Sabtu, Mac 03, 2012

SELAMAT HARI LAHIR IZZAH

Petang semalam buat teh lemon suam campur madu..buat ubat tekak perit dan batuk yang tak habis lagi ni. Bagus juga sesekali dapat batuk gini..kurang sikit bercakap..mudah-mudahan kurang dosa..;)

Hari ni ntah cemana tertengok cerita Hindustan Taare Zameen Par..sebelum ni mmg jaraaang sangat tengok citer Hindustan..tapi tadi tengok Izzah bukan main khusyuk tengok citer tu..terus mak dia pun melekat sama. Cerita anak dyslexsia  sedih woo..Siap nanges jurai-jurai airmata kami dua beranak.Hihihi..
Baru betul Hindustan !

Tadaaa...! beli bunga untuk hiburkan hati sendiri..nak tunggu orang belikan tak ada ponnnn..ermm..

 
Hari ni makan special sikitlah kan sempena hari jadi Izzah ke 10.
Untuk Izzah sayang,mudah-mudahan jadi anak solehah yang membahagiakan emak dan abah.Syukur pada Allah Izzah sihat sempurna macam anak-anak yang lain.Mak doakan semuga Izzah terus berjaya di dunia dan akhirat.Amin.

2 ulasan:

Tepi Sungai Batu berkata...

Selamat hari lahir....Izzah!

dari Pak Man.

PINATBATE berkata...

Terima kasih Pak Man

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin