hajat PMR,SPM dan STPM kat Masjid Alam Damai berjalan lancar,Ramai ibubapa yg hadir |
Ni gambar homemade nasi mandy ayam buat dgn my adik masa balik kampung minggu lepas.selalu makan kat kedai-kedai nasi arab tak teringin pun nak buat sendiri..rupanya sekali buat,taklah susah mana sangat..;)
Berbaloilah masak seperiuk besar makan dua keluarga plus atuk dan embah..anak-anak rambu-ramba menambah..Insyaallah,raya haji ni boleh buat lagi..;)
Abang makan tak ingat dunia..ingat akhirat jer.
Khamis, Oktober 13, 2011
RANCANGAN TERGENDALA SEBENTAR
Cuaca mendung dan sejuk jer sepanjang hari.Tengahari tadi berdesuppp ke BBB cari cenderahati utk VIP sempena Hari Graduasi hujung bulan ni. Syok juga shopping time tengahari gini ,tak ramai orang..tapi tulah kan..benda yg nak dicari tu taklah banyak mana pun..tapi yg lain-lain tak termasuk dalam senarai tu pulak yg berplastik-plastik..cukuplah dengan tudung,biskut,bunga bagai..alahai..! payah betul nak menahan nafsu duit daripada mengalir.
Mendung gini hirup sup panas best kan..kan..kan..;) OK.rancangan diet kita tunda ke minggu depan ajer lah..buat syusah syusah ajer ..

Ahad, Oktober 09, 2011
BILA NAK MULA..?
Lepas raya ni rasa badan berat semacam jer..baju semua dah mula mengecut..tak berapa nak lepas dah..yang pelik tekak tu seleraaaa jerlah pulak. Hujung minggu tak ke mana-mana dari subuh sampai malam asyik berpusing keluar masuk dapurrr jer. Elok pulak anak-anak bagi sokongan padu..masak apa jer habis licin diorang makan..mak dia apa lagi..tambah bersemangatlah.;)
OK..esoklah mula diet..sementara tu nak gi pasar dulu..penuhkan stock peti sejuk utk minggu depan.mana tau tengah tengah berdiet tetiba perut lapar pulakk..siapa susah..? ekeke

cerita ceriti
Langgan:
Catatan (Atom)