Selasa, April 15, 2008

Ahad, April 13, 2008

SABTU DAN AHAD


Seawal jam 7.30 pagi semalam dah terpacak depan pagar sekolah hantar kakak dan abang pergi ke kem ini .Sebenarnya kem ini untuk pelajar-pelajar tingkatan satu yang terpilih saja..bila tengok aras budak-budak tu tak jauh beza dengan abang yang darjah 3 dan kakak yang darjah 5 tu...apa salahnya ambil peluang tumpangkan sekali budak berdua ni..Lagipun ustaz dan ustazah dah bagi kebenaran..Sebenarnya saja nak bagi diorang ni aktiviti daripada duduk tengok kartun sepanjang hari..

Abang dengan kakak duduk kat belakang sekali sesuai dengan status menumpang tu..Slot pertama Ustaz ceritakan kepentingan solat dan kaifiat solat.Selepas minum pagi ustaz buat tunjukcara kaifiat solat makmum masbuk dan makmum muafik..lepas tu ada LDK ustazah semak bacaan fatihah,tahiyyat akhir dan doa qunut..Masa ni abang tunjuk eksyen sebab dia dah hafal semua tu...ada pulak budak dalam kumpulan dia yang tak hafal lagi walaupun dah tingkatan satu..
Sebenarnya budak berdua ni tak ada masalah tentang solat samaada bacaan atau perbuatan sebab diorang dah belajar pun...hanya yang jadi masalah besar ialah PERLAKSANAANNYA saja...susah betul nak menanam roh solat dalam jiwa anak-anak..payah betul nak menyuruh anak-anak solat cukup lima waktu,solat sempurna tak perlu di suruh,lebih-lebih lagi diawal waktu..Kalau tak kena jerit pekik tak sah terutama solat subuh dan asar..

Abang terutamanya selalu sangat main tipu..solat tak ambil wuduk lah..kadang tu dah basah berwuduk dia bantai main atau tengok tv bersambung-sambung ..akhirnya tak solat sampai habis waktu..tiap kali solat nak kena ajak berjemaah atau kalau dia solat seorang kena tunggu kalau tak dia solat patuk ayam jer..sekelip mata dah siap...aduhai..masa kecil ni kalau tak di lentur takut dah besar nanti lagi payah ..Nauzubillah.


Pagi Ahad macam biasa buka kedai dobi ..
tak habis-habis pekerjaan membasuh,menyidai,melipat,menggosok dan menyimpan baju ni..alangkah bagusnya kalau ada syarikat memasarkan baju pakai buang macam diapers tu..buatlah pelbagai fesyen,warna,corak dan saiz...kan mudah..lepas pakai buang jer..

Minggu ni stop buat roti sebab nampaknya bebudak dah jemu kena paksa makan roti...lagi pun roti kismis ni tak berapa ummpp lah..tak laku macam selalu.

Macam biasa, roti yang tak laku akan di modified kasi naik taraf...apa lagi..Tadaa...

Puding roti peach...


Hari ni bangun pagi terasa leher sakit pulak ..tak tau lah kenapa tegang semacam tak boleh menoleh...salah bantal kot..tapi nak jemur bantal tu cuaca mendung jer...harap-harap cepatlah baik..kalu tak alamat jadi macam robot jer pandang depan tak boleh menoleh....

Jumaat, April 11, 2008

KEK CAROT

Petang ni entah kena tiup angin apa tetiba datang pula vitamin R..
Apalagi...mula lah buat kek carot..Mula-mula sediakan bahan-bahannya dulu..

1 cup oil
1 cup brown sugar
3 eggs
1 1/2 cup self raising flour
1 ts bicarconate sugar
2 ts cinnamon
2 large carrots,grated
3/4 cup chooped walnuts

Dah tu pukul dan gaul sebati..nyaris-nyaris terlupa masukkan kacang tadi..tapi kalau tak masukkan kacang pun sedap juga..Masa tunggu kek dibakar,sempat pula sukat tepung dan bahan-bahan masuk dalam BM...cita-cita nak buat roti kismis ..

Keskeskes...tengok kek tu..terjojol walnut dia...saja potong kacang tu kasar-kasar biar puas hati makan...
Anak-anak balik sekolah petang terus serbu dapur...seronok tengok bebudak ni makan sambil tunggu roti kismis yang tengah mengembangkan dirinya...Roti tu malam ni punya habuan Insyaallah...



MERANSANG OTAK BAYI


Sel-sel neuron dalam otak bayi berkembang hingga menjadi tiga kali ganda selepas setahun dan terus berkembang pesat sehingga berusia lima tahun.Selepas usia ini, sel-sel mula berkembang dengan kadar yang agak perlahan.

Ransangan-ransangan melalui pancaindera akan memperkayakan pengalaman dan mencorakkan perkembangan otak.Ini lah waktunya untuk merebut peluang!

Antara bentuk-bentuk ransangan otak yang boleh dilakukan kepada bayi seusia Hannah (0-6 bulan) ialah:

1. Menampal kertas dinding atau mengecat pelbagai warna terang dengan pelbagai corak menarik .

2.Menggantung alat permainan berbunyi atau bergerak (mobile rattle) pada jarak yang boleh dicapai oleh bayi.

3.Menunjukkan cermin muka supaya bayi dapat melihat imejnya sendiri.

4.Membawa dan mendukung bayi melihat sekeliling rumah sambil menunjukkan pelbagai benda.

5. Bercakap-cakap dengan bayi untuk memperkenalkan asas bahasa sambil menyesuaikan nada mengikut suasana atau aktiviti.

6. Meransang deria bau bayi.

7.Memperdengarkan pelbagai alunan bunyi terutamanya bacaan Al Quran,zikir dan suara semulajadi seperti deru ombak,bunyi angin dan bunyi binatang.

Rabu, April 09, 2008

CERIA





Hannah dah pandai angkat punggung dan dada,jelir lidah,masukkan tangan dalam mulut,capai barang dan genggam kuat-kuat ,tarik rambut dan menjerit suka bila di acah..
Bila memandang Hannah hilang segala rasa penat, marah,sedih,bosan....tak sedar masa berlalu begitu cepat..

MUSIM HUJAN MUSIM MAKAN




Projek roti antarabangsa berjalan setiap malam walau pun musim hujan..syiok bakar roti sendiri,pagi-pagi dapat makan roti fresh..



Sekarang musim hujan.
Hampir tiap-tiap hari hujan lebat siap dengan kilat petir .
Kalau tak petang, pagi..kadang-kadang malam pun hujan turun.Semalam tengahari balik dari kebun hujan lebat..sabar jer ..kain baju kat ampaian lembap sejuk..hari ni nak menjemur kain pun tak semangat nengok langit mendung gelap.

Tengah malam tadi pun hujan,sejuk betul waktu bangun subuh..dah tu pagi-pagi angkat Hannah pergi nursery..terpisat-pisat dia bangun..Alhamdulillah tak menangis..memang rasa sedih campur kesian tapi nak buat macamana...nak bawa masuk bibik Indon duduk dalam rumah ni rasa laaaggiiii tak sanggup...serik dah serik...

Ada orang kata,bila musim hujan buah tembikai kurang manis dan cepat busuk..Sebab tu agaknya tembikai ni dijual murah..RM1.90 sebiji...buahnya boleh tahan besar...berair dan yaa...memang kurang manis.
Lagi satu..makan tembikai musim hujan ni rasa nak berulang keluar masuk toilet berkali-kali..



Isnin, April 07, 2008

PERMATA HATI

Allah mengurniakan mereka sebagai amanah kepada kami berdua.

Mudah-mudahan hidup mereka dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah di dunia dan di akhirat.

Ahad, April 06, 2008

BALIK KAMPUNG

Kami balik kampung minggu lepas sambil meraikan kenduri kesyukuran anak buah yang dah tujuh bulan mengandung anak sulung. Lebih kurang macam kenduri 'lenggang perut' gitu...tapi orang jawa sebut 'tingkepan'..

Sepanjang jalan ke rumah abang ipar nampak anak-anak padi baru ditanam..syahdu pulak tengok basikal tua di tengah-tengah bendang..



Selain hidangan yang lazim dihidangkan waktu kenduri-kendara, ada satu hidangan istimewa yang hanya dibuat ketika kenduri tingkepan ini iaitu 'Rujak Uni'.Sebenarnya rojak ini adalah campuran buah-buahan seperti limau bali,nenas,belimbing dan sengkuang atau lain-lain buah yang sesuai..dicampur gula,garam dan cili..
Fuhh..sedap rojak ni..lagi-lagi kalau dihidangkan sejuk ...dah tu makan waktu tengahari pulak...

Menurut kata orang tua-tua,ibu yang mengandung disuruh mengadun gula garamnya..kalau hasilnya sedap,Insyaallah anak yang dikandung perempuan,kalau tawar atau termasin..mungkin anak lelaki.Hakikat sebenarnya,kalau rojak tu kurang enak,mungkin orang yang letak garam gula tu tak biasa masak...kekeke...

Jumaat, April 04, 2008

SUJUD SYUKUR

Kuew teow tomyam..
apasal ntah suka pula makan tomyam sejak dua menjak ni...


Ahamdulillah...
Allah Maha Pengasih,tidak menolak permohonan hambaNya yang meminta
Hari ini Allah telah mengangkat kesusahan yang datang sejak dua bulan lalu....
Terima kasih Dila sebab menjadi pendengar yang baik....Sujud syukur bukti redha dan bersyukur atas kurniaan Mu..

Ptg semalam abah balik kerja naik lrt-komuter-teksi sbb bateri kereta abah kong..terpaksa tinggal kat carpark ofis...Pagi ni abah hantar kami semua ke destinasi masing-masing sebelum pergi cari mekanik dan pergi HKL pulak lepas Jumaat ambil ubat Izzah.Nampaknya rosak rancangan nak shopping petang Jumaat sbb kereta abah pakai...

Tengahari tumpang Suhailiza balik..tak lama lepas tu hujan lebat ..syiok tidur sampai lah ptg pergi hantar abah ambil kereta yang dah siap kat bengkel..lepas asar pergi pulak round dua tiga kedai perabut..akhirnya jumpa yang kami idamkan..
Insyaallah sampai petang Isnin..nampaknya budget dah goyang...bulan depan nak pergi Langkawi lak tu...mana pulak nak korek ni...

Malam ni buat lagi roti pakai resepi lain pulak sambil pack baju sebab esok pagi nak balik kampung...hooyea...hooyea...!!

Rabu, April 02, 2008

MABUK ROTI

Tengahari balik dari kebun pergi Jab. Keb. Masyarakat di tingkat 2 Hentian Bas Kajang Alhamdulillah, mudah berurusan dengan En Azman..

Dua hari ni pula mabuk meroti...maklum lah baru dapat benda baru...
Sebuku roti yang tak habis dibuat sarapan pagi tadi jadi korban puding roti caramel pula petang ni...ambil resepi dari fp kak Hanieliza


Latest Hannah..dah mula angkat dada dan punggung...Alhamdulillah..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin