Isnin, Mac 14, 2011
SEMANGAT NGAT NGAT
Liat betul nak berkemas rumah bila time cuti macam ni. Nak masak pun malas.Kakak puasa,abang pulak pergi tuisyen kat sekolah.Goreng nasi dan buat sandwich tuna saja utk sarapan terus sampai lunch.
Alahai mata sakittt la pulak bila nampak baju kotor berlonggok.Alang-alang basuh baju..basuh sekalilangsuir langsir dapur.Sebelum gantung langsir bersih,lap dulu cermin tingkap. Pheww!!! barulah terang..kehkehkeh..ingatkan rumah ni gelap sebab tak cukup cahaya matahari masuk..rupanya sebab langsir dan cermin dapur berkarat..
Tiba-tiba pulak teringat nak pasang alas meja baru. Ehh..! macam kena tiup-tiup pulak aura rajin ni..Beli warna merah terang masa sale bulan 12 orang kata nak sambut krismas ker? Sekarang bolehlah pasang kot..Gong Xi Fa Chai pun dah habis..kalau nak ikut cakap orang,hishh!! alamat semua kerja tak menjadi. Sukahati makciklah..dapur makcik.
Sekarang barulah ada SEMANGAT..!!
Alahai mata sakittt la pulak bila nampak baju kotor berlonggok.Alang-alang basuh baju..basuh sekali
Tiba-tiba pulak teringat nak pasang alas meja baru. Ehh..! macam kena tiup-tiup pulak aura rajin ni..Beli warna merah terang masa sale bulan 12 orang kata nak sambut krismas ker? Sekarang bolehlah pasang kot..Gong Xi Fa Chai pun dah habis..kalau nak ikut cakap orang,hishh!! alamat semua kerja tak menjadi. Sukahati makciklah..dapur makcik.
Sekarang barulah ada SEMANGAT..!!
Anak-anak,
lepas ni jangan makan bersepah depan tv lagi yer..duduk makan kat dapur elok-elok.Meja dah cantik tu..;-D ![]() |
| Amacam,semangat tak alas meja polkadot tu..? tu tangan kakak..*rajin ! |
![]() |
| Semangat Kakak nak berbuka puasa..letak buah potong besarrr punya... |
Ahad, Mac 13, 2011
CUTI SEMINGGU
Alhamdulillah.
Cuti sekolah seminggu.Tak payah masuk kelas tapi kerja berlambak-lambak bawa balik. Tak dapat berjalan ke mana-mana cuti kali ni sebab Abang ada kelas tambahan kat sekolah.
Cuti sekolah seminggu.Tak payah masuk kelas tapi kerja berlambak-lambak bawa balik. Tak dapat berjalan ke mana-mana cuti kali ni sebab Abang ada kelas tambahan kat sekolah.
Rabu, Mac 09, 2011
BERBASIKAL SAMPAI KE SABA' CYBERJAYA
Cerita hujung minggu lepas,naik basikal pusing Taman Botani rasa macam nak putus kaki..
Tengok muka abang tu..punyalah ketat..mana taknya,sudahlah kebulur menunggu ..mak kata STOP! ambik gambar lamb kabshah tu dulu..!! kehkehkeh..
layan jerlah bebudak ni..kesian kan..selalu naik basikal depan rumah jer..kali ni kayuhlah puas-puas.
Ambil gambar masa tengahari lat lit pulak tu..masing-masing lapar,apalagi....vrooommmmmm..!
Kita pergi Cyberjaya ..:-)
Senang jer nak cari restoran Saba' ni..ikut papan tanda CBD..Insyaallah sampai..
Mujurlah dapat ruang beraircond kat tingkat 2..lega sikit..kalau tak..memang SABAR jer lah makan kat Restoran Saba' ni..tunggu dekat setengah jam .. ramai betul umat manusia menunggu nasi Arab ni..Kita pergi Cyberjaya ..:-)
Senang jer nak cari restoran Saba' ni..ikut papan tanda CBD..Insyaallah sampai..
Tengok muka abang tu..punyalah ketat..mana taknya,sudahlah kebulur menunggu ..mak kata STOP! ambik gambar lamb kabshah tu dulu..!! kehkehkeh..
Balik rumah tak payah mandi..dah kenyang Nasi Mandy!
Label:
cerita ceriti,
makanan
Khamis, Mac 03, 2011
Rabu, Mac 02, 2011
Isnin, Februari 28, 2011
SAKIT KEPALA APA UBATNYA SAYANG..?
Sudah makan ubat,nak tidur sekejap.Mudah-mudahan lega lepas ni.
Isnin, Februari 21, 2011
LAKSA BALAS DENDAM
Minggu lepas, Izzah nak makan laksa.Kami beli tiga bungkus kat pasar malam.Tapi cuma habis makan setengah bungkus jer..;(
Nak buat macamana ..dapat kuah laksa yang cair boleh maaf lagi..tapi yang terharu sampai tak sanggup nak telan tu ..laksa tu amatlah pedas berdengung, tak cukup tu.. masinnn ya amat pulak ..alahai..sabar jer lah..
Tu lah salah satu sebab kenapa masak sendiri lebih seronok dan puashati. Boleh buat kuah pekat-pekat dan sesuai dengan tahap kepedasan anak-anak..cerewetkah aku..?
Tak ada siapa yang puji sedap pun..
Tapi semua orang makan habis licin..! ..;D
Alhamdulillah..
mai pekena laksa...;-)
Label:
makanan
Rabu, Februari 16, 2011
KU MOHON..
Masya Allah ! Betapa besarnya nikmatMu ya Allah..hilang segala keletihan dan terasa damai jiwa ini bila menatap wajah anak kecil yang tidak berdosa.
Terasa hiba dan sayu bila memandangnya tidur
Terasa bahagia bila melayannya ketawa
Ya Allah! ku mohon..limpahilah anak ini dengan rahmat dan kasih sayang Mu..
menjadi anak soleh.. penyejuk mata penenang jiwa.
Label:
Irfan
Jumaat, Februari 11, 2011
CENDOL LEMAN DAWI
Masa JJCM sempena CNY hari tu kami sempat terjah kedai cendol yang glemer ni. Memang dah lama berhajat nak makan cendol percuma.Beli tiga mangkuk saja tapi kami anak beranak makan cendol menambah-nambah..dah kata percuma..bergasak macam makan kenduri jer gayanya..kehkehkeh.
Tapi adat lah kan..orang Melayu ni kan pemalu,bersopan santun gitu..walau pun katanya boleh makan sebanyak mana percuma..rasanya tak adalah yang mentekedarah bermangkuk-mangkuk..patut-patutlah kan..lagi pun takat makan cendol,mana ada orang yang sanggup makan sampai sebaldi seorang ..lagi kalau kena bebudak makan..semangkuk yang dibeli pun belum tentu habis,lagikan pulak nak menambah.
Daya tarikan Leman Dawi ni sebenarnya lebih kepada keramahan dia dan minat dia pada sejarah tu...bukanlah pasal cendol dia sedap sangat.Selain galeri sejarah dia kat satu penjuru dalam gerai cendol tu, si Leman Dawi asyik bercerita tentang sejarah pada pengunjung yang minum..sampai rasa sayu hati nak makan cendol sebab terpaksa mendengar cerita dia pasal sejarah radio dan tv dicipta..tahun bila,di mana,siapa yang cipta..blablabla..haih!
Semuga murah rezeki Leman Dawi ni sebab banyak bersedekah dan memberi.
Tapi adat lah kan..orang Melayu ni kan pemalu,bersopan santun gitu..walau pun katanya boleh makan sebanyak mana percuma..rasanya tak adalah yang mentekedarah bermangkuk-mangkuk..patut-patutlah kan..lagi pun takat makan cendol,mana ada orang yang sanggup makan sampai sebaldi seorang ..lagi kalau kena bebudak makan..semangkuk yang dibeli pun belum tentu habis,lagikan pulak nak menambah.
Daya tarikan Leman Dawi ni sebenarnya lebih kepada keramahan dia dan minat dia pada sejarah tu...
Semuga murah rezeki Leman Dawi ni sebab banyak bersedekah dan memberi.
Label:
jalan-jalan
Langgan:
Catatan (Atom)






















