Jumaat, Jun 29, 2012

ALAHAI ANAK OMAK

 Tengahari tadi terus berdesup zass ke 100 Yen. Hajat hati nak cari egg mould untuk kawan-kawan yg kirim minta carikan  tapi tak jumpa pula.Belum ada rezeki tak apalah..Insyaallah kalau ada kelapanga lain kali nak try cari kat Parkson pula lah.Sekarang tengah sibuk dengan hal-hal sekolah.Macam-macam kena buat bila dah masuk bulan 7 ni...:)

Walau sibuk pun projek kemas kemas tetap berjalan,buat sikit-sikit tak terasa letihnya.Majalah-majalah lama dah hantar kat library sekolah..Fuh! lega rasanya..sekarang ada ruang dalam almari untuk letak majalah yg lain pulak..Kalaulah ada almari atau rak buku macam kat library gini kan best..kalaulah kannn..verangan tak kena bayar..;)

Rak buku impian makcik pinat..library rumah omputeh mana ntah ni..kemas bebenor..
Tapiii...rumah ni nak berkemas 24jam pun payah..budak-budak bertuah ni walau pun dah ada play area diorang depan tv tu tetap juga nak bergumpal kat ruang tamu.kalau main tu pulak sampai  tak hengat..Tu diaa...ada yg tidur tersangkut macam ni..aduhai anak! sabor jerlahhh....

Children brighten our lives in so many ways :-)

Ahad, Jun 24, 2012

KEMAS KEMAS

Dua hari ni projek berjalan tapi agak slow..dapat kemas bilik,almari budak-budak kenit dan laci -laci utk tuala dan cadar..hujung minggu ni Insyaallah nak kemas bilik-bilik lain pulak.dah 2-3 plastik barang lama masuk dalam plastik,ada yg nak direcycle dan ada yg nak dihumban saja..

Dalam sibuk huru hara tu sempat juga meroti..ahaks!

ok! esok nak teruskan projek mengemas lagi..lupa pulak nak ambik gambar before and after..


Khamis, Jun 21, 2012

PROJEK MENGEMAS RUMAH

 1 Syaaban.

Mulai hari ini saya nak pastikan rumah kemas.Mana-mana barang yang tak perlu kita buang,sedekah atau kitar semula.Rumah kami tak besar mana tapi kalau disusun elok-elok pastinya masih luas.Rekaan rumah kami memang rekaan lama kerana usianya dah lebih 12 tahun.Perabotnya pun sudah mulai goyang dan uzur tapi kami tidak bercadang menggantikannya dengan yang baru .Buat masa ini keperluan utama adalah untuk persekolahan anak-anak..yang penting mereka ada ruang yang selesa.

Projek bermula hari ini!



Khamis, Jun 07, 2012

BAKAU D'MUARA

My diet starts tomorrow
Thats what I said yesterday

Memacamlah yg diorder dah alang-alang makan  tepi sungai kan..tapi tunjuk sikit jerlah..nampak buruk lantak sangat pulak kalau tengok hidangan penuhhh semeja..ahiks!
Ketam black pepper tu rasa nak jilat pinggan lak sedapnya..asyik-asyik makan chilly crab jer kan..sesekali trylah yg baru..tak pedas sangat bebudak pun suka



 Sotong celup tepung ni sangatlah yummehh..
 Ikan siakap bakar ni yg paling mengancam ialah sambal dia..perghh...
 Kena pulak dengan air kedondong +asam boi manis pekat masam melekat kann..

Kami dah dua kali makan kat sini dan memang belum pernah mengecewakan..harga pun berbaloi setanding rasanya..
kat mana?
kat sini..

 Ada beberapa buah cawangan restoran ini tapi kami tetap memilih lokasi asal di mana restoran ini mula-mula di buka..tepi sungai Lekir..damai jer rasa tengok pemandangan ..tak sedar makan berpinggan -pinggan ;))
Alhamdulillah


iklan percuma tidak berbayar

Selasa, Mei 29, 2012

DINDING RUMAH RETAK SERIBU

Manalah tak retak..habis bergegar satu rumah bila ada acara kejar mengejar dengan budak bertuah seorang ni..dahlah bangun pagi dia bantai melukis mural gambar ular sawa terbang adik beradik kat dinding ruang tamu dengan pen merah..lepas tu bila disuruh mandi dia ketawa sambil berlari pusing satu rumah..makin di kejar makin lajuuu dia lari.

Semput tau emak mengejar..dah rupa orang berjoging menitik-nitik peluh dibuatnya..dia bantai lari dengan diapers togel lepas tu baju tersangkut dah rupa apa ntah..




Bila mak terjelepok mengah..dia apa lagi..suka mengekek ngekek gelak..perasan dah menanglah tuu...ciss!

Sekali dapat tangkappp...habisss kena wrestling gomol-gomol sampai tercungap dia..padan muka busyuk masyam kena sental mandi syampu rambut semua...pagi petang nak mandi kena kejar..alamat kurus ramping macam biolalah emak kau..HAHAHA

Isnin, Mei 28, 2012

YEAH! CUTI SEKOLAH

Wah! sakan betul daku membiarkan blog ini bersawang..penyakit M ni kalau dibiarkan lama-lama nanti melarat pulak kan..

Macam biasa tak adalah aktiviti lain kalau time cuti sekolah ni selain ke hulu ke hilir cari makanan ,buat makanan..macamana tak gebus lah mak dugong..alahai..
Kek pisang +choc rice ni ambil kat blog Awin yg manis ni..memang berbaloi! sedap makan panas-panas..wangi jerrr

Nasi Arab lagi..? ..ermmm 

Ni hadiah sempena hari guru 2012..nak tunjuklah jugak kannn..biarlah orang kata menayang pun..bukan apa..
Sebenarnya memanglah sebagai guru tak pernah kita meminta dan mengharap hadiah drp murid-murid,tp terus-terang bila murid beri hadiah begini...rasa sangat happy ..walaupun hanya barang yg kecil..terasa seolah sangat dihargai dan disayang oleh murid..*terharu sobsob..

 alahh!..tak payah nak terharu sangatlah kann..padahal senyum sampai malam dapat hadiah..lebih-lebih lagi yg ini..
ahaks! prihatin celah mana pun tak tauuu...(^_^)

Sabtu, Mei 19, 2012

NASI LEMAK TELUR ARNAB

Janganlah ada yang tanya sejak bila arnab boleh bertelur pulak..ekeke

Ini gara-gara Izzah minta nak makan nasi lemak.Maka dengan gigihnya masaklah juga petang tadi walaupun dalam hati tu rasa macam nak order kat pasar malam jer...kesian pulak kat anak seorang ni.

Nasi lemak ni tak adalah sedap mana pun,biasa-biasa jer..cuma yg special tu telur dia ada 4 jenis..yg ni comform tak ada jual kat pasar malam punya..kat nasi Lemak Antarabangsa pun tak jumpa..

Menggigil tangan kopek telur rebus tu masa tengah panas-panas..cepat-cepat masukkan dalam mould lepas tu tutup,lock dan humban masuk dalam besen yg dah sedia ada air ais..Silap sikit tadi terlupa guna telur gred A. dahlah besar gedabak nak masuk dalam mould saiz telur ged C..terpaksa tekan pelan-pelan supaya dapat masuk tanpa terpecah..

Masing-masing teruja nak makan telur..Hannah dah cop nak telur arnab,Irfan sibuk tunjuk nak car..car..yg dah tua ni makan telur rebus biasa jerlah..tergolek gitu..dah tak cukup acuan nak berebut,cemana ?..ekekek
Tu diaa...! fish tu nampak terlebih sikit keliling dia..fish gemuk katakan...yg kelakar,Irfan sempat buat bunyi vroomm..vroomm sebelum masukkan telur dalam mulut..meriah betul makan nasi lemak..;))

Ni pinggan Hannah,dia tak layan pun ayam goreng berempah sebab seronok sangat dapat makan telur rabbit..Alhamdulillah.

STOCK SANTAN UNTUK SEBULAN

Cuaca panas,kerja berlambak,urusan rumah tak habis-habis,hal anak-anak yg macam-macam..semua tu alasan mengapa blog ini makin lama makin terabai.Walau seribu cerita pun tak mampu nak ditulis dalam entry.Kawan-kawan pun dah lari kat fb twitter bagai..sayu pulak rasa ..;((

Alah..! nak sayu sendu buat apa..blog ni pun cerita makcik dengan anak-anak jer..tak ada daya tarikan..lain kali kena pakai pelaris.

 
Tampal gambar cantik yg menyegarkan jiwa buat pelaris ehsan dari  pakcik gugel.

Semalam buat kek pisang sempoi kesukaan ramai..

 Minggu dah 3 kali buat kek pisang sebab nak habiskan stock pisang lenyek yg difrozenkan dalam peti sejuk.Masa bawa setandan pisang dari kampung hari tu macam-macam resepi pisang dalam kepala tapi akhirnya buat kek dengan cekodok pisang jer..

Ini pun stock dari kampung.. kelapa diparut lepas tu pack kecil utk sekali masak..frozenkan juga utk bekalan sebulan..bila nak guna thaw dalam mikrowave lepas tu curah air panas dan blend..nanti dapat santan fresh yg pekatt..Nak kena rajin sikitlah sebab macam-macam cerita dengar bila beli santan yg dah siap perah kat pasar tu ada yg kata diletak agen pemekat macam tepung tu lah..pewarna putihlah..ntah iyer ntah idak..daripada was-was baiklah perah santan sendiri..kann

Semalam buat wafle untuk Kakak,dia yg beria-ia teringin nak makan dengan honey..tapi boleh pulak dia lawankan dengan sambal tumis ikan bilis dengan petai..kahkahkah....nasiblah nak buat cemana kan..dah tekak jawa.

Jumaat, Mei 11, 2012

GENAP 2 TAHUN

Pejam celik pejam celik bertambah setahun lagi umur Irfan..yeahh!!


 Sudah besar,mulai belajar bercakap,rajin menconteng,manja dan paling penting..bila genap 2 tahun sempurnalah Irfan menyusu badan (-_-)

Berbeza dengan anak-anak yg lain,mudah saja nak ceraikan susu badan .Pujuk-pujuk,kiss,hug,..cakap Irfan dah besar,budak pandai,budak bijak ,blablabla..selesai..Mudah-mudahan kekal begitu dan tak meragam.Amin.

Happy birthday Ipanboi..Semuga jadi anak soleh yg membahagiakan emak dan abah.

\

Sabtu, Mei 05, 2012

IMPAK TEKNIK MEMUJI YG BETUL


Percaya tak..? Apabila mahu mengubah tingkahlaku negatif anak-anak, teknik memuji dikenalpasti sebagai salah satu cara yang  paling berkesan.

Pujian yg ikhlas akan menusuk terus ke dalam  hati anak  tanpa menyakiti mereka. Apabila mahu menegur kesilapannya tahanlah diri daripada berkata-kata perkataan negatif. Kalau  dikeluarkan juga kata-kata negatif itu , bermakna kita mengajar mereka untuk bertindak demikian juga. Mereka belajar daripada teladan. 

Sebaik-baiknya ikut cara Nabi Muhammad yang tidak menegur kesalahan tetapi menerangkan perkara yang betul


Dulu Cik Kakak sangat payah diajak ke dapur terutama bila diarah potong sayur atau kupas bawang...jauh sekali siang ikan atau ayam.Jangan harap..Dia akan geleng kepala dan cepat-cepat buat kerja lain.Lebih rela bersihkan segala pinggan mangkuk kotor di sink atau cuci peti sejuk. Ehh!! sakit pulak hati kita...! Orang tengah sibuk memasak masa tuuu lah dia nak kemas peti ais bagai ..alasan!

Suatu hari ntah cemana  ternampak  dia membelek resepi kek batik dalam internet.

Kakak  :Eh! rupa-rupanya senang jer buat kek batik ni yer mak.
Mak  : Senang jer..kalau Kakak buat sure jadi punyalah..Kakak trylah..

Maka terhasillah  kek batik yg  pertama. Wah ! bangga betul kakak bila adik-adik puji sedap..! sedap..!Kembang kempis idung


 
 Makin lama bila dipuji sesuai dengan usaha dan hasil kejayaannya,nampaknya skill memasak kakak dah makin maju.Makin mesra oven,kuali dan periuk. Barulah nampak kesukaan dia membuat kuih,agar-agar, puding , kek ,muffin dan aneka pemanis mulut.Alhamdulillah ..Banyak juga dah percubaan beliau yg berjaya dikongsi makan oleh keluarga di samping ada juga sesekali hasil usaha yg terbabas masuk tong sampah . Tak apalah .....adatlah  kan..

Teknik memuji ini akan terus dipertingkatkan lagi supaya selepas ini kakak akan suka mencuba masak lauk pauk pulak sebab sampai hari ini walaupun cik Kakak dah pandai buat kek carrot dan pizza tapi dia cuma berpengalaman  masak nasi dan goreng telur saja. Tetap tak mau masak lauk-pauk.Payah betul ini budak..yg ni langsung tak makan dek puji..Dia tetap kata siang ikan geli ! pegang ayam geli ! halia dengan lengkuas sama..! serai dengan lalang serupa !
 

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin