Sabtu, November 19, 2011

BUNGA BUKAN SEKUNTUM,EXAM BUKAN SEKALI ..

Abang tak ada di rumah hari ni.Terasa sunyi sebab selalunya dia yang riuh menyakat adik-adiknya dari pagi sampai malam.Pagi tadi kami hantar Abang ke Masjid Negeri mengikuti kem Anak Soleh. Alaa..Bukan lama pun..tidur semalam jer,esok petang baliklah dia.

Sejak dapat result Abang nampak sugul jer. Dia cuma mampu dapat 2A. Balik rumah asyik nak beli jiwa mak dia jer.Sekejap cakap mak abang minta maaflah,sekejap cakap abang sedihlah..kat dapur tak usah cerita..punya rajin menolong..masak nasi,siang ikan,kupas bawang tak payah suruh..nak ambik hati ...:))

Terus terang memanglah dalam hati kecil tu rasa cemburu tengok anak-anak orang lain dapat 5A.Tapi bila memikirkan adalah tak adil membandingkan kebolehan dan keupayaan anak sendiri dengan orang lain.Lagi pun Abang memang dah berusaha semampu yang dia boleh. Kebolehan setiap individu berbeza. Dalam pada main bola pagi petang tu kalau kita suruh buat homework,dia buat..kalau kita hantar tuisyen pun tak pernah ponteng..balik kampung pun baca buku walaupun diselang seli dengan main...dah setakat tu rezeki dia..Alhamdulillah.

Bila dia tunjuk result pun kami suami isteri taklah terkejut sangat sebab selama ni pun memang Abang  tak pernah dapat 5A..Habis kuat pun trial hari tu dapat 3A2B..Okeylah..syukur! Agaknya kalau tetiba dia tunjuk result 5A baru betul-betul terkejut..Kau meniru ke aper ni Bang?? Pada kami tak kisahlah sangat..Insyaallah abang tu ada potensi maju bila naik sekolah menengah dan dah matang sikit nanti.Budak lelaki kan..Cukuplah kalau dia tetap solat lima waktu tak payah disuruh dan berakhlak baik..*walaupun kuat loyar buruk budak ni..

Tapi yang tak boleh tahan tu.......bernanah rasa teliga emak ni bila kena kutuk dengan sedara mara,jiran tetangga...Ni contoh ayat-ayat beracun yang buat cair taik telinga mendengarnya :
  • Anak orang lain lelaki jugak,main bola sampai wakil negeri lagik ..dapat 5A pun...
  • Emaknya mengajar boleh bagi A kat anak orang,anak sendiri tak dapat A ?
  • Emak bapak lulusan luar negeri,anak cuma dapat 2A jer..?
       Tapi satu ni yang tak boleh tahan....
  • Apalahh dosa mak bapaknya..kesian anak tu...dah usaha pun tak dapat 5A..tak sembahyangkan hajat ker masa nak periksa hari tu..;((
 Hadoilahhhh....sakit jiwa betul melayan orang macam ni..Pedih tau..

Untuk Abang,
Emak dan Abah bangga dengan abang,kami tak marah pun..Tak usahlah rasa bersalah sangat. Yang dah sudah tu kita ambil sebagai pengajaran. Ada banyaakkkk lagi peluang menunggu Abang dan masih panjang lagi langkah perjalanan Abang. Insyaallah,dengan usaha yg berterusan Abang akan lebih berjaya lagi.Menjadi anak yang taat pada perintah Allah dan berbuat baik kepada sesama makhluk akan menjadikan emak dan abah lebih berbangga sebab kecemerlangan sesorang bukan setakat dinilai dengan keputusan exam semata-mata.

13 ulasan:

Sally berkata...

Setuju sangat dengan semua yang Pinat katakan terutama bab sembahyang tak culas tu, bagi Sally yg tu lebih besar ertinya untuk dibandingkan dengan 5A UPSR..

Ini baru permulaan. Banyak lagi yang perlu ditempuhi..

MasyaAllah, ada sungguh ke molot puaka cenggitu Pinat?? Haishhhh..bak sini nak sombat cili api!

kakti berkata...

Assalamu'alaikum.
Ni kali pertama saya mengulas di blog. Terpanggil utk mengulas lepas membaca koemen2 pedih ttg anak yg gagal dapat 5A. Anggap jelah komen2 tu bagai angin lalu.
Mereka tak tahu yg Nabi saw pernah bersabda kita dilarang menyakiti hati sesama org Islam. Saya sendiri dulu ketika era ujian penilaian darjah 5, hanya dpt 5B. Tapi Alhamdulillah ada juga rezeki saya utk meraih diploma dn ijazah.
Kita meminta dan mengharap hanya kpdNYA.

shami2 berkata...

Salam kak pinat...

Biarlah orang cakap aperpun...anak kita siang malam bersama kita...kita tau kan macam maner dia..

Hari ini, itu yang Allah berikan untuk abang, hari Esok sesiapa pun tak tau macam mana rezeki masing2...kan..

yanti isa berkata...

sekarang ni manusia berlumba-lumba pastikan anak-anak dapat 5A ... yang duniawi dikejar , bekalan akhirat 5E pun banyak yg tak kisah .

Abang jangan putus asa , masih banyak lagi peluang menunggu di hadapann.

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

jangan putus asa bang
teruskan usaha. mudah2an ada rezeki utk abang dimasa hadapan. utk mak....jangan ambil hati. perjalanan hidup. mudah2an tabah .....insyaallah

PINATBATE berkata...

Terima kasih semua.Kata-kata semangat untuk Abang dan penawar hati utk emak dia.Kata-kata pedih berbisa tu datang daripada orang yang amat prihatin dgn kami.Alhamdulillah...;)) masih ada yang sayangg`

Tanpa Nama berkata...

ala apa nak stress kan. yang cakap camtu bukan nya hebat hidup mka. camni la saya dapat aaaa smua , tapi srp lingkup sbb masalah macam macam mak bapak yn buat keputusan cara saya belajar utk periksa, dah tu time nak periksa lagi beberapa hari bapa boleh hamun pergi lah lingkup. drive off pergi masjid...hebat kan. pastu pergi haji lagi ungkit ulang doa depan kaabah.

Kalau Allah nak gagal gagal juga. satu saja subject saya semua score kecuali maths.
So ulang setahun.. tu pun paksa saya buat benda aliran yg saya tidak mahu dan minat.
bleh hamun satu taman perumahan dengar. ipar duai mak bapak melawak bodoh. tak lulus srp, apa bangang, cuma satu subject je..lain lain elok..
anyway, saya ikut hati saya resit. result tak lah cantik mana, ok ..
saya skrg melanjutkan pelajaran di bidang saya rasa saya boleh bawak dan sudah ada ijazah.
alhamdullillah.
mak bapa jgnm melatah atu berdesing telinga. nasib manusia atas dunia ditentukan Allah.
Cuma Allah yg tahu. yg cakap banyak, sorg bekas makcik saya tu kat kelantan bercerai dgn pakcik sorang pun anak tak menjadik.
yg cikgu besar, masuk uni sebrang laut, tak habis final sbb nak bercinta dan kawin punya pasal.
yg lain tu, camtu je lah hidup mereka.
focus dan usah berdesing telinga. yg cakap tu cetek ilmu didada apa lagi di kepala..
suppport anak anak apa yg mereka minat. jgn jadi macam bapak mak saya. trus brand bodoh.

Saya cekal kan hati dan semangat. Adik bradik yg lain dapat no satu tiap penggal pun jadi drebar, jadi arrogant dan pemalas nak belajar , tidur aja dimanja kan mak bapak.
yg lain tak kemana..

ini bukan kiamat.
saya ada kawan dapat 1a3c. tapi spm sains stream dapt 1 , masuk um , hebat duduk kat sg besi je..zaman 80 an..
masih menjadi juga..

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Jng sedih dengan keputusan UPSR tu..banyak exam lain yg. kena tempuh nanti. lagipun masa kerja mana ada org tanya dapat berapa A masa UPSR.Ada yg 5A pun drop-out masa Uni tak pass exam. Ibu bapa yg berbangga anak dapat 5A tu..jng duk perli ibu bapa yg. lain pula..tu dah riak namanya..Allah itu maha mengetahui dan Adil. Teruskan usaha semuga abg beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat

ROZILA berkata...

Salam,

Anak saya pun dapat 2A 3B,tapi saya redha kerana dia dah berusaha hanya allah saja yang dapat mengubahnya.Allah maha mengetahui apa perancanganNYA.TK

kak ina kl berkata...

salam pinat..akak pernah rasa juga macam mana perasaan kamu ni. bersabarlah dengan mereka ini.
Semuga anak-anak kita akan berjaya di dunia dan akhirat

kucingorengemok berkata...

yang penting, jadi anak yang soleh :)

Kak Sidah berkata...

Salam Pinat,

Takper, banyak lagi exam yang akan ditempuhnya..biar jer org nak cakap apa..kita tau setakat mana dan apa yang anak kita mampu..berdoa pada Allah agar abang berjaya dimasa akan datang..insyaallah.

PINATBATE berkata...

Assalamualaikum,
Terasa macam nak mengalir air mata baca komen-komen kat atas.Tak sangka ramai kawan-kawan yg respon termasuk silent readers.Terima kasih semua.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin