Khamis, April 28, 2011

PESTA BUKU (PBAKL)

Bertolak dengan dua buah bas dari sekolah.Berderet-deret anak murid mengekor dari belakang..bila masuk jer memasing memborong macam orang lupa diri..cikgunya ke mana ,muridnya kemana..hahahha..!! Balik rumah rasa macam nak putus urat betis dan bahu.Mana tidaknya,sudahlah berpusing berkali-kali serupa macam orang tawaf kaabah,tangan pulak penuh kiri kanan .Rebeh bahu makcik.

Apa pun puashati dapat pergi pesta buku kali ini pada hari bekerja berbanding cuti hujung minggu macam tahun lalu. Walaupun sesak tapi taklah teruk sangat macam hari Sabtu dan Ahad.Cuma hari ni tak ramai penulis buku yang hadir.Biasalah..makcik Pinat kan suka enterframe hulur hulur buku minta sain autograf gittew...;-D


Minggu ni kakak balik dari asrama. Dia dah bagi hint nak pergi jugak hari Ahad ni..tengah terfikir-fikir ni..sanggup ker nak bersesak lagi?? ;-P

Jumaat, April 15, 2011

IKAN TERMENUNG PISANG BERANGAN

Ikan termenung,pisang berangan 
mari merenung sambil berangan-angan

Syukur ! akhirnya tiba juga ke hari Jumaat penghujung minggu yang sangat sibuk.Rasa macam nak berehat jer dengan anak-anak hujung minggu ni. Tak payah buat kerja apa-apa..baring-baring melepak kat rumah sambil makan-makan,borak-borak.Jauh daripada kesibukan ..jauh daripada gangguan.
Seronok agaknya kalau kelilng rumah ada padang atau pokok hijau...rasa tenang,segar,nyamannn...boleh main kejar-kejar keliling rumah sambil hirup udara segar..

Kalau tak pun lepak-lepak sambil dengar desiran pantai dari tingkap rumah dan merasa hembusan angin pantai yang bertiup lembut . Asyiknyaa...tak perlu rumah besar macam villa berhantu, duduk di rumah kecil pun tak mengapa asal dapat berkumpul anak-beranak..ketawa..ceria..tak payah fikir apa-apa..syoknyaa...!
Salam Jumaat yang barakah kawan-kawan.
Arghh!!!seronokkan berangan-angan..hehehe! sesekali apa salahnya..bukan kena bayar pun..;-)

Pic: kredit to pakcik gugel.

Jumaat, April 08, 2011

JUMAAT

Jumaat yang ceria!
Alhamdulillah,minggu ini semua dah beransur pulih seperti biasa. Irfan dan baik demam..dah mula buat nakal panjat-panjat sofa,sepahkan barang,tarik rambut kakak,sengih-sengih,geledah almari baju..Syukurlah.seminggu demam dia lembik terbaring dengan mata merah,hingus meleleh..panas badan tak surut-surut..sedih sangat rasanya.Berulang ke klinik dua kali..makan ubat dan antibiotik berbotol-botol. Dua-dua belah mata Irfan pulak merah bengkak..kesian sangat.

Hidup ini tak semuanya seronok dan indah.Ada masanya kita terpaksa melalui musibah,kesakitan,kesusahan dan perkara-perkara yang kita bimbangkan.Itu tandanya Allah sayangkan kita.Hanya redha,sabar dan usaha diiringi doa yang berterusan.Insyaallah..jiwa akan rasa tenang.

Happy weekend..semuga semuanya baik-baik sahaja.

Jumaat, April 01, 2011

BERLARI

Lama betul rasanya tak tulis entry baru.Busy crazy betul sejak akhir-akhir ni. kadang-kadang rasa macam nak bersara awal jer..lepas tu jadi fulltime housewife. Best agaknya..boleh masak sedap-sedap,cuba resepi baru,hias rumah cantik-cantik ,tumpuan sepenuhnya utk anak-anak.
Errmm..Berangan jer..mana tau impian jadi kenyataan kan..manusia merancang,Allah yang Maha Tahu. apa pun..Alhamdulillah ala kulli hal.

Dua malam ni tak berapa nak cukup tidur melayan Irfan demam.Bangun pagi kepala nenong jer..Sekarang Irfan dah 11 bulan,makin lasak dan syukur dia jarang-jarang demam.Tapi kalau demam bukan main manja dia asyik nak berdukung berkepit jer sepanjang masa.Ni gambar tengah menangis meraung sebab kena masuk dalam walker masa mak solat zohor.Masa ni kat rumah berdua jer..tak de siapa boleh tolong pegangkan Irfan sekejap.Sudahnya sepanjang solat dia asyik 'berlagu-lagu' jer kat hujung kaki..tak khusyuk betul.

Cepatlah sihat yer Irfan..nanti boleh buat aksi lasak lagi..cepat berjalan dan BERLARI..Tengok tu,seronok main tak hengat masa siang,bila malam tertidur menonggeng!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin