Ahad, Mei 22, 2011

AL FATIHAH

Terkejut mendengar berita kejadian tanah runtuh di Hulu Langat melalui Buletin Utama malam tadi. Lebih terkejut bila dapat sms yang mengkhabarkan bahawa salah seorang mangsa yang terkorban adalah murid kami ZAID AS SYAWAL ZAMBRI..pelajar Ting.6 ..khabarnya arwah ke madrasah sebagai sukarelawan .

Saya mengenali arwah ketika beliau di tingkatan empat.Sewaktu itu saya membantu Pn Mahani PK HEM menguruskan biasiswa  murid di Jab.Kebajikan Masyarakat.Sebak betul rasa hati ini mengenangkan arwah pelajar yang aktif dan baik hati..juga ketua tingkatan yang rajin dan bertanggungjawab. 

 Gambar simpanan saya ketika arwah mengetuai koir bersama rakan-rakan Ting 6 Rendah sempena majlis penutup Bulan Kemerdekaan 2010.

 
Al fatihah.Semuga Allah menempatkan arwah bersama ahli syurga , Amin.

5 ulasan:

ainhany berkata...

al fatihah...mulianya peribadi arwah..sebak juga bila seorang cikgu mngkisahkan tentang bekas mudridnya...
Bahagialah aruah....pergimu dlam redza dan telah mnggamit rasa syahdu.
semuga aruah bahagia disana.

salam takziah buat family dan guru2...

PINATBATE berkata...

Salam Kenal Ainhany,
Hidup lawannya mati..peringatan buat kita semua..mempersiapkan bekalan.

Sally berkata...

Salam Pinat,

dari tenang raut wajah bersihnya..Sally yakin tempatnya kini di kalangan insan2 beriman..

PINATBATE berkata...

Amin! Insyaallah Sally

Wangi74 berkata...

Semoga Allah Maha Pengasih dan Maha penyanyang menempat mereka-mereka di tempat orang-orang yang dikasihiNya.Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa arwah:(

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin