Jumaat, Oktober 30, 2009

CERIA JUMAAT

Meriah pagi ni sebab ada Kempen Membaca 1 Malaysia...semua duduk tunduk baca buku masa perhimpunan pagi.

Cikgu XYZ :" Pinat,..kalau ye pun tak payahlah baca buku CARI DUIT MELALUI BLOG..pagi
Jumaat ni..

"
Cikgu Pinat :" Yer..yer..lah.." Tetiba terus ambik buku WIRID KETIKA MENGANDUNG..hahahadoooiii..^^

Tengahari pula ada agenda best..jam 12.30 nasi beriani dah berbau sampai ke kelas..semuga murah rezekilah kawan-kawanku sekelian..naik pangkat lagi tinggi sok boleh buat kenduri lagi macam ni...Tengkiu..Arigato..^^

Senduk nasi sambil betulkan gelang blingbling ..haha! tangan siapa tuu..? Tuan punya tangan di sini

Kek ni sedap macam nak makan semua ..nasib ada orang buat bunyi ehemm..ehemmm..kat belakang..^^..
nak order? sila hubungi Cikgu Mardiana ..err..Mar..PROMOSI ni tak payah bayar,hantar jer pandan layer tu sebiji atas meja minggu depan yer..

Yang ni nak bagi Kak Niza pengasuh Hannah dulu..kalau duduk dekat Muor boleh dapat kek Barbie sponsored by Ibu Ct kan..kan...;P

Selasa, Oktober 27, 2009

TAMAN BOTANI 3

Sebab ada yang tanya lokasi Taman Botani ni dan ada juga yg berminat nak pergi main basikal kat sini maka kita sembang-sembanglah sikit pasal taman botani ni yerk..

Lokasi: Persint 1,Putrajaya ..dalam Lingkaran Persiaran Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah.

Waktu operasi : Pusat Pelawat:
Isnin-Jumaat 9.00 pg-6.00 ptg
Sabtu, Ahad, Cuti Umum,Cuti Sekolah 9.00-7.00 ptg

Taman : 7.00 pg -7.00 ptg setiap hari (best kalau nak joging..)

Taman :
  • Luas sangat ..dianjurkan bawa minyak urut Mestika.. boleh urut kaki tepi tasik..jangan lupa air sebotol sorang...ekeke..
  • 3 koleksi utama ialah Taman Tropika, Taman Asia dan Taman Asia Pasifik. Cantik-cantik lanskap dan pokok-pokoknya..lu tengok sendiri lah Nabil..
  • 4 zon utama ialah Laluan Jelajah, Bukit Palma,Taman Flora dan Persisiran Tasik. Masa kami datang tu kat persisiran tasik tu ada satu company buat jamuan Raya dan deepavali utk staff and family..raya dah habis masih pasang lagu raya dan bakar lemang..tak pelawa kitorang pulak pun..uwaa..!
Perkhidmatan yg disediakan ialah :
  • Pusat Pelawat-ada pameran interaktif sains dan tumbuhan..rasa nak buat rombongan bawa anak-anak murid ke mari lak..
  • Lawatan berpandu- tapi kena jalan kaki lah..ikut pemandu pelancong dia..bebudak sekolah sila pegang tangan kawan-kawan ,takut hilang dan jangan melompat-lompat atas jambatan gantung..karang jambatan runtuh..siapa nak jawab? cikguu jugakk..
  • Astaka Morocco- cantik giler kalau ambik gambar pengantin kat sini..Kak Sya dan Dila pernah ambil gambar kat sini kan..
  • Perkhidmatan Tram- pusing taman 30 minit...masa kami datang tak jalan pulak dia padahal ada 4 buah tram beratur.
  • Sewaan basikal..RM4 sejam..siapa cepat dia dpt...kalau lambat tunggu lah ..teruja betul nak naik basikal yg dua tempat duduk pastu org depan belakang kayuh sesama tu kan...tapi takut dugong tergolek di celah pepohon rimbun pulak..
  • Sewaan bot kayuh..dua org boleh arr..kalau bawah anak mengiau reramai tak payah lah..terhumban lak dalam tasik kang..
  • Kedai cenderahati..yg ni tengah renovate..baguslah..selamat duit ..

  • Putrajaya Seafood Restaurant...baik bawak bekal berkelah jer lah..jimat,kalau malas gi makan kat Alamanda jer..

Adalah menjadi harapan saya semuga ada pegawai-pegawai dari Perbadanan Putrajaya atau saudara mara mereka membaca promosi di blog saya ini. Hubungi saya ditalian yang tertera di kaca jendela anda untuk menyerahkan pembayaran yang sepatutnya..alaa..takkan tak kasi komisyen sikit pun Inchekkk....penat makcik menaip ni...
Maklumat lanjut sila hubungi...dah ahh..mengarut jer..^^

Ni apa cerita ni Hannah..? silap pegang stereng tu...padanlah tak sampai-sampai...

Isnin, Oktober 26, 2009

TAMAN BOTANI 2

Santai di pagi Ahad...Jom kita jalan-jalan !

Izzah yang berhajat sangat,berkali-kali ajak ke mari..Taman Botani ni luas dan nyaman..suasana segar jer ....

Mula-mula kami berjoging konon nak keluarkan peluh..tapi baru sampai taman paku pakis ,lutut dah macam kena paku jer..sakit skru dik oii...hahaha!

Ingatkan pokok salad,rupa-rupanya spesis paku-pakis..hikhik..mujur tak petik buat ulam..


jalan punya jalan sambil snap sana sini..pas tu berangan,nak buat macam ni lah kat rumah..^^

Tetiba..wow! ada peluang boleh round taman ni...tak payah penat berjalan kan..tapi tunggu punya tunggu,rupa-rupanya benda ni tak bergerak..hehe..
Akhirnya Hannah buat keputusan utk drive jerlah train ni bawa kak Izzah dan abang jalan-jalan..boleh?
Masa ke mari kali pertama dulu,tak sempat naik basikal..jadi kali ni masing-masing melepaskan gian..

senyum puashati..sewa basikal 4 ringgit sejam..

kakak lelebih pulak dia...naik basikal pun nak drift..

Abang mula tunjuk skill merempit..

mula-mula Hannah macam cuak jer..

Sekali dah syok tak mau turun lak..

Pertandingan bermula..ready..set..GO!!

Ayyo..lajunya diorang ni...

Lepas sejam pusing-pusing..lepak kat sini..

Muka happy..

Melangkah balik dengan cita-cita nak datang lagi...

Ahad, Oktober 25, 2009

MAJLIS GRADUASI


Sajalah nak letak gambar ni buat kenang-kenangan walaupun sebenarnya boleh tengok lebih banyak gambar kat web sekolah jer..

Jadi papparazi kenalah ambil gambar dari jauh jer..

VIP

Mantan Pengetua Datin Azmah Abd Aziz dan Pengetua Pn Sri Datin Mazlilah Ahmad Mansur.


Percayalah..suatu hari nanti mereka akan mengenang saat-saat manis ini.

Sebagaimana saat paling manis bagi makcik pinat..makan time..ekekeke..

Khamis, Oktober 22, 2009

HANNAH

Hannah genap 2 tahun hari ini..Alhamdulillah

Tak potong kek pun sebab dah potong dua biji kek masa bakar udang kat rumah atuk minggu lepas..jadi buat bubur abang jer..semangat dia makan..kena kat selera dia kot..


makan depan tv lepas mandi..mak aii! tebalnya bedak 2 inci..


Semuga Hannah sentiasa berada di dalam limpah rahmat dan kasih sayang Allah di dunia dan di akhirat.

Isnin, Oktober 19, 2009

APA ADA DI TINGKAP

Cuti 4 hari sempena deepavali terasa macam sekejap jer..tau tau dah nak habis..
betullah masa tu umpama mata pedang kan..kalau leka habis kena pancung kapraa...
Macam biasa bila balik dari kampung mesti berlaku kejadian makan berlebihan dan pertambahan lemak..abis nak buek camno...asyik makan jer..




antara yang diraikan



antara yang dikerjakan..

Rabu, Oktober 14, 2009

SECANTIK KEBUN ORANG,INDAH LAGI KEBUN SENDIRI

Hujan lebat turun sejak sebelum subuh membawa ke pagi..cuaca sejuk memang membuatkan mata rasa nak melekat bagai digam dengan gam UHU.Hari ini kembali semula ke kebun selepas hampir seminggu berjuang bermati-matian menahan mengantuk ..mana tak mengantuk..kena mengawas exam dalam dewan yang senyap-sunyi umpama termenung di pusara..aiyyo! tawaf berkali-kali pusing dewan sambil mata pejam..hanya orang profesional jer boleh buat macam tu tau..

Sampai aje kebun terus masuk meeting,buat kerja kebun yang dah beberapa hari kena tinggal lepas tu...apalagi..makan ccolek lah!! Macam ada telepathy pulak..masa nak tidur malam tadi tiba-tiba rasa teringin nak makan colek buah..tiba-tiba pagi ni ada member yang bawa jambu air,belimbing,sengkuang..siap dengan kuah coleknya sekali..perrghh!! makan tak ingat dunia..asyik ingat akhirat jer..Alhamdulillah..!! Syukur! Esok Asrul nak bawak jambu lagi..petang ni nak cari mangga muda pulak..besok boleh makan berjemaah lagi..

Sabtu, Oktober 10, 2009

Yeay!

BEKERJALAH SEPERTI KAMU AKAN HIDUP SERIBU TAHUN LAGI

Apa punya sedihlah kena buat post mortem trial SPM saat-saat kritikal macam ni..sudahlah senget kepala nak buat graf turun naik ni, lapar pulak tu tengah malam ..isyy...bantal ohh bantal......di mana dikau..

Kita sambung pagi-pagi esok jer lah yer.....; )

opss!..esok gigih nak berhi tea akhir tahun pulak..Ahad nak pergi open house lagi..bila nak sambung kerja terbengkalai ni?

seribu tahun lagi dah jadi fosil agaknya makcik pinat ni..

Isnin, Oktober 05, 2009

APPLE PIE PUNYA CERITA

Rupa-rupanya entry bulan puasa yang akak letak gambar pie apple tu telah menitikkan air liur kawan akak si Bid..ala kesiannya..terasa bersalah pula..oleh sebab akak tak berdaya nak hidang pie sempena hari raya jadi ambil jer lah resepi ni yer Bid...kalau dah cuba nanti jangan lupa bawa satu tupperware kat akak...saja nak test menjadik ker tidak..hahaha!

Bahan-bahan ( normal utk 4 orang makan, tak normal makan sorang-sorang )

  • Bahan A – Doh
  • 2 cawan tepung
  • 100gm mentega
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan air ais
  • 1 biji kuning telur ( akak tak masukkan pun)
  • Bahan B- filling
  • 10 biji apple size paling kecil-kalau suka masam pakai yg hijau atau campur hijau merah
  • 2 cawan gula ( akak guna brown sugar ... supaya tak manis sgt )
  • 15gm serbuk kulit kayu manis/cinnamon powder
  • 1 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • Segenggam gula – utk tabur sebelum bakar

Cara-cara

  1. Sediakan bahan A, gaul rata tepung, garam, masukkan mentega, kuning telur...pegang dengan hujung jari buat serbuk roti, buat lubang tengah, masukkan air uli doh, bungkus dlm plastik,rehatkan dalam peti sejuk.
  2. Basuh, kupas kulit apple, belah buang biji di tengah nya kemudian potong jgn terlalu tebal atau nipis ketepikan
  3. Campurkan bahan B dalam sebuah besen besar, masukkan gula, cinnamon, tepung dan sedikit garam, gaul rata, kemudian masukan apple gaul hingga bersalut gula , susun apple di atas doh yang telah dicanai dan cucuk dengan garpu..
  4. selepas itu taburkan baki tepung adunan tadi atas apple pie yang belum siap di bakar itu dan akhir sekali sapu sedikit susu cair atau kuning telur untuk bagi dia berkilat mengerlit..lepas tu taburkan pula segengam gula atasnya.Paham ker akak taip ni Bid?
  5. Bakar dalam oven pada suhu darjah 250C, selama 35-40 minit hingga kekuningan, hidangkan. Makan dgn aiskrim vanila lagi marveles dik...
yang ni akak pinjam Martha Stewart punya gambar....


Jumaat, Oktober 02, 2009

LEPAS JUMAAT

5 Alpha




Lepas solat Jumaat hari ni, mereka datang menghangatkan kemesraan dan menceriakan suasana..

4 Aset
Terima Kasih anak-anak Mak Pinat semua..Maaf zahir batin atas layanan tak seberapa..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin