Jumaat, Mac 21, 2008

LIMA BULAN

Macam sekejap je...esok Hannah dah lima bulan..




Khamis, Mac 20, 2008

MAULIDURRASUL

Cuti seharian
Merayau dari satu blog ke satu blog..
pusing serata alam..

Isnin, Mac 17, 2008

DI LUAR JADUAL

Hari ni bermula jadual baru di kebun...
masuk kerja jam 10.00 pagi dan habis pukul 4.o5 petang...
tapi hari Rabu dan Jumaat still macam biasa...
rasa okey sangat lah pulak jadual baru ni..
Dapat melepaskan diri dari beberapa perkara yang membosankan ..wakakaka...
urusan rumahtangga pun lebih teratur...cuma ..

Masa untuk bertenet dah kurang...

Jumaat, Mac 14, 2008

SETAHUN

Seringkali dalam munajat kami memohon mudah-mudahan Allah memberi kekuatan dan kesabaran membesarkan Izzah.
Seringkali juga airmata ini tumpah memecah benteng kesabaran hati..
Allah Maha Pengasih mendengar permohonan hamba yang meminta..




Alhamdulillah..
pada hari ini genaplah setahun pembedahan Izzah.
Dokor jangka Izzah akan memerlukan pemindahan darah 3 bulan sekali selepas pembedahan ini tetapi syukur..selepas setahun Izzah tak perlu lagi melakukannya berbanding dua minggu sekali seperti dulu.
Alhamdulillah....Izzah,jadilah anak solehah yang sentiasa bersyukur atas nikmat Allah dan redha menempuh ujianNya

Selasa, Mac 11, 2008

HANNAH DAN FARAH AULIYA

Petang Sabtu lepas mengundi kami menziarahi Liya..umurnya baru nak masuk sebulan..punyalah gelihati..boleh pulak tu pakai baju SERUPA dengan Hannah...aduhai...macam kumpulan boria cucu-cucu orang Tg Karang ni..

Bila letak bersebelahan jer tangan Hannah terus capai rambut Liya...
suspen mama Liya dibuatnya..tengok jari mama tu...

Mana tak cemas...Hannah tarik rambut Liya....hehehe...

BALIK KAMPUNG PRU12

Suasana pagi Sabtu 8 Mac 2008..
Kami bertolak dari rumah jam 8.30 dan singgah di Shah Alam sebab abah mengundi di sini...kes tak tukar alamat dari tahun 1999 lah ni...





Gambar-gambar ini menceritakan kemeriahan,keghairahan rakyat dan kesungguhan jiwa-jiwa merdeka...

Alhamdulillah dapat juga melaksanakan tanggung jawab sebagai rakyat Malaysia dua jam sebelum pusat pengundian tutup di SK Dato Manan..
Mudah-mudahan Malaysia aman dan sejahtera selama-lamanya..

HAPPY BELATED BIRTHDAY

Kek yang sedap kami beli di Seksyen 18 untuk meraikan hari lahir Izzah dengan atok dan embah kat kampung...Lagi best sebab family mak usu pun balik...


Seronok makan kek ramai-ramai...semuga Izzah jadi anak solehah,sihat selalu dan rajin belajar..


APAM BALIK KECEMASAN
by( UMMUHABIB ) ni pulak sebagai persediaan kalau tetiba ada tetamu datang dan masa tu tak ada kek cantik untuk dihidangkan....

2 cwn tepung gandum
1 biji telur
1 1/2 cwn air
1/2 cwn gula
1 s/k yis kering
sedikit soda bikarbonat (hujung sudu kecil je)

bahan tabur
kacang dimesin
gula
jagung krim

Khamis, Mac 06, 2008

DAH LEWAT NI...






Sepatutnya Hannah dah pergi inject imunisasi 4 bulan tapi tak sempat-sempat nak bawak...abah lak MC tiga hari demam panas...kesian abah...dapat ke pergi pangkah undi hari Sabtu ni..

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak inject pagi Jumaat di Klinik Zainiati..memang kuat betul Hannah ni ..langsung tak menangis kena cucuk...

Isnin, Mac 03, 2008

SELAMAT ULANG TAHUN NURUL IZZAH



Semuga Allah mengurniakan kesihatan yang baik dan melanjutkan usia mu dalam iman dan takwa kepada Nya.Amin.

Izzah lahir jam 4.15 petang hari Khamis 3 Mac 2002.Lahirnya mudah sekali..Alhamdulilah.
Syukur kepada Allah yang memberi kekuatan dan kesabaran kepada kami melalui hari demi hari bersama anak kesayangan kami ini.

Menjejaki usia 6 tahun hari ini ,emak dan abah berdoa semuga Izzah menjadi anak solehah dan sihat sepanjang hayat. Amin.


Sabtu, Mac 01, 2008

ALHAMDULILLAH

Glitter Photos
Alhamdulillah Hannah dah sihat semula...makin aktif dan ceria

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin