Jumaat, November 25, 2011

Permudahkan hidup kita. Simplify your life.

Salam Jumaat terakhir tahun hijrah 1432..Celik mata terus terjah dapur.. Buka peti sejuk rasa malas pulak nak masak pagi ni. Mula-mula arahkan budak-budak mandi bersiap sambil tu selesaikan urusan kain baju dulu...kalau turutkan kerja rumah ni dari pagi sampai malam tak siap-siap....Tunggu esok pulak nak sambung..kalau tak siap esok,sambung lusa pulak..tak siap lusa sambung tulat,tonggeng..lama-lama tingtong..

Kalau asyik fikirkan masalah dan urusan kerja yang bertimbun, mau berkedut muka plus menggerutu naik jerawat dibuatnya..tak sempat nak cucuk botox dah berkedut balik.Hahaha..lebih baik jangan susahkan hati..elakkan stress.kita buatlah apa yang kita suka asal jangan menyusahkan diri dan masyarakat cukup..

Pagi ni kita lepak mamak..;))

Kira celebrate birthday Abang lah ni...semalam 24 Nov Abang genap 12 tahun tapi tak ada buat apa-apa special pun sebab emak dia sibuk berkursuslah pulak.Abah dia lagilah lupa langsung birthday anak sendiri..anak ramai kekdahnyaa...banyak tarikh nak kena ingat..kuikuikui

 bagilah diorang peluang sekali sekala melompat, memanjat menjerit..;)


 Masing-masing terpegun tengok ikan dalam tasik punyalah banyak..

Lepas penat kira ikan-ikan tu kami pun baliklah.Buat nasi goreng kampung jer tengahari ni.Lepas bebudak ni solat Jumaat nanti nak kasi diorang nap sekejap sebelum mulakan project bean mosaic ni..


esok nak balik kampung..lalalalalalaaa....

5 ulasan:

Asmara berkata...

kak pinat, cantiknya bean mosaic tu. untuk hiasan ye? mesti kene sabar dan hati2 buatnya tak. hehe.. tgn akk confirm berseni. :D

bujal X berkata...

bean mosaic tu ble buat bubur tak? he~~

ROZILA berkata...

Salam,

macam tulah aktiviti seharian ,sementara anak2
membesar.

aNIe berkata...

Salam pinatbate...suami akak pun tak ingat tarikh lahir anak2...yg dia tau yg sulung tu je...sebab sama tarikh dengan anniversary kitorang

PINATBATE berkata...

Asmara,
hahaha...tu bukan tangan kakpinat yg buat daaa...


bujal,
nak buat bubur boleh...nak makan??
ada bran..?


Rozila,
Alhamdulillah..walaupun letih melayan kerenah anak-anak tapi ada bahagia di situ..;)


kakAnie,
Kadang-kadang tarikh anniversary pun my asben lupa..alahaiii...tak kuasa nak merajukkk..sabau jerlah

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin