Hari ini untuk menunaikan permintaan seorang sahabat ku tulis cerita tentang Hannah,puteri bungsu..
Cabaran mengandungkan Hannah memang berbeza daripada anak-anak yang lain.Mungkin sebab umur pun dah meningkat dan ada sejarah melahirkan anak yang meninggal dalam perut, pada bulan ketujuh disahkan diebetis pula..
Apalagi...kena masuk wad tiga hari...dan selepas itu tiap kali nak makan kena cucuk insulin kat peha...siksa betul..3 kali sehari you...
Alhamdulillah Hannah Izazi lahir pada 22 Oktober 2007 di HUKM..beratnya 3.04 kg.
Bukan mudah Hannah nak lahir...masa tu baru 37 minggu..Hannah masih bergolek-golek dalam perut...tapi doktor induce nak kasi keluar juga..
Induce 3 kali selama 3 hari berturut-turut baru lah Hannah keluar..
Cadangan asal nak melahirkan di Hospital Kajang saja sama macam Izzah dulu...tapi sebab kami nak simpan tali pusat Hannah dan hospital kerajaan tak buat benda tu..maka transfer jer kat HUKM..
Jarak umur Hannah dengan kakak 10 tahun...banyak betul beza melahirkan anak pertama dengan anak kelima...seribu syukur dapat merasa nikmat itu semua..
Sebab hannah ni tak banyak ragam,dia selalu jadi mangsa buli..Gambar ni masa Hannah dalam stroller kat Alamanda..kesian budak tu dikerjakan abang kakaknya...
2 ulasan:
PeWWITTTTTT!!!!!
cunyya awek spec merah jambu itew:-P
heheheh, adik bungsu memang la jadi 'anak patung' lagi² kalau ada kakak yang keletah...
Catat Ulasan