Ahad, Ogos 28, 2011

SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA RAKAN MAYA YG MEMBACA BLOG INI.
MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN
MUDAH-MUDAHAN SEGALA AMALAN KITA DITERIMA ALLAH.

Mood raya sudah menjelma.Ini semua sebab dapat kiriman cookies daripada anak-anak murid dua tiga hari lepas.Walau pun masing-masing dah jauh di mata Alhamdulillah masih dekat di hati.Setiap kali diorang bergotong-royong  buat biskut raya,dapatlah makpinat sebalang kukis yg rangup dan sedap ni.Tapi jangka hayatnya tak lama..masuk dua hari dah tinggal habuk jer..semua dah masuk dalam perut ;)

Petang semalam abang pasang lampu kelip-kelip depan rumah. Itu tanda dah nak raya lah tu.Setiap tahun lampu tu bertukar..abang suka sangat sebab lampu tu ada ketupat sepuluh biji ! sekali pandang macam tak logiklah pulak gantung ketupat depan pintu..apa nak buat, abah dia pun layannn jer beli lampu tu..Yer lah,baik tukar lampu tiap tahun daripada tukar langsir tiap tahun kan..mau lari budget tak larat nak kejar pulak nanti..keh3x.

Yang jadi hero dalam rumah ni budak Irfan boboyboi ni lah.Asyik memanjat & mengemas jer kerjanya. Tak reti penat pulak tu.Rumah ni sehari ntah berapa kali  sapu..kadang mop lantai sampai 2 kali sehari sebab asyik melekit sana sini dikerjakan budak ni.Tak taulah raya kat kampung nanti cemanalah agaknya..dah terbayang dia memanjat meja kuih kat rumah atok ..huhuhu..

Alhamdulillah si Kakak balik petang Jumaat..dapat ringan BANYAKK kerja..lagilah bila dia tengok jejari runcing emak dia tu kan belum baik betul..jadi kakak pun take over lah segala kerja..Yeehaa!! Upahnya?? Nah ..! kakak mintak nasi Arab makan dalam dulang..tapau kat Bangi kabsyah ayam dengan lamb Hanith..wah! makan anak beranak berpusing dulang !!


Best juga sesekali makan bersila menghadap dulang anak beranak macam ni..berlaga-laga tangan !

Pulut kuning tu juadah yg abang dapat tengahari tu sempena Majlis khatam alQuran murid tahun 6 kat sekolah,.Alhamdulillah abang antara murid yg terpilih membaca atas pentas dan dapat sijil khatam al Quran.

Kakak tunjuk skill masak lempeng lagi 30 minit nak berbuka..fuh! sikit punya cekap pukul  telur,tuang susu,tambah tepung,bakar...siap!  Ingat nak makan dgn aiskrim tapi terlupa lak  nak beli,akhirnya tuang jer madu..licin juga! Kakak eksyen bukan main..dua tiga kali masuk bakul keluar bakul puji diri..padahal guna tepung waffle ready made jer pon..huh!

Oh ya! pagi tadi doktor dah buka jahitan Rupanya buruk jer ..maklumlah jari dah berjahit kan..tak macam asal rupa dia..lagi pulak jari tu masih bengkak sikit..tapi syukur Alhamdulillah,bercantum juga. kalau tengok betul-betul hanya tinggal 1 inci jer bahagian yg bersambung..kalau tidakk..memang dah kira jari putus lah..
Syukur dapat berhariraya dengan jumlah jari cukup 10..kalau tinggal 91/2 batang hari tu kan dah malu nak bersalam raya..;)

Selasa, Ogos 23, 2011

BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH

Allah jadikan saya sakit di hujung Ramadan supaya saya dapat bermuhasabah diri.

Allah berikan ruang rehat di hujung Ramadan  supaya saya dapat menambah dan memperbanyakkan ibadah solat,zikir,tadarus Al Quran  & amalan-amalan terpuji yg lain.

Allah mengurniakan saya kelebihan rezeki di bulan Ramadan supaya saya dapat melakukan sedekah.

Allah kejutkankan saya dari tidur dua tiga kali dalam satu malam melalui rasa sakit dan bisa di tangan supaya saya bangun mengerjakan qiamullail.

Allah titipkan rasa nyilu dan denyut ditangan setiap kali melakukan urusan hidup sebagai latihan supaya sabar dan syukur.

Allah jadikan semua musibah sebagai teguran tanda Allah sayang kepada saya.

Alhamdulillah
La haulawala quwwata illa billah
Allahuakbar

Gambar terkini jejari runcing..keh3x

CERITA CUTI

Malas nak taip sebenarnya sebab bila taip pakai dua tangan sakit bisa terasa lagi kelingking ni.kalau taip pakai jari kiri saja lambat dan asyik nak typing error jer lah.Cemana pun nak cerita jugak pasal cuti TERgempar ni.

Masa keluar wad hari tu doktor tanya nak mc tak? Tentulah nak sbb hari tu mmg sah tak gi sekolah. keluar bilik OT tu jer dah pukul 2 ptg. Dr kata kalau luka macam ni nampak gaya macam lambat baiknya..
"Saya bagi cuti 2 minggu lps tu kita tengok kalau belum ok saya sambung lagi". 
Amboi mak aihh!! Tu dia..!
"Ehh..tak payahlah lama sgt dr..badan saya tak sakit,jari jer yg sakit"
doktor tu senyum sumbing jer..
"yer lah..saya faham cikgu banyak tanggungjawab..tapi boleh ker cikgu nak menulis,angkat buku,ke padang (padahal puasa mana ada cikgu bawa budak ke padang)buat kerja-kerja semua tu..?"
" Ehh..Saya buatlah dgn jari yg tak sakit ni.." sambil gerak-gerak jari..:)

Sebenarnya masa tu terbayang banyak kerja tak selesai kat sekolah.Trial PMR baru mula dan ada gerak gempur SPM. Terlibat dgn Program Ihya Ramadhan dan  Bulan Kemerdekaan semua. Kalau cuti tak masuk kelas nanti terpaksa cikgu lain yg ganti. Kesian kat kawan puasa-puasa ni kan.
Lagi pun sumpah jari tu tak sakit langsung!

Sekali balik rumah dan habis kuasa ubat bius yg melemahkan deria rasa tu baru lah tauuuuuuuu..!!  Hambek kau dia punya sakit berdenyut merayap sampai kepala!! Semalaman berguling tak tidur kesakitan cukuplah dengan denyut,dengan bisa bagai. Memang menangislah. telan pil tahan sakit pun tak lut masa tu.

Lepas dua tiga hari jari bengkak pulak sebab byk gerak dan terlanggar benda.Luka kat kawasan kuku pun tak kering lagi.Masa tu baru tau tau kenapa doktor bagi mc panjang..nak tau ? Mula 16 Ogos sampai 4 September!

Tapi manusia ni makhluk Allah yg lemahkan.Saya pernah berdoa minta kelapangan waktu supaya dpt buat persiapan raya utk anak-anak..juga masak berbuka utk mereka. tapi saya lupa..bila Allah beri ruang waktu yang panjang lantaran cuti ini..saya tiada daya!! Tak usah nak buat persiapan raya..nak urus diri pun berjihad melawan rasa sakit!

Tadi dpt sms dari kawan yg ucap simpati kerana musibah tapi disambung dgn  " jeles kat kau sbb dapat cuti raya awal..!" Hah! kalaulah dia tau betapa siksanya cuti yang tidak dipinta ini,tentu dia menyesal menulis begitu. tak taulah ..agaknya dia fikir saya sedang berseronok shopping baju raya kat jln TAR,pilih bag tgn raya&kasut raya kat Sogo atau bakar biskut raya sambil berseronok kemas rumah pasang langsir raya..

Hanya Allah yang tahu betapa sedihnya hati melihat anak-anak berbuka dan bersahur dengan makanan ala kadar ,belum ada persiapan raya, rumah bersepah..saya cuba menyapu sisa remah makanan selepas makan tapi tangan terus berdenyut.Pernah memasak kari ayam tak pedas permintaan anak-anak,suami basuhkan ayam dan letak santan kotak sebelum pergi kerja. Hasilnya sampai ke sahur saya menahan bisa sakit tangan.

Bukanlah saya menulis ini menyatakan rasa kesal dengan musibah ini.Tidak! saya redho..cuma terkilan dengan tanggapan orang.Kalau nak sangat cuti raya..ambillah cuti saya ini. Jangan lupa ambik sekali dengan jari  hancur ini. Ada berani..?

Isnin, Ogos 22, 2011

HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH

Di sebalik musibah tragedy kelingking sebatang ini rupa-rupanya banyak hikmah tersembunyi. Ada yang nampak dengan mata kasar,ada yg perlu dinilai dengan mata hati,ada juga yg masih menjadi rahsia  Allah.
Pengajarannya selagi kita bergelar manusia,kita mesti sentiasa bersedia menerima segala ketentuan Allah,yang baik atau buruk.Itu tanda hamba yang taat.

Semalam pergi dressing sekali lagi. Kali ini nampaknya luka jahitan sekeliling jari tu semakin mengering tetapi luka di kuku yang tertanggal tu masih basah. Kali ni baru nampak jelas rupanya jahitan tu berbentuk C mengelilingi atas hingga bawah kuku jari kelingking.nampak macam kecil tapi sakitnya aduhai! tak payah ceritalah..nanti jadi macam tak redho pulak kalu asyik mengeluh sakit.Bengkak yang tak surut tu tak lain tak bukan sebab lasak sangat,selalu terlanggar dan berlaga..nak buat cemana kan..buka pintu tersangkut tombol, bangun tidur hentam kepala katil,gosok gigi guna tangan kiri tapi tangan kanan ikut bergoyang terlaga dengan kepala paip..alahai!

Jumaat, Ogos 19, 2011

JEJARI RUNCING MESTI TABAH MENGHARUNGI DUGAAN YG DATANG

 Tajuk biar gempak..;P

Pagi Selasa 16/8..Awal pagi yg dingin.. masa tu nak pi sekolah,singgah hantar baju dan bag sek agama Izzah dan abang kat nursery. Selalu tugas tu asben yg buat tiap hari ,tapi hari tu makcik terpaksa take over psl slps sahur beliau dah otw ke Sabak Bernam.Masa tu jam 7.00 pg..teringat hari Selasa kena masuk waktu 1 jam 7.30 ..Apalagi..macam nak terbang rasanya ke pagar sekolah...Masa loading bag tu tangan kiri tutup pintu kereta seat belakang,tgn kanan tarik bag keluar..tp rupanya jari kelingking tak lepas..pap! terasa kena hentaman kuat kat jari tapi tak sakit..cuma kebas..

Bila hulur bag kat pengasuh nursery tu dia jerit "kak! tangan akak berdarah.!" Bila pandang nampak hujung jari dah terkulai dgn darah menitik-nitik pas tu darah terpercik sampai tudung..punya tak sedar. nampak jari tu ternganga mcm kopek kulit pisang ker gitu lah,kuku tertanggal,darah terpancut,ada daging penyek dan nampak tulang putih.Mujur kat nursery tu ada first aid jadi dia balut dgn kain tahan darah.


drive sendiri ke klinik..pusing 4-5 klinik sekitar situ semua tak buka..pagi sangat lagi..masa tu baru rasa denyut dan jari-jari lain dah pucat sejuk..terus drive masuk emergency Colombia hosp.( rezeki duit bonus di situ rupanya..huhu)

dr x ray kata tulang bawah akar kuku terserpih..so doktor buang serpih tu dan jahit keliling jari yg terbuka tu 12 jahitan keliling. satu jam jugak dr buat kerja dlm ot tu...dr kata rumit sebab kelingking tu kecik pas tu berpusing pulak tu.hanya bhg bawah kuku jer yg tak dijahit. kat situ penyelamatlah..kalau takkk..kira jari tu putuslah.Lps keluar ot baru call asben.;(

Begitulah Rezeki Ramadahan. Alhamdulillah.
Balutan tu nampak macam budak hilang jari kena mercun buatan sendiri.

 
Baru lps dressing 18/8/11..Dr masukkan/tanam semula kuku yg tercabut.Tujuannya supaya kuku baru ada acuan.Kalau tak dia akan tumbuh mengerekot. Sakit dia dua kali ganda drp masa kuku tercabut.Still bleeding dan jari bengkak.Nasib baik balutan kali ni ok sikit...

Bila jadi macam ni barulah tersedar hikmah di sebalik segala dugaan ini.Belajar menghargai perkara-perkara kecil yg selalu diabaikan. Penting rupanya jari kelingking ni. Sangat sukar mengharungi situasi dalam bilik air waktu pagi dengan jari tidak sempurna.

Rabu, Ogos 10, 2011

DUGAAN RAMADAN

Dugaan datang mengiringi kehadiran Ramadan.
Anak-anak demam bergilir ganti sejak malam 1 Ramadhan lagi. mula-mula Irfan demam sampai menggigil badan. Bila tidur malam asyik terjaga jer. Bila dah masuk hari keempat demam tak kebah rasa cuak semacam jer. Takut melarat .Syukurlah beransur baik lepas tu..walau pun ada sikit batuk dan hingus meleleh tapi badan dah tak panas dan menyusu elok. Legaa..Alhamdulillah.

Muka budak baru baik demam 
Selang sehari kakak Hannah pulak demam sama macam Irfan.Lagi sedih bila  dia muntah-mudah lepas tu badan panas sangat..masaalahnya tak mau makan ubat !. Cukup payah nak suap ubat sebab bila masuk ubat jer dua tiga minit kemudian dia muntah..Bila dua tiga kali jadi macam tu,fobia jadinya Hannah nak makan ubat. Last masuk ubat bontot ..barulah lega. Tiga hari jugak Hannah demam.

Alhamdulillah,dah sihat demam,main kejar-kejar mulut becok bercakap tak berhenti
 Bila anak demam barulah terasa nikmat kelapangan waktu.Semua benda yang biasanya selesa terasa sempit sangat.Malam tak cukup tidur,siang mengantuk kat sekolah.dahlah kat sekolah macam-macam hal kena buat..Balik rumah buat urusan rumah terkejar-kejar sebab anak merengek demam.Masak untuk berbuka pun simple jer janji boleh makan. Badan letih ditambah cuaca panas rasa nak marah jer. Mujur ingatkan diri puasa..puasa..tahan..tahan..

Ujian menjadikan kita  makin hampir kepada Allah..tempat menggantungkan segala harapan dan permohonan.Ujian juga menjadikan kita sentiasa berfikir dan muhasabah diri.Menilai sejauh mana kita mensyukuri nikmat Allah yang tidak terkira banyaknya. Rasa menyesal sebab selalu merungut-rungut marahkan Irfan buat sepah punggah barang itu ini..bila tengok dia terbaring lesu ,tanpa disedari mengalir airmata hiba. selalu kat rumah ni suara Hannah potpetpotpet bising bercakap,bercerita, menyanyi..Ya ampunn..bingit telinga dibuatnya..tapi bila dia demam rumah jadi sunyi..sepi..Sedih betul rasanya. ;(

Alhamdulillah, mudah-mudahan dugaan kecil begini mendatangkan keinsafan dan menambah manisnya Ramadan. Alangkah tabahnya hati orang-orang yang diuji Allah  dengan pelbagai ujian besar,tapi sentiasa sabar,redha dan berlapang dada.

Isnin, Ogos 01, 2011

RAMADHAN KAREEM

Dalam kerendahan hati ada keluhuran budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.
Mari kita SETTING niat,  UPGRADE iman, DOWNLOAD sabar, DELETE dosa, APPROVE maaf, SEARCH pahala, agar mendapat GUEST LIST masuk syurga.
SELAMAT BERPUASA

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin