Jumaat, Februari 11, 2011

CENDOL LEMAN DAWI

Masa JJCM sempena CNY hari tu kami sempat terjah kedai cendol yang glemer ni. Memang dah lama berhajat nak makan cendol percuma.Beli tiga mangkuk saja tapi kami anak beranak makan cendol menambah-nambah..dah kata percuma..bergasak macam makan kenduri jer gayanya..kehkehkeh.
Tapi adat lah kan..orang Melayu ni kan pemalu,bersopan santun gitu..walau pun katanya boleh makan sebanyak mana percuma..rasanya tak adalah yang mentekedarah bermangkuk-mangkuk..patut-patutlah kan..lagi pun takat makan cendol,mana ada orang yang sanggup makan sampai sebaldi seorang ..lagi kalau kena bebudak makan..semangkuk yang dibeli pun belum tentu habis,lagikan pulak nak menambah.
Daya tarikan Leman Dawi ni sebenarnya lebih kepada keramahan dia dan minat dia pada sejarah tu...bukanlah pasal cendol dia sedap sangat.Selain galeri sejarah dia kat satu penjuru dalam gerai cendol tu, si Leman Dawi  asyik bercerita tentang sejarah pada pengunjung yang minum..sampai rasa sayu hati nak makan cendol sebab terpaksa mendengar cerita dia pasal sejarah radio dan tv dicipta..tahun bila,di mana,siapa yang cipta..blablabla..haih!

Semuga murah rezeki Leman Dawi ni sebab banyak bersedekah dan memberi.

8 ulasan:

Chik Att berkata...

sedapnya .... panas2 makan cendol... taruk kacang banyak2 ...

Sally berkata...

Musti sedappppp kan! Nakkkk!

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

hahaha KAk PINT utang cendoi sama wa huh....(huhuhu) jangan buat2 lupa
** KAK
ifan glamour kejap dapat gambor ngan leman dawi ni, cayyooooooo

Zaitun berkata...

Kak Zai ada dengar tentang cendol Laman Dewi ni tapi belum pernah mencuba.Tentu special rasanya.

PINATBATE berkata...

Chik Att,
Salam kenal.kakpinat pulak suka cendol asli jer tak payah letak kacang,pulut bagai.


Sally,
sedap..sedap..sila tambah lagi..percuma..(macam PA Leman dawi lak dahh..)


Dila,
mana ada hutang wei..kak pinat dah suruh ambik sendiri kat Kedai Leman Dawi tu kan..pi ambik lekas..kalau tak cukup,tambah lagi..dan lagi..
bayar..;D


kak Tun,
kena try sekali..baru tau sedap ke tidak..jom ke Seromban..;D

Uncle berkata...

ni bukan kat jalan yang nak ke rombau ko?

PINATBATE berkata...

yer..lps keluar hiway..;D

Unknown berkata...

minat sikit sikit je cendol ;p

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin