Isnin, Ogos 30, 2010

SEMUGA BERSABAR


Macam serabut je sejak akhir-akhir ni..Sadis betul kalau kemas almari susun kain baju kemas-kemas lepas tu bebudak ni sepahkan balik..kemas bilik, macam nak masuk majalah Anjung Seri ..perasan pergh! lepas tu diorang bantai main pondok-pondok ke apa ntah siap angkat cadar selimut susun bantal buat khemah lah..pas tu baca buku bawah katillah..hadoi! rasa nak cubit jer sorang-sorang..
 
Esok cuti hari kemerdekaan ingat nak M.E.R.D.E.K.A..malas nak berkemas dah....tunggu jerlah malam raya nanti baru sapu lantai..tu pun kalau rajin..ekekeke..
   
Sebenarnya banyak kerja lain nak buat.. kertas trial exam ni nak kena siap cepat,kalau sampai cuti raya tak siap-siap jugak alamat sengsara jiwa dibuatnya..

                             
budak bertuah jenis macam ni pun dah bikin makcik sengsara tau...

Khamis, Ogos 26, 2010

CHECK LIST

Ini entry ulang tayang..Ramadhan tahun lepas punya..saja  recycle buat peringatan..

Hanya tinggal beberapa hari saja lagi Ramadhan akan pergi ..
Bila diingat-ingat pejam celik biji mata selepas berbuka puasa tadi ..baru tersedar rupa-rupanya...
  • Tadarus baru masuk juzuk 12....erkk..
  • Terawih bolos beberapa hari bukan sebab uzur tapi kerana tidur dan keletihan err..kekenyangan sebenarnya..
  • Amalan sunat tak konsisten..
  • Sedekah berkira takut budget raya lari..
  • Beli baju raya awal sejak sebelum puasa konon nak tumpu rebut 10 malam terakhir tapi sampai hari ni masih cari peluang tambah koleksi raya...
  • Order kuih raya dan beli kerepek sebab azam tahun ni tak nak sibuk bakar biskut tatkala orang lain merebut kelebihan qiamullail ..tapi tadi dah terbeli bahan nak buat beberapa jenis kek dan conflake utk buat conflake madu pulak..ada hati lagi tuu....
Ahhhhhh..!!! Tak mau gagal !

Mari muhasabah diri...Di mana anda berada ketika ini? jangan jawab di atas kerusi pulak,,

Selasa, Ogos 24, 2010

BULAN TERANG MALAM LIMA BELAS







Dah masuk separuh bulan berpuasa,baru terperasan rumah bersepah macam tongkang pecah..bila nak berkemas pun tak tau lah.Tiap hujung minggu agenda balik kampung berbuka dengan mak abah plus agenda shopping raya.Nampaknya minggu ni kena buat operasi besar-besaranlah.. Mudah-mudahan tak terlepas mengisi malam-malam akhir Ramadhan.

 Edisi panaskan enjin...malam ni kemas buku budak-budak ni sambil update blog
 

Isnin, Ogos 23, 2010

PASAR RAMADAN


Sebenarnya memasak di rumah lebih selesa dan memuaskan hati daripada membeli juadah di pasar Ramadan. Bualan puasa ni boleh balik awal sikit jadi tak ada masalah memasak..cuma sesekali nak juga rasa makanan yang lain sikit daripada biasa.Semalam beli  murtabak daging..tak habis pun makan..teringin nak beli roti john tapi tak ada pula....agaknya diorang jual masa krismas jer kot..yer lah..omputeh katanyerr..

Jumaat, Ogos 20, 2010

MENCARI KESEMPATAN DICELAH KESIBUKAN

Semakin aktif Irfan sekarang..time orang tengah berbuka dia bising ajak bersembang..time nak berterawih dia panggil ajak tidur... time sahur pulak dia uwaa..uwaa..nak menyusu..petang tadi bertadarus baru dapat dua tiga baris,Irfan dah buat kuih..huh! rancangan tergendala sebentarrrr....cobaannn.;D

Kerana Ramadan itu hadirnya hanya sebentar dan perginya pantas tak upaya di tahan..mesti kuatkan semangat  dan cekalkan hati..jangan sampai masa berlalu sia-sia..bimbang tak bertemu lagi dengannya tahun hadapan!
Buku baru bulan ini,curi-curi baca sebelum tidur..:D

Isnin, Ogos 16, 2010

TAMBAHAN CUTI RAYA

Sakit leher sepetang  mendongak tengok lampu kat syiling kedai .semalam 3-4 buah kedai kami terjah tapi akhirnya beli lampu yang biasa jer  ..nak letak kat luar rumah jer pun ..takkan nak gantung lampu chendeliar jurai-jurai kot..

Bulan puasa ni masa macam cepat sangat sangat berlalu,Kejap jer dah 5 hari puasa.Bebudak kat rumah ni mujurlah tak banyak kerenah.Bangun sahur pun senang jer..ajak tadarus pun mahu..Alhamdulillah..tapi abang tu pergi terawih kat surau sebab tarikan moreh yg pelbagai..biasalah budak..kat rumah makan kuih juga tapi tak meriah macam kat surau.

Cuma sedih bila kakak telefon semalam cakap dia tak sihat.Padat betul jadual waktu kakak bulan puasa ni...tu yang letih kot.Mudah-mudahan sihat selamatlah kakak..Mula-mula cadang minggu depan nak pergi tengok kakak kat asrama..tup tup kena ganti sekolah pulak Sabtu ni..Errmm..

Dah tu nak buat camana..dah bagi cuti tambahan pun masih ramai yang nak sambung cuti lagi..:DD


Ni yg buat ramai orang jeles dengan kerjaya cikgu ni yer..asyik cuti panjang jer katanyerrr..........

Rabu, Ogos 11, 2010

CERITA RAMADHAN

Alhamdulillah, dipanjangkan umur sampai jua ke Ramadhan tahun ini. Redup cuaca di awal Ramadhan ..membawa selautan rahmat.

wajah lembu ni pun nampak redup kan..
 
Tahun ni tentu waktu berbuka dan  bangun sahur terasa sunyi sebab kakak dah duduk kat asrama.Tahun lalu kakak yang bangun awal kejutkan semua orang.Kakak jugak yang akan tolong kemas meja lepas sahur dan sibuk-sibuk kat dapur masa berbuka.Mudah-mudahan kakak seronok dan dapat pengalaman manis berpuasa dan menghayati Ramadhan walaupun jauh dari keluarga.

Stock bersahur dah  siap sedia..serunding ayam,ikan dan daging.Boleh makan dgn roti kalau malas makan nasi.Kirim dekat member balik Kelantan hari tu.
 Alhamdulillah siang tadi dapat rezeki daripada kawan-kawan dan murid yg pemurah. ada yg hadiahkan kurma,coklat dan sambal ikan bilis utk berbuka.Ramadhan memang penuh rahmat dan keberkatan.
Yang paling kecoh kat rumah ni siapa lagi..budak Hannah nilah. Dahlah kecoh ikut bersahur,pas tu masa abang kakak tengah melepek puasa dia ke hulu ke hilir bawa donut inti strawberry yang harumm..mana tak naik darah abang kakak tu..kikiki..:D

kita mulakan dengan Bismillah..
 
Selamat berpuasa utk semua kawan-kawan yang membaca blog ini.maaf zahir batin .Semuga puasa kita diterima Allah.

Isnin, Ogos 09, 2010

Jumaat, Ogos 06, 2010

BAJU RAYA

Ramadhan berada di ambang pintu namun bahang Syawal sudah terasa.Minggu terakhir sebelum ketibaan Ramadhan nampaknya semakin berlumba-lumba penjual kuih raya mempromosi sample kuih raya.Sebut saja segala jenis kek,biskut,kuih tradisional atau kerepek..semuanya ada.Tulis order,tunggu saja..bila sampai masanya nanti hulur saja duit.Mudah betul buat kuih tunjuk ni.

Terkenang dulu bila masuk bulan Ramadhan emak kat kampung akan mula membersihkan rumah,menjemur tepung dan gula,menumbuk kacang dengan lesung kayu yang besar..menjahit langsir.Seronok betul masa tu menunggu baju dan kasut raya.Yer lah..selain pakaian sekolah setahun sekali ,cuma hariraya saja lah dapat merasa baju dan kasut baru.Tu belum cerita juadah buka puasa..meriahnya.Bila dah tua begini,kemeriahan raya tu dah hilang sedikit demi sedikit.Entah mengapa hati semakin teruja menunggu Ramadhan berbanding hariraya dan terasa sayu bila dapat peluang sekali lagi mengisi bulan tarbiyah ini. Faktor usia agaknya..

Pagi tadi Izzah tanya "Mak,baju raya kita tahun ni tema warna apa..?'' Alahai..! kalau  pakai baju raya  tak payah ikut tema terma dan syarat boleh tak..? yang wajib tu puasa..bukan warna tema baju..errmm..layan jer lahh...

 Hujung minggu ni nampak gayanya kenalah bertungkus-lumus cari baju raya tema warna BIRU.. ikut cadangan Izzah..;) 

Khamis, Ogos 05, 2010

TAZKIRAH JUMAAT



1) KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?


QURAN MENJAWAB


'Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.'

- Surah Al-Baqarah ayat 216

2) KENAPA UJIAN TERHADAPKU SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB

'Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. '

- Surah Al-Baqarah ayat 286



3) BAGAIMANA AKU TAK KECEWA?

QURAN MENJAWAB

'Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.'

- Surah Al-Imran ayat 139


4) BAGAIMANA HARUS AKU HADAPI SEMUA INI?

'Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk'


- Surah Al-Baqarah ayat 45

5) APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?


QURAN MENJAWAB

'Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?

- Surah At-Taubah ayat 111

6) PADA SIAPALAH NAK AKU MINTAK TOLONG?


QURAN MENJAWAB

'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. '

- Surah At-Taubah ayat 129

7) DAPATKAH AKU BERTAHAN!!! ?


QURAN MENJAWAB

'... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.'

- Surah Yusuf ayat 12


sekadar berkongsi sumber email dr rakan.


Isnin, Ogos 02, 2010

BOTAK

siapa nak geng dengan saya..?

TIPS MENGEMAS DAPUR

Alhamdulillah..baru selesai kerja mengemas dapur..sekarang baru boleh meluruskan pinggang sambil blogwalking..Sebenarnya tiap-tiap hari pun kena kemas dapur juga,tapi hari ni buat operasi kemas besar-besaran kerana vitamin R sedang aktif..sementara  virus M belum melanda..

Memandangkan operasi hari ni dah selesai dengan jayanya, maka dengan rasa senang hati dikongsikan tips mengemas dapur terutama kepada suri rumah yang tiada pembantu ..kalau sesuai bolehlah diamalkan  yer puan-puan..alahai mak pinat ! macamlah  dapur dia kemas sangat..(*:*) ok..

Tips 1: Minimumkan barang di dapur.Kumpulkan segala barang-barang yang tidak selalu digunakan.Bekas- bekas aiskrim, botol-botol plastik, alatan memasak seperti penapis atau apa-apa jerlah..Masukkan kesemua barang tersebut  ke dalam satu kotak. Simpan dalam stor dan tunggu sehingga 3 bulan, jika masih tidak digunakan buang saja atau berikan kepada orang lain.Letak pinggan mangkuk,gelas,cawan dan sudu yg secukupnya shj utk kegunaan harian.Kalau 6 orang,sediakan 6 biji gelas shj..yg lain simpan.Logiknya,selepas digunakan,mau tak mau terpaksa basuh bila nak guna semula..kalau banyak nanti banyak gelas digunakan,longgok disinki..ambil yg bersih..letak kat sinki lagi..letih lorr..

Tips 2 :  Jadikan "clean as you go" sebagai peraturan di dapur. Amalkan mengemas meja,membersihkan sinki dan lap tungku masak sebaik selesai kerja di dapur. Pinggan mangkuk kotor kalau dibiar disinki makin lama makin payah nak dibersihkan dan berbau busuk.Sambil lap meja tu lap sekali kaunter dan pintu cabinet..kalau dibuat setiap hari,kotoran tak banyak melekat. Lagipun,kalau dapur bersih kerja memasak pada keesokan harinya akan jadi lebih mudah dan tersedia.Manalah tau kalau terbangun lambat kan..

Tips 3: Ajar anak-anak (termasuk abah anak) basuh gelas dan pinggan sendiri setiap kali makan.Anak yg sekecil Hannah pun ajarkan juga letak pinggan kotor di sinki.Kalau dah dibiasakan begitu kerja mengemas di dapur akan jadi lebih mudah sebab semua orang bekerjasama macam wonderpet.

Tips 4: Pastikan peti sejuk sentiasa update..simpan makanan dalam bekas tertutup supaya peti sejuk tak berbau dan makanan tak cepat rosak.yang penting buang segala sayur yg dah kecut dan makanan yg dah berkurun lama, Jangan biarkan kurma bulan puasa  tahun lepas masih tersimpan sampai dah nak masuk puasa tahun ni..masih ada lagi..sampai kematu kurma Yusof Tayyub tu..kwangkwangkwang..tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri..;P

 Fikir-fikirkan dan selamat beramal..;D



Ahad, Ogos 01, 2010

KAKAK-KAKAK COMEL




Kakak-kakak yg comel ni datang ziarah Irfan, terharu sungguh rasanya. Walaupun masing-masing dah berpisah ke merata tempat menyambung pelajaran,sesekali berkumpul  riang ria gelak ketawa sok sek sok sek..meriah macam dulu!

Irfan pun seronok jer ramai tukang riba,dukung, peluk cium..muhahaha..


Semuga kakak-kakak comel terus berjaya dan cemerlang walau di mana kakak berada..Terima kasih atas segalanya.dan semuga comel selalu..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin