Sabtu, Januari 08, 2011

BUKAN MUDAH MENJADI SUPERMOM

Alhamdulillah,dah sampai pun hujung minggu..sibuk rasa nak putus kaki dan tangan seminggu ni menguruskan hal anak-anak di sekolah.Mujurlah ada penolong yang setia kat rumah.kakak Izzah sekarang dah boleh harap untuk jaga adik-adik dan menolong di dapur.Cuci pinggan lepas makan memang tugas dia sebab si Abang dah rebut nak ambil part sidai dan iron baju sekolah.Abang bijak..otak ligat .. sebenarnya urusan kain baju ni banyak dibantu oleh helper yang datang ke rumah seminggu dua kali..jadi banyaklah dia dapat bersenang lenang..anak lelaki ni kerja nak mengelat jer..

Sebelum tidur dah siapkan barang nak pergi sekolah termasuk ready bahan utk sarapan keesokan hari .Ni sosej gulung pakai puff segera dari planet Mat Gebu.Izzah yg tolong buat.. Masa tu Cik adek Hannah dah tidur dah..sekali berbau puff harum kat dapur ..boleh dia bangun! ..melantak seketul puff dengan serabai tak cuci muka....pas tu tidur balik ..kehkehkeh..

Nasi lemak lauk nugget huruf sempena kembali ke sekolah ni pun Izzah yg tolong prepare utk bekal dia dan abang.Jangan terpegun lak..Izzah cuma tolong masukkan dalam tupperware jer..bukan dia yang masak nasi,buat sambal tumis,goreng nugget, telur, potong timun segala...Nehi..nehi..! Tu omak eyy yang buat. Bekas biru tu Abang punya.Abang makan nasi dengan sambal sama banyak..sambal tak pedas katanyer..

Kalau dah penat seharian kerja,time makan malam macam tak berdaya nak masak dah..order jer lah kat abah pasal emak dah sakit pinggang..huhuhu..macam ni lah rupanya..anak beranak makan depan tv..bersila bertemu lutut..mata masing-masing tengok tv..mulut lajuu jer kunyah.

 jadi jangan salahkan Irfan kalau dia pun ikut melakukan serangan bertubi-tubi...tanpa mampu dikawal lagi..
Tajuk macam iyer-iyer jer..sengaja nak hiburkan hati sendiri sebenarnya. Anak-anak semua dah lama tidur..kalau mimpi dah masuk tiga episod agaknya..errmm..urusan rumah baru jer selesai.Pagi ni nak kena pergi meeting pulak kat sekolah.Mujurlah abah cuti boleh tolong jaga baby Irfan dan Hannah.

Arrghh.! dah tak boleh tidur lah pulak..

8 ulasan:

kucingorengemok berkata...

lelaki yang kat rumah ni pun chup bahagian basuh baju... sebab bukan dia yang basuh, mesin yang basuh, bijak kan! :)

Zaitun berkata...

Masa anak2 kak Zai sekolah rendah dulu pun macam ni lah hari2 bawa bekal.

PINATBATE berkata...

KOG,
owwh! my boss besar pun ambik part cuci baju..sidai dan gosok dia sub kerja dekat anak lelaki..time lipat..siapa pun tak nak buat..hampehh..makkk juga !

kak Zai,
anak-anak saya ni manja ngengader sebenarnya..makanan kat kantin tak nak makan,makcik Indon masak katanya tak sedap..huhu

Mulan berkata...

makanan dari rumah paling elok.. cikgu pon kata camtu..

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

acik dilla suka aksi IFAN tu
dah macam superman
cayalah mak boleh snap gambor ghini
PANNING shoot tunamanya....hehehhe

PINATBATE berkata...

Mulan,
mmg best makanan dari rumah..tp sesekali mesti nak beli jugak..ubah selera..

dila,
lorr..panning rupanya..ingatkan pening..;D

kak ina kl berkata...

dah mula sibuk baliklah ek cikgu.
rajin gak masak memasak.

yangyuyu berkata...

lamanya pinatbate tak apdet blog:)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin