Selasa, Julai 05, 2011

NASI AMBENG

Minggu lepas kami balik ke kampung.Atuk kata nak buat kenduri nasi ambeng.Elok benarlah tu..dah lama tak makan nasi ambeng.Semenjak dari pagi lagi kami dah buat-buat sibuk menyediakan persiapan untuk kenduri.Kehkehkeh..Bukan masak pun..cuma kemas rumah sikit,goreng keropok dan potong buah tembikai dan kupas buah nangka  jer..;-)
Kuih keria dan cucur badak adalah gabungan yang sangat mantap.Tak tau atuk order kat mana ntah..sedap betul.
 
ditambah pula bubur kacang buatan Mak Usu
..perghhh! Hidangan minum petang dah sedia..
Elok lepas solat asar jer tetamu yang kami undang pun sampai dengan van besar ni..Alhamdulillah.
Hari ini Atuk jemput lebih kurang 15 orang pelajar-pelajar sekolah Tahfiz untuk baca Quran. Setiap seorang diamanahkan membaca 2 juzuk seorang. Menjelang petang selesailah 30 juzuk al Quran dibaca oleh mereka.Alhamdulillah. Dapatlah kami sekeluarga mendengar bacaan mereka. Syahdunya..
Kat dapur pula dah menunggu hidangan utama..yeay! nasi ambeng..tapi yang ini bukan untuk di makan masa tu..Kami hantar ke asrama pelajar tu untuk dikongsi dengan pelajar-pelajar yang lain.Hidangan makan malam mereka.Ada seramai 70 orang pelajar semuanya di sekolah tu.
Atuk order 7 dulang nasi ambeng untuk diberi kepada pelajar tahfiz tu..dan sedulang lagi untuk kami anak beranak makan di rumah.
Ni lah rupanya nasi ambeng tu..sedulang boleh dikongsi untuk 10 orang. Nasinya menimbun dengan lauk pauk dihimpun sekali ditengah-tengah. Cara makan sedulang macam ni bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim. Macam sunnah nabi..;-)
Lauknya ayam goreng berempah, serunding kacang,sayur goreng jawa dan mee goreng.
Yang ni bukan pelajar tahfiz tu..tapi cucu-cucu atuk bergabung tenaga makan kat dapur selepas selesai majlis..Seronok betul makan ramai-ramai macam ni.
            Lain kali kita buat lagi macam ni yer atuk...;-)

11 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum Cikgu Pinat

atuk disni terliur ni...

gambar yg las sekali tu..tak ace le..
makan dlm pingan masing2

Wassalam

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

aduh kak pint....
kempas kempis ku menahannya
bau bau terasa disni
rinduku pada nasi ambeng ini yang pure
dapat tgok pun jadilah....

boxhousestudio berkata...

nak....

Granny Hani berkata...

sedaaaaaap nyerrrrrr....

bujal X berkata...

ayam sekor tu~~

Uncle berkata...

nampak pun dah menyelerakan...apalagi kalau makan!

PINATBATE berkata...

Waalaikumussalam Atuk Rozali,
hehehe..bebudak ni tak mau makan dalam dulang tu,masing-masing nak makan dalam pinggan..


Dila,
nanti lain kali ada rezeki kita makan nasi ambeng kat Warung Ibu yer..sedap tau

PINATBATE berkata...

BHS,
nak ker..? aterr apa ditunggu lagi..moh ler ke mari..kita makan sama-sama..



KakHani,
Memang sedap,Alhamdulillah..

PINATBATE berkata...

Bujal,
setalam tu nak kongsi ramai-ramai..kenalah letak seekor baru cukup kan..nasinya pun banyak..;)


Uncle,
makan berlaga tangan ramai-ramai lagilah selera...

Wangi74 berkata...

Alahai..sejuk hati tengok anak-anak dari tahfiz tu..Maha Suci Allah.

PINATBATE berkata...

Lynn @ Wangi
Alhamdulillah,mudah-mudahan berkat.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin