Ceritanya bermula begini..jeng..jeng..jeng...Please..buat-buat suprise. Kami selalu beli potato spiral ni kat
Pantai Jeram. sebiji dua hengget.setiap kali beli mesti tak cukup sebiji seorang..sebab anak-anak suka sangat lah.
Masa dekat Pengkalan Balak,Melaka hari tu kami jumpa ada makcik jual potato spiral ni harganya sebiji seringgit. Wah! sungguh berbaloi-baloi..Jadi anak-anak ni berulang-ulang beli potato dekat makcik ni.Punyalah bahagia masa tu..hingga mereka dan keluarga mereka terlupa rupa-rupanya dah dekat sekilo makan potato dan duit mak diorang yang jadi tukang sponsor pun dah tinggal dua tiga helai jer..Ya ampuunnn..
 |
Gambar potato Pengkalan Balak yang jadi pojaan tu.. |
Demi masa depan yang lebih cemerlang saya pun mencari maklumat kat mana nak beli
mesin pemutar kentang sekali kau hah!..setelah berfikir-fikir isyy! tak jadilah nak beli mesin tu..tak berbaloi pulak setakat nak makan anak beranak...lainlah kalau nak buat bisnes kentang kat kantin sekolah kan...baru gempak..mesti laku punya..;)
Ohh! Tiba-tiba pagi tadi tanpa disangka-sangka kawan saya
Liza yang sedang bercuti sambil membuat kajian makanan dan pemakanan di Fukouka,Jepun telah menunjukkan sebahagian hasil penemuan barunya di
SINI Wah! apalagi..tanpa menoleh kiri dan kanan saya pun terus berlari laju menuju kedai runcit membeli kentang.Vromm..!
Ehh..macam cerita kartun pulak... hasilnya..
 |
Hasil kali pertama...kentang goreng celup tepung tempura. | | | | |
Selepas hampir sepuluh biji kentang menjadi bahan ujikaji barulah saya dapat menghasilkan kentang spiral yang nipis sekata dan kini saya faham pepatah Jawa yang mengatakan
practise make perfect.
 |
Hannah dah ready nak ngapp..mak kata..jap! jap! nanti mak ambik gambar dulu..! |
Alhamdulillah,seronok anak-anak makan dan puashati dapat buat potato putar sendiri.Kepada Liza diucapkan terima kasih dan ingatlah pantun ini,..
kalau ada sumur diladang,
boleh kita menumpang mandi,
kalau ada teknik masak yang senang,
boleh kita berkongsi lagi.
Jemput makan !