Ahad, September 23, 2012

KEK PISANG SEMPOI

Petang Sabtu banyak betul kerja nak buat..tak habis-habis,tapi syukurlah Irfanboi tak mengacau sebab abang kakak ada di rumah melayan. Yang tak bestnya,Irfan asyik kena buli jer..dah banyak kali abang kakak gayakan Irfan dengan tudunglah,telekunglah..isyy! budak ni sukaaa pulak tu..mengekek dia ketawa , takut pulak dia ingat skarf pink tu pakaian budak lelaki.

Minggu lepas kakak ipar bagi pisang ni dua sikat,sesikat dah habis..sesikat lagi terbiar jer.Apalagi..vroommm

Bertukar!

 RESEPI KEK PISANG SEMPOI / Sofinar-My Resipi

  • 150g pisang emas - dilecek * tadi guna lebih sbb pisang banyak kan..
  • 180g tpg gandum
  • 180g gula halus /gula icing * kurangkan sikit sbb pisang tu dah manis
  • 3 biji telur
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate * tak pakai pun sbb tak ada
  • 1 sudu teh soda bikabonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam

Cara-cara

  1. campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih
  2. masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
  3. pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.
_____

Walawei! makan panas-panas dengan teyy O syesyesyedappp!
HAVE A RELAXING WEEKEND !

2 ulasan:

Yantisa berkata...

Rajinnya cikgu Pinat . Akak ni bab2 buat kek lemah sikit .

Comei la budak kecik tu ...

PINATBATE berkata...

Kak Yan,
kek ni sempoi jer..saya pun kalau kek jenis yg susah susah tu malas nak buat..
Irfan tu asyik kena puji comel tu yg suka pakai tudung tu..alahai!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin