Rabu, Ogos 10, 2011

DUGAAN RAMADAN

Dugaan datang mengiringi kehadiran Ramadan.
Anak-anak demam bergilir ganti sejak malam 1 Ramadhan lagi. mula-mula Irfan demam sampai menggigil badan. Bila tidur malam asyik terjaga jer. Bila dah masuk hari keempat demam tak kebah rasa cuak semacam jer. Takut melarat .Syukurlah beransur baik lepas tu..walau pun ada sikit batuk dan hingus meleleh tapi badan dah tak panas dan menyusu elok. Legaa..Alhamdulillah.

Muka budak baru baik demam 
Selang sehari kakak Hannah pulak demam sama macam Irfan.Lagi sedih bila  dia muntah-mudah lepas tu badan panas sangat..masaalahnya tak mau makan ubat !. Cukup payah nak suap ubat sebab bila masuk ubat jer dua tiga minit kemudian dia muntah..Bila dua tiga kali jadi macam tu,fobia jadinya Hannah nak makan ubat. Last masuk ubat bontot ..barulah lega. Tiga hari jugak Hannah demam.

Alhamdulillah,dah sihat demam,main kejar-kejar mulut becok bercakap tak berhenti
 Bila anak demam barulah terasa nikmat kelapangan waktu.Semua benda yang biasanya selesa terasa sempit sangat.Malam tak cukup tidur,siang mengantuk kat sekolah.dahlah kat sekolah macam-macam hal kena buat..Balik rumah buat urusan rumah terkejar-kejar sebab anak merengek demam.Masak untuk berbuka pun simple jer janji boleh makan. Badan letih ditambah cuaca panas rasa nak marah jer. Mujur ingatkan diri puasa..puasa..tahan..tahan..

Ujian menjadikan kita  makin hampir kepada Allah..tempat menggantungkan segala harapan dan permohonan.Ujian juga menjadikan kita sentiasa berfikir dan muhasabah diri.Menilai sejauh mana kita mensyukuri nikmat Allah yang tidak terkira banyaknya. Rasa menyesal sebab selalu merungut-rungut marahkan Irfan buat sepah punggah barang itu ini..bila tengok dia terbaring lesu ,tanpa disedari mengalir airmata hiba. selalu kat rumah ni suara Hannah potpetpotpet bising bercakap,bercerita, menyanyi..Ya ampunn..bingit telinga dibuatnya..tapi bila dia demam rumah jadi sunyi..sepi..Sedih betul rasanya. ;(

Alhamdulillah, mudah-mudahan dugaan kecil begini mendatangkan keinsafan dan menambah manisnya Ramadan. Alangkah tabahnya hati orang-orang yang diuji Allah  dengan pelbagai ujian besar,tapi sentiasa sabar,redha dan berlapang dada.

7 ulasan:

bujal X berkata...

sabar la kak~~jangan mak budak plak yang demam sudah~kalau tak lagi semua haru~~

PINATBATE berkata...

Bujal,
kalau mak budak yg demam memang haru biru blues..mau bapak budak yang ikut
nanges..ekeke

yantisa berkata...

Harap2 semua depa cepat sihat dan ceriakan hidup cikgu Pinat semula . Memang kita selalu alpa dengan nikmat dalam susah yang Allah bagi pada kita ..anak-anak yang lasak & bising2 tu lebih baik dari yg sakit dan diam membisu.

kucingorengemok berkata...

alhamdulillah dah sihat... lepas baik demam, irfan makin rupa kak hannah pulak!

Granny Hani berkata...

akak yg tua ni pun asyik tak sedap badan jer

Uncle berkata...

salam.
amboi cepat sungguh ramadan kali ni. sedar tak sedar dah masuk minggu ke 3! last year time ni dok terlantar kat hospital....

PINATBATE berkata...

Nampaknya anak-anak dah makin sihat..emaknya pulak yg sakit!! ujian Ramadhan sungguh..Alhamdulillah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin