Selasa, Februari 12, 2008

LADANG TEH SG PALAS DAN STRAWBERRY


walaupun jalan sepit dan bengkang-bengkok,tiap kali naik Cameron kami mesti pergi sini..

Dah berapa kali ambil gambar ladang teh ni tapi tak jemu-jemu dengan kehijauan dan ketenangannya..

Paling best makan scone panas dan pie strawberry dalam kedinginan puncak gunung..
Cafe tu nampak tergantung jer kan..Abang ni tahun lepas pun ambil gambar di tempat yang sama...
Hannah first time merasa semua ni...Alhamdulillah dia tak banyak ragam,nampak seronok jer dalam poket macam anak kangaroo...

Kami ke Cameron dua minggu lepas sekadar menunaikan hajat anak-anak..Sejak abah ada site kat Loging-Gua Musang tiap-tiap tahun mesti nak naik Cameron makan strawberry..macam lah tak boleh jumpa kat Jusco atau Tesco..

Biasanya kami pergi ladang petik sendiri ..paling best pergi Ladang Raju atau Haji Khairani di Taman Sedia.tapi kadang-kadang yang jual kat Pasar Malam Brinchang lagi murah.

Makan strawberry coklat,salut madu atau cecah cream dah jadi kemestian ..di Kea farm banyak lah jual tapi nak cari orang Melayu buat payah sikit..Di Pasar Tani Brinchang banyak lah..tapi tak sesedap yang kat Kea farm..pakai coklat apa ntah...

Ni peminat strawberry nombor satu...Kakak tak jemu-jemu naik Cameron kadang-kadang setahun sampai dua tiga kali gi macam balik kampung pulak...cita-cita kakak nak buka ladang strawberry bila dah besar nanti..apa-apa jer lah nak oii...




2 ulasan:

dilaOHdila berkata...

sukanya tengok gambar ini. anak dara yang ada dimple itew telah menampakkan suasana jadi bertambah cantik......

cguct berkata...

hai pinat...suka nengok gambo CH ni..hati dan melonjak2 nak naik CH ni lagi...tah bilaa la tu..
tak puas tgk gambar hannah...sikit sgt...nak gambar hannah bebanyakkk..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin