Selasa, Mei 27, 2008

LANGKAWI DAY 2

Pagi-pagi dah pergi Oriental Village nak naik cable car...tapi cuaca agak mendung..gambar pun gelap jer..


Kami antara orang terawal naik...elok juga, kalau lambat sikit orang ramai betul beratur panjang






Ni dekat hentian pertama


Yang ni pemandangan dari dalam cable car..
Yang kat bawah ni pemandangan Telaga Tujuh dari atas...



Dari stesyen pertama dongak ke atas..nampak ngeri jer jambatan gantung tu kan...Masa kami naik kali pertama dulu jambatan tu belum ada lagi..


Ok..gambar jambatan ni di ambil dari puncak paling atas...


Mencabar jugak laluan nak pi jambatan tu..lebih kurang macam laluan naik Telaga Tujuh tapi tak lah jauh sangat..
Gambar kat bawah ni dari atas jambatan...seram ahh...



Hannah tersengih jer...agaknya seronok macam dalam buaian..yer lah..jambatan ni berayun-ayun bila angin kencang...gayat you...




budak dua ni berkejaran atas jambatan ...tak tau mak kecut perut tengok...




Gambar-gambar ni masa turun pulak..

Hannah bila dah sampai bawah..mula merengek lapar...ala cian bucuk...



Lepas naik cable car kami singgah Telaga Habour...tengok kapal






Petang tu pergi tengok ikan dan kaum kerabatnya pulak...kat Underwater World



Macam-macam jenis dan rupa makhluk Allah ni...Subhanallah..cantik-cantik semuanya...Yang kuning ni sejenis kuda laut. Yang berjalur macam zebra ni sejenis belut laut..



Paling seronok tengok penguin ni...


Lepas tengok pertunjukan anjing laut kami pun mandi kat Pantai Chenang...

Kali pertama jejak kaki ke tanah....Alhamdulillah..



Lepas tengok sunset baru balik hotel..

Isnin, Mei 26, 2008

LANGKAWI DAY 1

Kali terakhir kami ke Langkawi ialah pada 2004. Masa tu Izzah masih masuk darah setiap bulan.Perkara pertama yang kami buat masa tu ialah cari di mana letaknya Hospital Langkawi...manalah tahu kalau ada kecemasan.Bekal ubat dan beg mesin desferal je penuh satu beg..Alhamdullillah hari ni jejak lagi ke Langkawi dan syukur Izzah sihat ..

Bertolak dari rumah naik teksi Wak Sinon suami Kakak Bunga..caya lah Wak..teksi wangiii.....


Sampai ke Langkawi lebih kurang jam 1 tengahari terus makan Laksa Power yang glamer kat Jln Padang Matsirat...memang power..

Pemandangan dari balkoni bilik kami..
Petang tu pergi Pantai Kok...makan pasembor bawah pokok...


Cantik kan pantai ni...

Bebudak bertiga tu pantang jumpa laut....Malam tu makan kat Airport Corner..




Jumaat, Mei 23, 2008

CUTI


Oppss......
Hari ni hari terakhir....selepas ni cuti dua minggu...lega sikit kepala tapi masih banyak kerja yang nak disiapkan sepanjang cuti ni..

Khamis, Mei 22, 2008

Bantulah Sufi biaya pembedahan dan rawatan jantungnya. Untuk detail, sila klik di sini. Boleh juga membantu dengan war-warkan di blog dan emel kalian melalui banner yang disumbangkan oleh nettbiru di http://bluehikari.com/images/sufi.jpg

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin