Sabtu, Januari 29, 2011

BACA BUKU

Cuti..!!
Mudah-mudahan dapat legakan sikit kepala dan luruskan pinggang..juga dapat habiskan baca buku ini sepanjang cuti seminggu.


kawan-kawan,jom jengok blog penulis buku ini di sini dan sini.  Banyak info yang sangat menginsafkan..

Jumaat, Januari 28, 2011

DAMAI

Siapa kata memasak itu susah..senang saja sebenarnya lebih-lebih lagi kalau hati tengah gembira..;D
Tentulah gembira sebab dapat cuti seminggu sempena CNY...boleh jalan-jalan cari pasal lagi..
 
Sarapan popia goreng tapi guna inti crab stick lebihan isi sushi bekal ke sekolah...kena kreatif sikit kalau nak senang kerja ..
Damainya hati ..Alhamdulillah.

Selasa, Januari 25, 2011

DARI KECIL SAMPAI PENCEN

Begitulah nasib diriku..bila memilih kerjaya sebagai guru,hampir seluruh hidup asyik berulang alik ke sekolah setiap hari.Ada juga orang bertanya,tak jemu-jemu ker..? asyik pergi sekolah dari kecik sampai umur tua?
Meskipun setiap hari melalui jalan yang sama tapi cabaran yang dilalui setiap hari tentulah tidak sama.

Seumpama menanam benih pokok,kepuasan bagi seorang guru hanya akan dikecapi bila melihat pohon yang ditanam dan disirami baja hidup subur.Saban hari semakin segar dan berseri.
Keasyikan itu menyebabkan perjalanan hidup terasa indah dan sangat bermakna.Kejayaan bukan sekadar melihat anak-anak didik memeluk deretan A dalam peperiksaan tetapi lebih dari itu melihat syahsiah dan jiwa dibentuk menjadi insan bertakwa yang sentiasa membesarkan Penciptanya.

Jemu..? tidak ! ..tapi kadang-kala memang stress bila terlalu banyak yang hendak dicapai sedangkan waktu sering memburu...Syukurlah hidup ini seringkali bertemu dengan sahabat-sahabat yang ringan membantu.
           Dan boss yang memahami..walaupun kadang-kadang menyeramkan..
                                                          Kereta boss saya..;D

Ahad, Januari 23, 2011

BILA MAKAN,TERINGAT KAKAK..

Hari ini harijadi Kakak. Moga usia yang telah dilalui dan pada masa yang akan datang adalah usia yang diberkati dan dirahmati-Nya.

Petang tadi kami sekeluarga ke asrama kakak ..ajak dia keluar makan-makan sambil meraikan kakak.Kakak bukan makan banyak sangat pun..dari dulu memang macam tu..jenis perut kecik..makan sikit dah kenyang. lupa lak nak bawa camera..kalau tak boleh ambik gambar Izzah dengan abang meratah ayam..Hannah dengan Irfan pun boleh tahan juga!Nampak gaya adik-adiknya yang tumpang seronok lebih daripada birthday girl..; ) Riuh rendah macam sarapan kat rumah waktu pagi..!

Setiap pagi seboleh-bolehnya anak-anak akan bersarapan di rumah sebelum ke sekolah.Kami ada jadual sarapan pagi yang dibuat oleh Izzah dan Abang berdasarkan pilihan mereka sendiri contohnya hari Isnin roti telur..Selasa sandwich tuna,..Rabu scramble egg dengan cereal..dan di bahagian paling bawah dicatatkan..JADUAL INI TERTAKLUK KEPADA SEBARANG PINDAAN.dalam erti kata lain..ikut suka hatilah mak lah nak masak apa..jangan banyak komplen..heh! Tapi sesungguhnya jadual sarapan yang dibuat Izzah dan abang sangat membantu..bangun pagi tak perlu terpikir-pikir nak masak apa hari ni..
Tidak ada yang lebih seronok selain daripada melihat masakan yang dihidang licin dimakan.Tak perlu nak masak yang renyah dan beriya-iya sangat..masak simple cukup..Ayam bakar dgn lemon dan rosmary ni senang saja nak buat.Perap ayam sekejap..masa nak bakar,masukkan sekali kentang,carrot,capsicum..selesai.
Kalau dah malas sangat masak tapi tekak nak makan jugak,buatlah umai udang.Salad udang ni tak payah dimasak atas api..hihihi..ada berani..?

Bila makan kat rumah ni,selalu teringat Kakak..Tak sabar nak tunggu minggu depan cuti CNY..boleh suruh kakak masak pulak !

Isnin, Januari 17, 2011

HUJUNG MINGGU

Jalan-jalan cari pasal terjah ikan.Mujurlah anak-anak kami ni penggemar ikan dan seafood..jadi tak lah susah melayan kerenah bebudak ni.Bukan apa,ada sesetengah budak tak suka makan ikan..nak makan ayam saja..kalau tak jumpa ayam tak selera makan katanya...susahlah macam tu kan..
Bila makan ketam jer mesti teringat Kakak..sebab dia penggemar tegar chilly crab.Agaknya memang naluri ibu macam tu kot..selalu ingat apa yang anak suka dan apa yang anak tak suka makan..lagi pulak bila duduk jauh..Entahkan anak teringat kat emak ke tidak..tak tau lah..
Tak apa..Insyaallah cuti tahun baru Cina nanti kita JJCM lagi yer Kak.Harap-harap abah baca entry ni..(kekadang my darling asben scordeng juga blog ni) memantau kekdahnyerr...(^_^)
Order air exotic saja nak bagi anak-anak rasa..ada air pegaga,air kedondong..kehkehkeh..Abang kata pening!
Macam tu lah cerita hujung minggu..Alhamdulillah

Rabu, Januari 12, 2011

SIPUT

Malam ni TERtengok cerita hantu kat tv.Entah apa tajuknya..Kebelakangan ni banyak betul cerita hantu..bersepah merata chanel ..apalah yg orang minat sangat kat cerita hantu ni pun tak tau lah.Sambil tengok tu mulut tak renti mengunyah mee siput goreng cicah sambal kicap.Jadi orang Muor kita malam ni..hahaha..

Tetiba teringat kerja sekolah bannyyaakkk lagi tak selesai..dah makin tua ni, buat kerja makin lembab pulak..udah serupa macam siput.Haih!

Sabtu, Januari 08, 2011

BUKAN MUDAH MENJADI SUPERMOM

Alhamdulillah,dah sampai pun hujung minggu..sibuk rasa nak putus kaki dan tangan seminggu ni menguruskan hal anak-anak di sekolah.Mujurlah ada penolong yang setia kat rumah.kakak Izzah sekarang dah boleh harap untuk jaga adik-adik dan menolong di dapur.Cuci pinggan lepas makan memang tugas dia sebab si Abang dah rebut nak ambil part sidai dan iron baju sekolah.Abang bijak..otak ligat .. sebenarnya urusan kain baju ni banyak dibantu oleh helper yang datang ke rumah seminggu dua kali..jadi banyaklah dia dapat bersenang lenang..anak lelaki ni kerja nak mengelat jer..

Sebelum tidur dah siapkan barang nak pergi sekolah termasuk ready bahan utk sarapan keesokan hari .Ni sosej gulung pakai puff segera dari planet Mat Gebu.Izzah yg tolong buat.. Masa tu Cik adek Hannah dah tidur dah..sekali berbau puff harum kat dapur ..boleh dia bangun! ..melantak seketul puff dengan serabai tak cuci muka....pas tu tidur balik ..kehkehkeh..

Nasi lemak lauk nugget huruf sempena kembali ke sekolah ni pun Izzah yg tolong prepare utk bekal dia dan abang.Jangan terpegun lak..Izzah cuma tolong masukkan dalam tupperware jer..bukan dia yang masak nasi,buat sambal tumis,goreng nugget, telur, potong timun segala...Nehi..nehi..! Tu omak eyy yang buat. Bekas biru tu Abang punya.Abang makan nasi dengan sambal sama banyak..sambal tak pedas katanyer..

Kalau dah penat seharian kerja,time makan malam macam tak berdaya nak masak dah..order jer lah kat abah pasal emak dah sakit pinggang..huhuhu..macam ni lah rupanya..anak beranak makan depan tv..bersila bertemu lutut..mata masing-masing tengok tv..mulut lajuu jer kunyah.

 jadi jangan salahkan Irfan kalau dia pun ikut melakukan serangan bertubi-tubi...tanpa mampu dikawal lagi..
Tajuk macam iyer-iyer jer..sengaja nak hiburkan hati sendiri sebenarnya. Anak-anak semua dah lama tidur..kalau mimpi dah masuk tiga episod agaknya..errmm..urusan rumah baru jer selesai.Pagi ni nak kena pergi meeting pulak kat sekolah.Mujurlah abah cuti boleh tolong jaga baby Irfan dan Hannah.

Arrghh.! dah tak boleh tidur lah pulak..

Rabu, Januari 05, 2011

WAJAH PENGHILANG LETIH

Bila dah buka sekolah ni,macam-macam perkara kena buat.Dari sebelum subuh sampai pejam mata tengah malam sentiasa ada kerja nak dibuat..sampaikan nak update blog pun tak terdaya dah..

Tapi ada suatu perkara yang paling menghiburkan bila penat letih balik kerja dapat peluk cium baby Irfan.Terasa hilang segala keletihan .Alhamdulillah.
Hujan lebat petang ni ..jadi kami berdua buat aktiviti posing aksi lentok manja ..seronok betul bergolek-golek dengan Irfan ni.
Bila pakaikan serkop kepala kakak Izzah nampak comel jer Irfan..dah rupa macam budak pompuan pulak.hehehe..
Yang ni budak jeles sebab dengar mak asyik cakap Irfan comel..Irfan comel..dia pun pakai jugak serkop tu..bajet muka comel jugak..errmmm..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin