Sabtu, Jun 05, 2010

PENUHKAN PETI AIS

Irfan dan makin bolat..pantang kena bedung tangan dan kaki..menjerit saja..I need freedom katanya..;D
jeling sikit..
muka terkejut kena flash ..
tidur mengiring..boleh gitu..?

Musim cuti sekolah dah bermula! Kakak dah balik dari asrama dan nampaknya cuti kali ini tak dapat nak pergi berjalan ke mana-mana..cukup dengan 5 orang budak dalam rumah ni..tak terbayang betapa huru-haranya nak menghabiskan cuti dua minggu..;D

Nampak gayanya kena buat jadual musim cuti utk budak-budak ni..merangkumi jadual belajar,mengaji, tengok tv ,bermain dan giliran berinternet..kalau tak buat giliran macam tu nanti dengan mak dia sekali ikut berebut..lalala..;D

Yang paling penting..stok makanan kena cukup..bebudak ni kalau dah berkumpul reramai macam ni, asyik selongkar dapur jer ...mujur ada si kakak..boleh suruh masak..yeah!

Rabu, Mei 26, 2010

HARI KE 17

Uihh!!
Dah lama rupanya tak menulis kat blog ni..nak buat camana kan..sibuk bertungku berparam berbedak..ghau..ghau bau dia!...kehkehkeh..Lagipun sebenarnya tak ada apa nak cerita sangat..takat makan nasi sesenduk,ikan bakar,lada hitam..alahai..! biasa lah tu..

Tapi bila baca komen Cik Lie Makkah nak tengok gambar baby Irfan,ok jugak masukkan gambar Irfan kat sini kan..buat kenang-kenangan di hari kemudian..Sebenarnya hari tu ada juga niat tak nak tunjuk gambar Irfan, konon nak sorok sampai tiga bulan..pas tu buat sidang akhbar panggil wartawan dan media memperkenalkan anak..alahh macam yang Ziana Jen,Era Pajirah dan Eja buat tu..ahaks..
Perasan macam artis lak makcik pinat ni..( @;@ )

apa lah mak ni..orang nak mandi pun kena scodeng..malu tau!

pagi tadi lps mandi kami buka hadiah yg mak usu bagi..jeng-jeng jeng...

yeehaa..!!! umur baru 17 hari dah main bola..kalau 20 tahun? jadi pemain Malaysia kot..;D

last..dah penat borak-borak dgn kakak Hannah..pas tu tidur jerlah...apa lagi nak buat kan..?

Jumaat, Mei 21, 2010

WARNA PELANGI

Bila ada bayi, segala-galanya perlu dibuat segera dan cepat. Terutama jika menjaga diri sendiri tanpa pembantu. Syukurlah my dear darling sanggup buat semua kerja rumah daripada urusan masak-memasak,basuh-membasuh, kemas-mengemas dan urusan anak-anak.. sebenarnya bukan mudah nak dapat peluang berehat dan bermanja macam ni..kalau bukan masa dalam pantang..hukhuk..

Paling bersyukur anak-anak nampaknya rajin menolong abahnya dan tak banyak kerenah. Asyik puji abah masak sedap jer...nampaknya lepas ni mak tak payahlah masak lagi..abah sambung jerlah ambik tender memasak tu...*buat-buat merajuk..sebenarnya yahoo..boleh letak jawatan!!

Hannah pun pandai bawa diri..tidur dengan abang,mandi dengan kak Izzah..pagi-pagi dah bangun bersiap pergi ke rumah ibu pengasuh dia..kadang-kadang dia masukkan sendiri baju dan tuala dia dalam bag..alaa..syahdunya...Sayang kakak Hannah...!

Selasa, Mei 18, 2010

SALAM PERKENALAN

Alhamdulillah..Segala puji syukur hanya kepada Allah

Muhammad Izzul Irfan lahir pada 10 Mei 2010 jam 4.15 ptg , 3.3kg.
Terima kasih atas doa dan ucapan kawan-kawan.

Ahad, Mei 09, 2010

SANAH HELWAH

ALHAMDULILLAH
Segala puji syukur hanya untuk mu Ya Allah
Yang melimpahkan selautan nikmat yang tidak bertepi
Sepanjang helaan nafasku ini
Pintaku
BERKATI UMURKU
Dalam iman dan taqwa kepada MU
Sejahterakanlah kehidupanku di dunia
bahagiakanlah kehidupanku di akhirat
Amin.

Sabtu, Mei 08, 2010

SEHINGGA DETIK ITU

Hari ini lepak gaya bebas kat rumah sambil bersantai-santai membaca apa-apa yang patut ..nak buat apa lagikan..nak menyapu daun kering bawah pokok jambu tepi pagar rumah tu memang dah tak daya rasanya..:D

tapi makan makan masih seleraaa....Alhamdulillah!

selagi boleh!..akhirnyaa...capai jugak hajat nak makan kek walnut caramel yang lemak manis ni..hhmmm...
Terima kasih atas doa kawan-kawan semua..saya mohon maaf salah dan silap selama ini...semuga dipanjangkan usia dalam selamat dan bahagia..dapat kita berjumpa lagi lepas saya out station nanti..:DD
Ni dah senget rasa badan ni...nak luruskan pinggang....

Isnin, Mei 03, 2010

MEE REBUS DI HARI CUTI PERCUMA

Hari ni ada appoiment di Hospital kajang. Dr bagi cuti 2 hari untuk hari ni dan esok padahal hari ni dah masuk kelas 4 masa non stop sebelum minta kebenaran keluar..tak payah dapat cuti pun tak apa..tapi orang dah bagi,ambik ajer lah..nanti dia kata tak sudi pulak...

dan tidak dilupakan..doktor bagi tarikh masuk wad utk induce sekali..Fuhh!! suprise nya tarikh tu sama dgn tarikh lahirku yg sangat keramat..Ya Allah! Permudahkanlah segala urusan..

Sejak ternampak gambar mee rebus dlm blog Ayah Zain dan Cik Lie Makkah entah kenapa teringin sangat pulak rasanya nak makan mee rebus. Balik dari jumpa dr tadi terus jer masuk dapur tung tang tung tang...siappp...! tak ada taugeh dan cili dalam peti ais..tak kisah
lah..asal jgn kempunan sudah...kuah pun pakai paste ADAMI jer..Alhamdulillah!

Selasa, April 27, 2010

36 MINGGU

Hari ini genap 36 minggu yang penuh bermakna..hari-hari yang penuh kenangan manis..Syukur Alhamdulillah.Semakin berdebar rasanya..berselang seli dengan rasa letih semakin lemah..hampir setiap malam tak lena tidur,beberapa kali terjaga dan cramp kaki..yang pelik waktu siang asyik rasa nak mengunyah jer..semua makanan nampak macam sedap..lagi-lagi bila teringat tak lama lagi terpaksa berpantang makan benda-benda tu semua..huhuhuhu...;(


Minggu lepas semua pokok-pokok bunga yang hidup segan mati pun mahu tu sudah selamat dilupuskan..tinggal beberapa pasu jer yang selamat..antaranya pokok kunyit,pokok daun kari,pokok serai dan beberapa pasu bunga tinggalan bibik dulu..panjang pulak umur pokok-pokok tu walaupun dah dua bulan tak berbela sejak peninggalan bibik..kasyihannnn..lepas ni tak taulah apa nasib pokok-pokok tu semua..

Sabtu, April 24, 2010

Rabu, April 14, 2010

JANGAN MENGELUH

Peringatan untuk diri sendiri saja sebenarnya..
Sejak akhir-akhir ni banyak betul kerja tertangguh yang tak terdaya nak dibereskan..bertimpa-timpa datangnya sampai tercungap-cungap rasa nyawa..pandang kanan kerja berlonggok..pandang kiri senarai kerja menunggu..tak tau mana nak lari..

Bila rasa penat dan sakit..ingat saja betapa ramai orang yang menganggur tak ada kerja dan betapa ramai OKU yang tak upaya melakukan kerja meskipun hati mahu melakukannya..BERSYUKUR sajalah dan tarik nafass..hembus..tarik nafas lagii...hembus...

Kayuh saja pelan-pelan..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin