Lokasi: Persint 1,Putrajaya ..dalam Lingkaran Persiaran Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah.
Waktu operasi : Pusat Pelawat:
Isnin-Jumaat 9.00 pg-6.00 ptg
Sabtu, Ahad, Cuti Umum,Cuti Sekolah 9.00-7.00 ptg
Taman : 7.00 pg -7.00 ptg setiap hari (best kalau nak joging..)
Taman :
- Luas sangat ..dianjurkan bawa minyak urut Mestika.. boleh urut kaki tepi tasik..jangan lupa air sebotol sorang...ekeke..
- 3 koleksi utama ialah Taman Tropika, Taman Asia dan Taman Asia Pasifik. Cantik-cantik lanskap dan pokok-pokoknya..lu tengok sendiri lah Nabil..
- 4 zon utama ialah Laluan Jelajah, Bukit Palma,Taman Flora dan Persisiran Tasik. Masa kami datang tu kat persisiran tasik tu ada satu company buat jamuan Raya dan deepavali utk staff and family..raya dah habis masih pasang lagu raya dan bakar lemang..tak pelawa kitorang pulak pun..uwaa..!
- Pusat Pelawat-ada pameran interaktif sains dan tumbuhan..rasa nak buat rombongan bawa anak-anak murid ke mari lak..
- Lawatan berpandu- tapi kena jalan kaki lah..ikut pemandu pelancong dia..bebudak sekolah sila pegang tangan kawan-kawan ,takut hilang dan jangan melompat-lompat atas jambatan gantung..karang jambatan runtuh..siapa nak jawab? cikguu jugakk..
- Astaka Morocco- cantik giler kalau ambik gambar pengantin kat sini..Kak Sya dan Dila pernah ambil gambar kat sini kan..
- Perkhidmatan Tram- pusing taman 30 minit...masa kami datang tak jalan pulak dia padahal ada 4 buah tram beratur.
- Sewaan basikal..RM4 sejam..siapa cepat dia dpt...kalau lambat tunggu lah ..teruja betul nak naik basikal yg dua tempat duduk pastu org depan belakang kayuh sesama tu kan...tapi takut dugong tergolek di celah pepohon rimbun pulak..
- Sewaan bot kayuh..dua org boleh arr..kalau bawah anak mengiau reramai tak payah lah..terhumban lak dalam tasik kang..
- Kedai cenderahati..yg ni tengah renovate..baguslah..selamat duit ..
- Putrajaya Seafood Restaurant...baik bawak bekal berkelah jer lah..jimat,kalau malas gi makan kat Alamanda jer..
Maklumat lanjut sila hubungi...dah ahh..mengarut jer..^^

