Ahad, Januari 23, 2011

BILA MAKAN,TERINGAT KAKAK..

Hari ini harijadi Kakak. Moga usia yang telah dilalui dan pada masa yang akan datang adalah usia yang diberkati dan dirahmati-Nya.

Petang tadi kami sekeluarga ke asrama kakak ..ajak dia keluar makan-makan sambil meraikan kakak.Kakak bukan makan banyak sangat pun..dari dulu memang macam tu..jenis perut kecik..makan sikit dah kenyang. lupa lak nak bawa camera..kalau tak boleh ambik gambar Izzah dengan abang meratah ayam..Hannah dengan Irfan pun boleh tahan juga!Nampak gaya adik-adiknya yang tumpang seronok lebih daripada birthday girl..; ) Riuh rendah macam sarapan kat rumah waktu pagi..!

Setiap pagi seboleh-bolehnya anak-anak akan bersarapan di rumah sebelum ke sekolah.Kami ada jadual sarapan pagi yang dibuat oleh Izzah dan Abang berdasarkan pilihan mereka sendiri contohnya hari Isnin roti telur..Selasa sandwich tuna,..Rabu scramble egg dengan cereal..dan di bahagian paling bawah dicatatkan..JADUAL INI TERTAKLUK KEPADA SEBARANG PINDAAN.dalam erti kata lain..ikut suka hatilah mak lah nak masak apa..jangan banyak komplen..heh! Tapi sesungguhnya jadual sarapan yang dibuat Izzah dan abang sangat membantu..bangun pagi tak perlu terpikir-pikir nak masak apa hari ni..
Tidak ada yang lebih seronok selain daripada melihat masakan yang dihidang licin dimakan.Tak perlu nak masak yang renyah dan beriya-iya sangat..masak simple cukup..Ayam bakar dgn lemon dan rosmary ni senang saja nak buat.Perap ayam sekejap..masa nak bakar,masukkan sekali kentang,carrot,capsicum..selesai.
Kalau dah malas sangat masak tapi tekak nak makan jugak,buatlah umai udang.Salad udang ni tak payah dimasak atas api..hihihi..ada berani..?

Bila makan kat rumah ni,selalu teringat Kakak..Tak sabar nak tunggu minggu depan cuti CNY..boleh suruh kakak masak pulak !

7 ulasan:

Kenangan SKPT2 berkata...

Happy Birthday kakak .. moga menjadi anak yang membangga kedua ibubapa .

rezeki berkata...

salam cikgu

alhamdulillah

kalau anak2 ada kat rumah , riuh sikit dan ceria , mcm kami sekrg tinggal berdua je , kalau cuti sek. dan kakaknya break semester, baru meriah sikit

heppi besday buat kakak

atuk berkata...

Assalamualaikum Cikgu Pinat

SELAMAT HARI ULANG TAHUN KAKAK

moga berjaya dlm pelajaran

Wassalam

yangyuyu berkata...

ooo duk asarama, baru paham..hehehe

wo nampak sedap

Sally berkata...

Makcik Sally ucapkan selamat hari lahir kpd Kakak..moga membesar menjadi anak yg solehah..

Pstt!..ayam panggang satu!!

Zaitun berkata...

Happy birthday buat kakak semoga menjadi anak yang berguna pada bangsa dan negara dan pada kedua orang tua khasnya.

Selalunya macam tu lah teringat pada anak2 bila makan sedap2.

PINATBATE berkata...

Terima Kasih semua..!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin