Khamis, Februari 14, 2008

PUDING ROTI CARAMEL BERJAGUNG

Namanya panjang sebab puding ni gabungan puding caramel dan roti gardenia yang dah hampir expired ditambah pula baki dua tongkol jagung rebus yang tak habis semalam.
Kiranya puding recycle ni save budget la..maklumlah bonus tak masuk tahun ni...


Tak sangka pulak puding ni dapat sambutan hangat dan disapu bersih beberapa jam kemudian..
cuma agak musykil sikit..
puding ni betul-betul sedap ke atau bebudak ni yang kelaparan...
Kalau nak tau jawapannya ...cubalah sendiri...

BAHAN

1 tin susu cair
4 biji telur
1/2 cawan gula
1 cawan gula (untuk buat gula hangus )
6 keping roti
2 tongkol jagung
1 sudu makan tepung kastad
1 sudu teh esen vanila

Caranya

1. Hanguskan secawan gula dan tuang dalam loyang pengukus.
2. Pukul telur dengan gula tak payah kembang sangat pun tak apa..
masukkan susu ,tepung kastad dan esen vanila..pukul hingga sebati.
3. Susun roti yang dah di carik-carik dalam loyang kukus berisi gula hangus tadi..masukkan sekali isi jagung.Pastu tuang jer campuran susu dan telur dalam loyang.
4. Kukus puding lebih kurang 30-45 minit.
5. Bila dah sejuk terbalikkan loyang atas pinggan...dah boleh hidang..lebih baik kalau dapat sedekah sikit kat jiran..atau orang yang bagi resepi ini..





3 ulasan:

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

adui enaknya. rajin mama Hanna masak erk. Bila nak dapat rasa ni wei (ahak)

tehbunga berkata...

wah!! dah ada blog...
ni buat ku berahi nak update blog ku yg sepi itew..!!
tahniah pint

PINATBATE berkata...

Terima kasih Dila,TEH..kerana sudi masuk ..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin