Jumaat, Februari 29, 2008

DEMAM


Lepas dua tiga hari meniarap dengan jayanya Hannah demam pulak..agaknya keletihan sangat lah tu.Alhamdulillah rak lah meragam sangat dan makan nestum pun banyak..

Orang tua-tua kata sakit urat ..ialah badan tu dibuat menggeliat ajer ..tak kira masa tak kira tempat asyik nak meniarap kerjanya.... sampai dalam kereta pun nak meniarap juga.
Oleh sebab kali pertama Hannah demam, demam suspen lah jugak dibuatnya.
Dua tiga hari ni ralit melayan Hannah jer...banyak kerja terbengkalai..

Selasa, Februari 26, 2008

BOSS BARU

Semalam boss baru mula bertugas menggantikan boss lama..
suasana nampak ceria dari awal pagi..semua orang bersiap nak menyambut boss baru..
siap kompang,jambangan bunga,kek bagai ..

hari ni pulak ntah camana boleh duduk lunch dengan boss..
Errmmm..masih awal lagi...belum boleh baca rentak dia..

Sabtu, Februari 23, 2008

EMPAT BULAN


Alhamdulillah...
Hannah dah empat bulan dan dah mengiring..kadang-kadang TERmeniarap ..
mudah-mudahan sentiasa sihat dan ceria ..Amin

Jumaat, Februari 22, 2008

JUMAAT YANG SEPI



Bulan bertasbih bertawaf mengelilingi bumi
Bumi bertasbih bertawaf mengelilingi matahari
Matahari bertasbih bertawaf mengelilingi galaksi
Galaksi bertasbih bertawaf mengelilingi ‘arsh
Langit yang tujuh, bumi, bulan semuanya bertasbih kepada Allah

Khamis, Februari 21, 2008

CUCUK PERUT




Syukur Alhamdulillah...tak perlu pakai lagi alat ini sekarang..tapi mesti makan ubat setiap hari.

Isnin, Februari 18, 2008

GAMBAR CAMERON LAGI...

Oleh sebab tak dapat merasa lagi pergi Paris, Canada,Hawaii,Jepun atau Kenya ..ku tampal saja lah gambar-gambar cuti-cuti cameron Highlands ni...dah..itu jer pun yang adaa.....















TENANGLAH HATI

Tuhan menguji lagi...Sabarlah hati...jadilah setenang air di tasik...


Susah betul hati ni nak jadi ikhlas dan redha...Payah betul mendidik jiwa tidak semudah mengungkapkan dengan lidah..

Fikir punya fikir sampai mengigau masa tidur ..mujur belum sampai tahap tidur berdiri ..
AHH..daripada menyakitkan otak,buat selamba badak jer lah...

ANDAI KITA BOLEH MENCIPTA BAHAGIA..
MENGAPA HARUS MEMILIH DERITA...

lebih baik makan kuih keria...supaya hidup lebih ceria...

Sabtu, Februari 16, 2008

APAM SENGIH

Fuhh...Rasa macam tak percaya pulak apam ni boleh tersengih sampai begitu mesra sekali..

apa taknya...inilah percubaan kali pertama buat apam..lepas tu tak ada pula mangkuk acuan kecil yang sebiji-sebiji tuu...tuang saja dalam loyang dan kukus...jadi lembut dan gebu.Nampak gayanya boleh buat lagi lain kali.

APAM ENO ( resepi Zuriana Akram)

Bahan
250 gm tepung beras
1 cawan gula
2 cawan air
2 cawan tapai nasi
pewarna
sebungkus Eno (biru)

Cara
Blend semua bahan kecuali Eno dan pewarna.
Peram 2-4 jam.
Sebatikan pewarna dan Eno dan kukus 30-45 minit.
gaul dengan kelapa parut pun sedap..

TERIMA KASIH

Rasa terharu melihat gambar-gambar ni..

Murah rezeki Hannah ..sejak lahir ramai betul yang beri Hannah hadiah..Baju biru yang Hannah pakai masa terima hadiah by pos ni pun hadiah dari MakUsu..







Banyak lagi sebenarnya yang Hannah terima...
Syukur kepada Allah dan terima kasih kepada semua yang bermurah hati...Semuga Allah memurahkan rezeki kalian.

Jumaat, Februari 15, 2008

CHALET SG HJ DORANI



Masa balik kampung minggu lepas kami sempat singgah ke restoran terapung ni sambil menghirup udara laut


Jeti nelayan yang damai

Apa kes bot ni..?


Depan chalet pun boleh memancing...


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin