Rabu, Jun 30, 2010

TANDA-TANDA ANDA BERMASALAH

Pagi ni tetengah blogwalking tadi tetiba terjumpa artikel yg baik ni.Mudah-mudahan boleh dimanfaatkan.Credit to keluarga Hj Hamid

TANDA_TANDA ANDA BERMASALAH

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

  • Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
  • Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
  • Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
  • Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
  • Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

  • Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
  • Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
  • Bersin - Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

  • Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  • Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
  • Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

  • Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
  • Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

  • Bibir pucat - Sistem penghadaman yang lemah, Perut mengandungi angin, Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
  • Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

  • Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
  • Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
  • Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

  • Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
  • Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :

  • Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
  • Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a) Sendi

  • Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
  • Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
  • Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

  • KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
  • PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA. Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
  • PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA - Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi. Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
  • SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
  • BISUL TERJADI DI KEPALA - Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
  • RASA PENING YANG MEMUSING - Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
  • MULUT/KERONGKONG/LIDAH
    LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
    MUNTAH DARAH - Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan, Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
  • LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
  • KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
  • KENCING
    KERAP KENCING: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
    AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
    AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
    AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
    AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
  • BUANG AIR BESAR
    CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
    SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
    NAJIS BERDARAH - Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus. Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
    NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
  • BADAN
    RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
    - Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf. Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
    - Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
    - Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

  • RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
  • CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
  • RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.
  • RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB : Sistem jantung yang lemah. Sistem saraf otak yang lemah. Masalah pengaliran darah.
  • SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.
credit to http://memoirhjhamid.blogspot.com/

Selasa, Jun 29, 2010

BACK TO SCHOOL

Tajuk macam bunyi iklan kasut BATA.. :-)

Haah? Apa..?
Minggu depan dah nak masuk sekolah balik ?
Cuti dah habis..?

Oh NOoooo!!! sekejapnya...
Alaaa....
Tak nak pegi sekolah lagi...
Cikgu garang..siapa masuk kelas lambat nanti kena hambat..;P
Kawan kawan suka usik..diorang semua kuat-kuat..Takut!

Lagipun tak ada baju baru ,kasut baru pun tak ada..
mintak bag baru tak dapat...bag yang lama tu dah comot kena conteng..macam ni malu lah nak bawak pergi sekolah..

Pen semua hilang...pemadam pun sama...kira semua hilanglah..hilang sekali dengan bekas bekasnya..

Nak cuti lagi...uwaa!!
Kita cakap tak nak, tak nak laaaaa..please..please....!

gambar hiasan sebagai dekorasi rumah..

tapi....nak buat camana kan...mak kita cakap...

"Pergi aje lah..awak tu kan cikgu sekolah...."

Isnin, Jun 28, 2010

PENGAT LABU

Ini bukan entry resepi pengat labu..bukan..!
Pengat labu ni tak payah pakai resepi bagai..lebur jer semua ..labu santan gula..habis cerita.


pic pinjam-pinjaman dari Pakcik Google

Bukan sebab ikut pesan orang tua, jangan berani makan benda-benda berangin baru lepas habis hari macam ni..pengat labu sebenar adalah antara makanan yang kurang saya gemari..termasuk juga masak lemak labu,koci labu,kuih bakar labu..semua yang berkaitan dengan labu memang kurang gemar dari kecil. Memasaknya pun tak suka.

Dah.. kita tak suka makan..buat apa nak masak kan..? tak suka..tak suka..tapi kalau dah tak pilihan ada makanan lain..makanlah jugak..Nanti memilih sangat orang kata kufur nikmat lak...:(

Tapi... anak punya pasal..hukhukhuk..

Ni gara-gara bebudak kat rumah ni suka sangat tengok cerita
Belalang kat Astro Ceria tu lah. Masa episod 'Batu Belah Batu bertangkup' sibuklah Izzah mintak masakkan telur ikan tembakul yang emak Pekan kempunan nak makan tu..

"Mak.. Izzah nak makan telur ikan tembakul.."

''Issyy! manalah nak cari telur ikan tembakul ''

''mak..carilah telur ikan tembakul mak..nanti Izzah kempunan
''


Pandai lak sebut kempunan tu..tak sampai hati lah pulak..Gigihlah mak dia cari telur ikan..bukan menjala, pi beli telur ikan yg di goreng kat kedai mamak jer..selamat! Tipu sunat nak bagi jangan kempunan.. mati-matilah dia percaya tu telur ikan tembakul..;D

credit tu tuan punya pic ..

Kali ni diorang tengok episod
'Si Luncai ' pulak..Alkisahnya Si Luncai tu terselamat daripada hukuman raja kerana jamu raja makan pengat labu yang sedap sangat katanya..Dah lah dia sibuk pulak nak makan pengat labu ...siang malam pengat labu di sebutnya..adoyai..mujur tak mengigau pengat labu sambil berjalan ke dapur.

Tu yang tak pasal mak dia pi cari labu kat kedai Pak Aji tu..hingga terjadi tragedi yang tragis..hahaha!!
*sekarang macam nak salahkan Belalang oh Belalang pulak rasanya..

TERSUNGKUR DI PINTU PAK AJI

Malu..! malu..!

jap!..nak berpantun dulu..

Ini kisah makpinat yang malang ,
Aib terasa dari muka menusuk ke tulang,
Mujurlah tak ramai yang lalu- lalang,
di muka Pak AJI keayuanku hilang!

cak pong..cak pong..

ohh! jangan salah sangka pulak..bukan Pak Aji Meon,Pak Aji Din atau Pak Aji Mamat..tidak ada unsur-unsur scandal di situ..apatahlagi unsur jenayah. uihh! Nauzubillah..Ni Pak Aji yang famous tu..very the Islamic you..tak caya tengok SINI..

Ini semua gara-gara mata memandang gerai putu bambu di seberang jalan..sambil membimbit plastik berisi sayur,biskut dan labu..mata tu tak tau nak letak mana...tak sedar rupa-rupanya kaki dah termasuk longkang..apalagi.. tersembamlah mak dugong dengan labu-labunya sekali dik oii...!
Nak buat wajah mantain ayu pun tak boleh dah..terpeleot kaki kanan ni haa!..sampai malam berdenyut..adoilah..apalah nasib kau labu..labu..!

tetiba rasa macam nak salahkan labu pulak..

Jumaat, Jun 25, 2010

MUSIBAH TERSIRAM AIR PANAS

My darling asben merupakan anak bungsu dalam 6 orang adik-beradiknya.Ramai dari kalangan anak-anak buahnya sudah berumahtangga dan beranak-pinak.Kalau di hitung bilangan cucu-cucu saudara kami ( cicit mak mentua) sudah hampir 30 orang semuanya.Alhamdulillah..!

Salah seorang cucu kami yang montel dan tembam bernama Abid.Pernah ceritanya ditulis di SINI. Minggu lepas kami dapat berita musibah yg menimpa Abid.Abid yg sedang lasak merangkak itu menarik wayar cerek air panas..Maka..

Sedih melihat keadaan anak kecil yang terpaksa menanggung kesakitan begini. Terbayang wajah anak-anak di rumah ini yang tidak kurang lincah dan lasaknya. Bila ada anak kecil di rumah semua benda kena waspada dan prihatin..air panas, sterika,pisau,benda tajam, suis elektrik,api,air bertakung,tangga..semuanya..

Tapi nak buat macamana..kalau dah takdir musibah terjadi,waspada pun ada masanya terkena juga..ujian Allah..menyalahkan orang dewasa atas kecuaian semata-mata tentulah tidak wajar. Kadang-kadang Allah beri musibah hanya sekadar menguji keimanan seseorang.

Untuk ibu dan ayah Abid..janganlah berkeluh kesah dan menyesali diri,sabar,redha dengan ujian ini dan bersyukur..Abid selamat dari musibah yg lebih dasyat yang tak mampu tertanggung. Nauzubillah..sama-samalah kita mengambil seberapa banyak pengajaran dan pengalaman. Khabarnya sekarang Abid semakin pulih dan sudah ceria bermain.Syukurlah..cepat sihat yer sayang..


TUPAI-TUPAI


Makan di mana?
Tupai-tupai



Tengok apa?
Izzah kata anak buaya..



Minum apa?
air durian Belanda..



Makan apa?
Steam sajaa...

Udangnya mana..?
kat dalam butter baru jumpa..


Nasi ni siapa punya?

Irfan punya..!!


Selasa, Jun 22, 2010

NASI LEMAK TELUR ARNAB

Pagi tadi buat sarapan nasi lemak telur arnab.Betul! tak tipu punya..bukan takat telur arnab...telur beruang,telur ikan dan telur kereta pun ada.Tu yang buat semangat anak-anak makan tu..padahal nasi lemak tu biasa biasa jer..sambal ikan bilisnya pun tak pedas..sesuailah dengan budak-budak yang nak makan :D



Egg mould tu kakpinat beli dekat 100 YEN Tmn Connougt klik ..tapi kedai tu dah tak ada pulak sekarang..rasa nak beli lagi mould ni sebab ahli pemakan telur dah lebih 4 orang..nanti ada yg pulak yang hentak-hentak kaki tak dapat makan telur berbentuk ..hahah!

Telur tu kena kupas masa panas-panas dan cepat-cepat masukkan dlm mould ..tu yg tak tahan tu.menggigil tangan kepanasan dibuatnya...lepas tu lekas-lekas humban dalam bekas berisi ais..ni kes tak buat air batu..ada seketoi jer dlm peti sejuk..tu pasal telur tu tak nampak berbentuk sangat kot..

Budak pemakan telur arnab yang kejam..sebelum pergi sekolah sempat tenyeh pipi adik sampai kemek..adoilah! kesian sungguh budak kecik tu...

ABC for NEW GENERATION


Zaman kanak-kanak dulu kita belajar ABC guna ..

Mungkinkah zaman anak cucu kita nanti mereka belajar ..

Zaman dah berubah..:D

Isnin, Jun 21, 2010

BILA TIBA SAAT ITU



Pagi ini sewaktu membuka tingkap dapur berhampiran sinki untuk memulakan pagi sebagaimana lazimnya setiap hari, saya berdiri terpana memandang tingkap dapur rumah jiran. Sunyi,gelap,mendung,sepi.
Tiba-tiba saya teringat,tuan punya dapur itu telah pergi!

Kak Idah jiran saya yg baik.Kami berdua tidaklah terlalu rapat tetapi lazim hidup berjiran apatah lagi dapur kami saling bertentangan..kami saling mengenali.Setiap pagi ketika bertembung wajah di tingkap dapur kami saling bertegur sapa,berbual di ampaian kain belakang rumah,saling berziarah ketika hari raya atau kenduri kendara,bertukar juadah di bulan puasa..

Pagi Sabtu lepas kak Idah dipanggil pulang menemui Pencipta Rabbul Jalil dalam tidur yang damai.Tiada penyakit,tiada tanda-tanda sakit.Begitu mudah. Meninggalkan 4 orang anak gadis yang baik dan suami yang menyayanginya.Saat akhirnya dihabiskan dengan memasak makanan istimewa hampir setiap hari sepanjang cuti sekolah bila semua anak-anaknya berkumpul. Malam itu beliau meninggalkan secawan kopi menemani suami menonton perlawanan bola.Itu yang terakhir.Kemudian beliau pergi..diam-diam..jauh..jauh..

Alfatihah.
kak Idah,mudah-mudahan damailah dikau di sana di bawah payung rahmat Ilahi.
Entah bila dan bagaimana pula diri ini bakal menghadapi saat itu.


Ahad, Jun 20, 2010

UPSR DAN PMR AKAN DIMANSUHKAN?

Dalam kecoh-kecoh baru sampai rumah selepas hantar kakak balik ke asrama tadi terdengar pula berita kat TV3..

Kementerian Pelajaran membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

“Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti (contohnya) di peringkat SPM sahaja."

Ni baru cadangan saja..tak taulah jadi ke tidak..kalau jadi pun ntah bila pulak nak dilaksanakan..
Apa-apa pun mestilah ada pro dan kontra kan..?


1. Antaranya bila UPSR dimansuhkan bagaimana kita hendak mengukur tahap pencapaian pelajar selama enam tahun dia belajar di sekolah rendah? dah tu semasa SPM nanti , macamana pula bentuk soalan yg nak diuji kepada murid..? Silibus akan ditukar lagi ker..?

2. Macam mana pula kemasukan ke sekolah berasrama penuh dipilih..? Memadaikah keputusan peperiksaan berdasarkan sekolah dijadikan sebagai kayu ukur?
Mungkin perlu diadakan ujian kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh ataupun Maktab Rendah Sains Mara selepas ini sebagai ganti UPSR....

3.Rasa
nya kalau nak mansuh pun biarlah dibuat dengan terancang, usah tambah siksa guru2 dan murid/pelajar lagi.. nak ikut itu ini tapi akhirnya terus diubah dan diubah...apakah selepas ini sekolah "cluster" terus relevan?

4.Antara kebaikannya cikgu boleh fokus pada ilmu bukan exam..murid lebih menikmati keseronokan belajar bukan tekanan..Cuma macam mana pendidikan yang lebih kreatif mahu dijayakan oleh guru-guru yang lahir daripada sistem berorientasikan peperiksaan? Di sinilah anjakan paradigma plus training khusus diperlukan

5. Kerajaan tak perlu berbelanja lebih utk mengadakan peperiksaan setiap tahun..banyak jimat tu..Malaysiaku kayoo! kayoo!

6.Buruknya..budak2 di malaysia akan lalai dari belajar..sedangkan periksa pun diorang tak kisah..inikan pula tak ada exam..yahoo!! meriahnya hidup..!

7.Tapi...ape le nasib cikgu² tuisyen nanti yer?? uhuk..
Cik Awin jgn terasa lak..mueheheh..
ohohoho..lps ni nanti tak dapatlah Cikgu Pinat merasa duit jadi pengawas PMR dan pemeriksa kertas yer..(><)


uihh!..banyak lak makcik Pinat membebel malam ni..terasa macam nak buat karangan BM pulak ..biasalah Cikgu kan..tambah lak anak ramai..ada sesiapa nak tambah ?

*klik SINI

Selasa, Jun 15, 2010

GAMBAR BARU IRFAN

Sikit punya ensem lepas mandi..bedak Johnson bercapuk..wangi setaman...;D

Ikat bedung kasi tidur lena..dah mimpi sampai Mekah dah tu..jejak kasih bapak angkat dia..

eikk..?? tak sampai setengah jam dah terlepas bedung..kepala pun boleh tergolek dari bantal..ganazz betul anak jantan sorang ni..

pandang kiri ..pandang kanan..
termenung...fikir masa depan remaja Malaysia, penderitaan Palestine, kesan penipisan ozon,rusuhan di China,world cup,mak nak masak apa hari ni, diapers dah nak abess....

masa ni tak dah wangi dah..ala bucuk..bucuk..masyeemm...


letih arrr...biar orang lainlah fikir....jom zzzzz.....

Sabtu, Jun 12, 2010

DEAR KAKAK..


Kakak sayang ,
Apa pun yang kita buat ingatlah Yang Maha Esa, itulah pergantungan, itulah tempat minta pertolongan.

Dunia penuh cubaan, sukar sangat menduga dan membaca hati manusia,tak pernah sama dengan kita.Mak doa kan semua yang terbaik,semuga hidup kita sama-sama diberkati dan dapat mendakap bahagia yang sebenarnya di sana nanti.

Jumaat, Jun 11, 2010

BARU


Salam Jumaat...mari kita baca Quran..

tetiba pulak rasa nak tukar layout baru rumah ni..maklumlah,semalam dah kemas kabinet dapur..hari ni kemas blog pulak lah yer..
saja nak kasi silau memancar gitu..amacam..suka tak? kalau sakit mata kita tukar kaler lainlah..

Rabu, Jun 09, 2010

BERSIH

Sedar tak sedar rupanya dah cecah sebulan duduk terperap dalam rumah ..dah serupa macam ikan pekasam pulak rasanya.. boleh tak perasan pulak stock gula kat rumah ni dah tinggal sejemput jer....

Bila suruh si abang pergi beli kat kedai..ehh!..dia kata dia kat kedai pun tak ada gula jugak...abis camno? Kakak ni sibuk sgt nak buat cornflake madu?..Tonggeng jerlah balang gula tu kakak..lepas ni minum air tak payah bergula..jaga kesihatan...;D

Siapa nak makan,buat sendiri...syabas Kakak! hariraya ni mak tempah kat kakak jer lah..yahuu!!


2 week happy house cleaning challenge :
Aktiviti hari ni:

1. Kakak bersihkan peti ais..clear!
2. Gotong royong bersihkan bilik baju.(percaya tak?..satu bilik penuh longgokan baju) lipat,iron,simpan ikut kategori....done!
3. lap segala cermin pintu,tingkap,cermin muka,cermin meja,cermin mata..

cadangan esok:
1. nak kemas isi perut kabinet dapur pulak..
sambil tu nak recycle kertas,plastik....wah! besarnya cita-cita..


Tapi..makhluk ni siapa pulak nak bersihkan..?


Orang tengah buat kerja..dia diam-diam bekerja jugak...grrr...!

Isnin, Jun 07, 2010

CABARAN

Cita-cita penuh cabaran..

Sepanjang 2 minggu ini akan menjalankan operasi mengemas rumah bersama anak-anak..berkonsep 5S..Sisih,Sapu,Susun,Seragam,Sentiasa amal..hahaha! ada orang senyum sinis..kenapa ? tak percaya..?

Yerlah..macam orang kampung saya cakap..'cleaning the house when kids are growing is like shovelling snow when it's still snowing' ..kat kampung saya memang sentiasa ada snow sepanjang tahun..

Aktiviti bebudak hari ni berjalan lancar..2 jam duduk belajar dgn Cik Awin..begitulah putaran alam agaknya ..dulu Cik Awin belajar dengan emaknya..sekarang Cik Awin mengajar anaknya pulak..Utk Cik Awin,terima kasih banyak dan..bertabahlah..haha! macam sarikata citer kat tv7 je..

Yang ni apa kes pulak..?

Sabtu, Jun 05, 2010

PENUHKAN PETI AIS

Irfan dan makin bolat..pantang kena bedung tangan dan kaki..menjerit saja..I need freedom katanya..;D
jeling sikit..
muka terkejut kena flash ..
tidur mengiring..boleh gitu..?

Musim cuti sekolah dah bermula! Kakak dah balik dari asrama dan nampaknya cuti kali ini tak dapat nak pergi berjalan ke mana-mana..cukup dengan 5 orang budak dalam rumah ni..tak terbayang betapa huru-haranya nak menghabiskan cuti dua minggu..;D

Nampak gayanya kena buat jadual musim cuti utk budak-budak ni..merangkumi jadual belajar,mengaji, tengok tv ,bermain dan giliran berinternet..kalau tak buat giliran macam tu nanti dengan mak dia sekali ikut berebut..lalala..;D

Yang paling penting..stok makanan kena cukup..bebudak ni kalau dah berkumpul reramai macam ni, asyik selongkar dapur jer ...mujur ada si kakak..boleh suruh masak..yeah!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin