Khamis, Januari 26, 2012

SIBUK BUKAN ALASAN

 Assalamualaikum.
Terasa lama betul tinggalkan blog ini terbiar.Sejak masuk 2012 ni rasanya sibuk betul.Suasana baru dan cabaran baru saling memerlukan kesungguhan dan pengorbanan.Kadang-kadang terasa kesibukan ini sedikit sebanyak melalaikan diri daripada mengingati Allah. Ya ALLAH ! bantulah hambaMu ini. Sibuk bukan alasan.

Sebenarnya banyak betul cerita nak tulis sampai tak tau yg mana satu..tapi rasanya tak ramai yg suka baca tulisan merapu ntah hape-hape ni kan...paling-paling pun orang tengok gambar jer.

Gambar bunga kertas depan rumah MIL.Tanahnya memang subur..walau musim panas lit lit pun bunganya kembang merah mekar..memang tak renti berbunga sepanjang tahun.Bukan pernah berbaja bersiram pun.Beza betul dengan bunga depan rumah ni ..sepanjang musim panas banyak yang maut melecur .Tinggal pasu jer..malas betul nak ganti semula.

Irfan sekarang ada perangai baru ..payah betul nak pujuk dia duduk diam-diam dalam car seat.Sibuk nak ikut memandu siap mulut buat sound effect vromm..vromm...sampai  terpaksa berhenti sekejap masa balik kampung hari tu semata-mata nak bagi dia feeling bawa kereta..kalau tak dia akan lompat duduk kat riba abah.Bahaya betul!

depan
 Belakang
Gambar ni tak ada motif apa-apa..saja suka tengok makhluk ni.Macam emak dengan anak jer.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

akhir nya ada juga update. terima kasih ye. kalau mak cik nak tau, hampir tiap2 hari saya buka blog ni.

-anak emak-

kucingorengemok berkata...

orang dulu2 bela pokok bunga kertas gemok2, bunga cantik2, warna macam2... best tengok

PINATBATE berkata...

Anak emak,
Terima kasih sudi buka blog ni tiap-tiap hari..tak ada cerita menarik cuma kisah anak-anak sbg kenangan.Semuga tak jemu !


KOG,
betul tu..pokok bunga kertas MIL ni ntah berapa tahun umurnya..Yg kakpinat perasan sejak baru nikah 16 thn dulu mmg dah ada keliling rumah...sampai skrg masih berbunga dan teguh pokoknya..

Mama of 2 Princess berkata...

Salam, pinat kat kampung2 memang mudah pokok bunga kertas tumbuh, mungkin sebab persekitaran yang masih belum banyak tercemar kot, dulu mak selalu tanam dan yang banyak bunga, daun kurang, musim panas lagi banyak bunga.

Sibuk betul teacher skrg ya...itupun ramai yg kata cikgu tak buat kerja...geram tau, anyway...seronok baca blog pinat :) teruskan menulis ya

Mulan berkata...

takpe... nanti free update ya...

PINATBATE berkata...

Salam Shinky,
mmg betul..my MIL dah uzur sekarang..masa dia sihat dulu lagi banyak pokok bunga keliling rumah..

Terima kasih Shinky masih sudi singgah blog ni..sayang muahh utk princess Malaekah dan Ranaa

PINATBATE berkata...

Mulan,
sekarang dah tak banyak masa free ..tp Insyaallah akan cari kesempatan update ;)thanks ya!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin