Selasa, Mac 13, 2012

ANAK ORANG ANAK KITA

Bangun pagi dah baca berita sedih. Ramai betul penjenayah tak ada hati perut kat Malaysia ni Budak mati di bakar,budak kena culik, mati kena dera,mati tersedak susu,terlanggar kereta bapa sendiri,semua ada. Nauzubillahiminzaalik.Budak memang sifatnya tak sempurna lagi akal fikiran.,sebab itu dalam banyak keadaan kecuaian orang dewasa menjadi punca utama.

Kelekaan berfacebook sampai lauk hangit kat dapur masih boleh dimaafkan lagi..tapi kalau kecuaian sampai berakhir dengan anak mati dibakar memang tiada maaf bagi mu..Masa tu meraung pun dah tak guna,redholah dengan ketentuan dan yakin sajalah esok masih ada..walaupun tak tak tau esok untuk siapa..

Tak payahlah kita nak menghukum atau mengata banyak-banyak ..takut-takut esok giliran kita pula. Ambil saja peringatan dan pengajarannya. Anak amanah Allah paling istimewa.jangan sampai kita terleka atau ambil mudah dengan keselamatan anak.Berwaspada dlm setiap keadaan walau dalam rumah sendiri sekali pun.

Cukuplah membebel tu..;))

Irfan demam lagi..tak berapa lena tidur malam tadi  sebab selsema susah nak bernafas.Risaunya ..dahlah masa kat klinik terserempak dengan jiran tengah check darah sebab dia dan keluarganya disyakki denggi. Ya Allah !Mohon dilindungi dari sebarang bahaya.

Budak demam asyik mintak dukung,mintak peluk..manjanya lebih. sabar jerlah melayan.Dalam hati serabut tak senang sebab kerja sekolah macam-macam tengah menanti . Kertas exam belum tanda,data,laporan aktiviti,itu ini..Aduhai! Orang yang bukan cikgu tak payahlah nak jelous sebab kerja cikgu banyak cuti.Syukur sajalah..sekurang-kurangnya korang tak payah bawa kerja balik rumah masa cuti macam cikgu !
Haih! bebel round kedua..;))

Seronok pagi ni dapat kiriman remaph mandy dan kabsyah. Tapi tu lahh..dengan melayan Irfan,dengan kerja sekolah lagi..ntah bila nak memandy ni..Kambing pun tak sempat kejar lagi. tak kick lah guna ayam..tak dapat mengembek nanti..kikiki

Pasal emaknya  kecoh-kecoh jaga anak demam segala bagai dan tak nak membiarkan anak kebuluran lantas abah terpaksalah dial nombor bertuah sambil berkorban RM.ahaks..sabor jer lah
Tengok muka tersengeh sambut mamat motor depan pagar...siapa untung?
Syukurlah dapat makan ni malam ni wahai anak-anak

PENGAJARAN dan IKTIBAR: JANGAN LEKA !
Astaghfirullahalazim

1 ulasan:

rafiq berkata...

anda dijemput!

http://darahmalaya.blogspot.com/2012/03/contest-budi-bahasa-budaya-kita.html

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin