Selasa, Januari 31, 2012

MAT REMPIT

Sejak dapat tanggungjawab baru kat sekolah ni nampaknya boleh tahan sibuk.Lagi-lagi awal tahun macam ni bila ada guru yang berpindah dan guru baru masuk.Jadual waktu nampaknya kena buat rombakan edisi ke 3.Mudah-mudahan kali ni sempurna dan jangan ada perubahan lagi.Sakit kepala lorr nak bikin jadual ..cikgu dahlah ramai..kelasnya pun banyak..sabau jer lah!

Petang-petang gini duduk layan mat motor belajar merempit bagus jugak..kasi lapang sikit serabut otak tu..

Ahad, Januari 29, 2012

HABIS DAH CUTI

Habis dah cuti CNY...Esok mula rutin biasa..tak boleh nak rilek lagi.Cuti seminggu rasa sekejap jer berlalu..Hari terakhir cuti macam biasalah..Anak-anak kecoh kelam- kabut berkemas..iron baju,susun jadual..ehh! ada yg baru nak basuh kasut dan ada yg tak siap homework lagi ! macam manalah emak tak bising..

Muffin blueberry cik Kakak buat semalam pakai tepung ready made jer ..dpt lebih kurang 15 biji..kali pertama kakak buat muffin sendiri start dari pecah telur samapi bakar...Fuhh! seronok dia adik-adik puji sedap!sedap!..hahaha!
Sajalah kan..nak bagi dia pengalaman buat muffin.Benda-benda macam ni orang kata selain nak suruh dia belajar selok-belok di dapur sebenarnya pun boleh jadi benda yang fun dan jadi kenang-kenangan bila dewasa nanti.
Dadih strawberry ni pulak Izzah yang buat. Bangga betul dia dapat siapkan dadih mula dari menjerang air sampai masukkan dalam peti sejuk..walaupun hakikatnya pakai dadih segera saja..;)

      Sejukkk jer masuk dalam tekak...bagus anak-anak minggu ni rajin masuk dapur.


Yang ni pulak..perangai masa maghrib tadi.Kakak dia mengaji dia pun sibuk nak mengaji..menjerit-jerit mintak tudung..bila sarung kat kepala barulah senyap..pas tu mulut kumat-kamit miming baca Quran.
Muka Irfan tengah bengang bila kena gelak dek kakak abang...HAHAHA!

Khamis, Januari 26, 2012

SIBUK BUKAN ALASAN

 Assalamualaikum.
Terasa lama betul tinggalkan blog ini terbiar.Sejak masuk 2012 ni rasanya sibuk betul.Suasana baru dan cabaran baru saling memerlukan kesungguhan dan pengorbanan.Kadang-kadang terasa kesibukan ini sedikit sebanyak melalaikan diri daripada mengingati Allah. Ya ALLAH ! bantulah hambaMu ini. Sibuk bukan alasan.

Sebenarnya banyak betul cerita nak tulis sampai tak tau yg mana satu..tapi rasanya tak ramai yg suka baca tulisan merapu ntah hape-hape ni kan...paling-paling pun orang tengok gambar jer.

Gambar bunga kertas depan rumah MIL.Tanahnya memang subur..walau musim panas lit lit pun bunganya kembang merah mekar..memang tak renti berbunga sepanjang tahun.Bukan pernah berbaja bersiram pun.Beza betul dengan bunga depan rumah ni ..sepanjang musim panas banyak yang maut melecur .Tinggal pasu jer..malas betul nak ganti semula.

Irfan sekarang ada perangai baru ..payah betul nak pujuk dia duduk diam-diam dalam car seat.Sibuk nak ikut memandu siap mulut buat sound effect vromm..vromm...sampai  terpaksa berhenti sekejap masa balik kampung hari tu semata-mata nak bagi dia feeling bawa kereta..kalau tak dia akan lompat duduk kat riba abah.Bahaya betul!

depan
 Belakang
Gambar ni tak ada motif apa-apa..saja suka tengok makhluk ni.Macam emak dengan anak jer.

Selasa, Januari 03, 2012

LEMBARAN BARU 2012

Esok dah mula nak buka sekolah.Sibuk betul tahun ni sebab dah ada 4 orang anak bersekolah.Mula dari persiapan beli buku dan peralatan sekolah sampai jahit lencana kat baju dan balut buku teks..tak sudah-sudah!

Alhamdulillah banyak kenangan manis 2011 dan banyak juga pengalaman pahit pedas dan payau untuk dijadikan panduan dan peringatan.Mudah-mudahan lembaran baru 2012 lebih bermakna dan berwarna !





ok! tutup sekejap cerita bermalas-malasan dan berhorey-horey makan sana-sini .




Kita mulakan kerja dengan semangat dan azam tahun baru!
Mari berjuang kawan-kawan!

Khamis, Disember 22, 2011

Kejayaan bukan sebuah destinasi, ia adalah sebuah perjalanan.

Hari ini keluar keputusan PMR 2011. Semenjak dari malam dah tak lena tidur dibuatnya..set jam letak tepi telinga takut bangun lewat,iron baju siap-siap..berdebar macam nak ambik result pulak.Hahaha...

Lebih kurang pukul 10.30,result pun sampai.Alhamdulillah! Calon yg dapat 8A sejumlah 84 orang ..lebih ramai berbanding tahun lepas.Syukur..namun sedih sekali ramai pulak yg sangkut 7A IB ..terkilannya rasa.Kebanyakannya dapat B subject yg makcik ajar pulak tu.Rasa nak resign jer.tukar kerjaya jadi master chef . PK pun nampak kecewa.Dah bukan rezeki..redho sajalah.

Yang penting biar apa sekali pun keputusannya, jika sepanjang tahun kita sudah berusaha, mencuba dan berlatih, ini bermaksud kita sudah pun menjadi manusia berjaya. Cabaran besar menanti di hadapan tetapi pengalaman membuat persediaan, kesusahan, keletihan, menguruskan stress dan bosan serta 1001 pengalaman lain, kekal berguna sampai bila-bila.

Antara wajah-wajah ceria straight A's
                           Kejayaan bukan sebuah destinasi, ia adalah sebuah perjalanan.

Sabtu, Disember 17, 2011

Khamis, Disember 15, 2011

MELAWAN MASA


Sebelum cuti hari tu banyak betul kerja dan perancangan yang nak dibuat semasa cuti ni.Bila sampai masanya virus M merebak..habislah ! tak jadi apa punn..

1.Cat bilik kakak.
  Tuan bilik yang sibuk nak cat warna biru..warna biru..tapi bila sampai masa suruh mengecat dia kata tak  ada mood pulak dah..emak dia lagilah tak kuasa.

2.Cat pagar rumah.
  Pagar besi mmg dah pudar warnanya.Daripada merah+ gold dah rupa macam kelabu asap bertompok-tompok.Siapa nak mulakan kerja tu..? Tentu en asben kannn..dah kalau hujung minggu asyik berjalan,balik kampung..bila masa nak cat pagar ni bang..!

3.Kemas almari dan barang anak-anak
   Yang ni 50% dah siap.Sebahagian pakaian/bag/alatan sekolah dah beri pada orang dan ada yang dah dibuang sebab lusuh sangat dan tak patut beri pd orang.Buku-buku belum siap kemas lagi.Ada banyak buku UPSR nak beri pada anak buah dan majalah lama nak letak pusat sumber  sekolah tapi bila nak start kemas jer..terus rasa argghhhh....!

4.Kemaskini fail dan almari buku dalam rumah ni.
Kalau tak dapat buat filing 5S pun dapat susun kemas dan mudah nak cari segala dokumen pun..kira ok lah kan..buku dan majalah punya banyak merata tempat dalam rumah ni..bersepah sana-sini..tak cukup almari nak letak pun yer jugak..rak pun dah penuh duh!

5.Selesaikan kerja dokumentasi aktiviti sekolah 2011.
Sebahagian besar laporan dah siap tapi ada gambar-gambar untuk album yg belum siap lagi padahal dateline dah laamaaa terlajak.Asyik tangguh hari demi hari,minggu demi minggu..kenapalah liat sangat nak buat kerja-kerja berkaitan sekolah masa cuti.

Alasan
1. Diserang penyakit malas
2. Kemalasan melanda
3. Kesan-kesan malas mula kelihatan

Irfan boy satu hal.. Tengok tu..kain baju dah lipat elok pun Irfan punggah balik....pi sepak macam bola buat apa..?Kalau macam tu hari-hari..bila emak nak buat kerja lain..?Cuti dah nak habis ni...sempat ker..??

Rabu, Disember 14, 2011

HADIAH UNTUK PENGANTIN

Hujung minggu ni Insyaallah kami nak ke undangan majlis perkahwinan kawan ofis en.asben di Felda Jengka.So siang tadi pergilah beli hadiah.Gigih beratur kat kaunter dengan orang nak menyambut Krismas.Agak-agaklah makcik Pinat pun..sudahlah shopping time bulan tengah gerhana terpaksa korek tabung cari duit syiling,lepas tu orang beraya kita pun sibuk nak beraya..hah!!balik kepala berdenyut barulah insaf tau.


Tengah-tengah mall tu diorang nyanyi lagu apantahlahhh..dah rupa bunyi dalam gereja tu lah.cer teka kat mana..? ;) Indahnya hidup bermasyarakat kalau kita saling menghormati kepercayaan orang lain dan memahami keutamaan kita sendiri.

Malam ni ingat nak balut hadiah sekali baru ingat..,lupa beli kertas balut hadiah lah pulakkk..kat rumah ni cuma ada baki-baki kertas sikit..agak-agak kalau balut macam ni pun ok gak kan..yang penting isi dalamnya.Pembalutnya orang buang jugak nanti.Bak kata cik kakak "penting ker..?" Huhuhu....

jumpa kat web mana ntah gambar hadiah krismas ni..
Amalan memberi hadiah sangat dianjurkan dalam agama sebagai mengeratkan silaturrahim dan tanda saling berkongsi kegembiraan.Nak bagi hadiah tak payah balut pun boleh..macam idea cik kakak ..tapi tentu lebih manis kalau dibalut cantik asal tidak keterlaluan sampai berlaku pembaziran melampau atau simbol menunjuk-nunjuk kan.Tak adalah togel jer hulur ..pakai plastik kedai pulak.*tepuk dahi

Sebab tak jadi balut hadiah malam ni..kita masuk dapur buat sagu gula Melaka..sagu hijau tu saja jer masak lembik sampai  tak nampak berbiji dah..lajuu jer masuk tekak..yummmm!

Selasa, Disember 13, 2011

SARAPAN 13.12.11

Assalamualaikum.
Sudah sarapan pagi ni? kat rumah ni memang dah jadi undang-undang..mesti sarapan dulu sebelum memulakan apa-apa pekerjaan setiap hari.Sebab tu walaupun cuti kena bangun awal siapkan sarapan pagi juga.Kalau gagal ada yang masam muka masuk ofis..adoilah!

Anak-anak pun sebab dah diulang-ulang info kepentingan sarapan pagi..tak ada masalah nak suruh sarapan.Semua takut otak jadi lembab sebab tak cukup energy..huhuhu


Sempena Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka baginda Yang DiPertuan Agong.. bagilah emak rehat kan..diorang bikin sarapan secara berjemaah adik-beradik...Yeeha!! Bravo!

Jom sarapan Tortilla 4 tingkat dengan daging burger,telur hancur,sayuran,sos cili dan keju...layann...
Alhamdulillah!

Isnin, Disember 12, 2011

ALHAMDULILLAH,DROGBA TERIMA HIDAYAH ALLAH

Alhamdulillah!
Rupa-rupanya hasil melihat suasana persekitaran yang menggalakkan,tanpa ragu-ragu hari ini Drogba menunaikan solat maghrib sebaik saja sejadah dibentang.Khusyuk sujud sampai tak sedar gambar diambil.
Sayang sekali kiblatnya bertentangan arah lah pulakk...Ni dah salah ni Drogba..tak sah solat nanti.

Tapi tak apalah kann..baru belajar..lain kali jangan buat macam tu yer..hadap kiblat betul-betul.baru sah solat Brogba..Lepas tu jangan lupa,pakai seluar panjang..biar sempurna tutup aurat tu.Hehehe..
Allahuakbar!

**Terima kasih kpd Aina Eira yg menghadiahkan watermark ni..cantikkan..;)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin