Abang tak ada di rumah hari ni.Terasa sunyi sebab selalunya dia yang riuh menyakat adik-adiknya dari pagi sampai malam.Pagi tadi kami hantar Abang ke Masjid Negeri mengikuti kem Anak Soleh. Alaa..Bukan lama pun..tidur semalam jer,esok petang baliklah dia.
Sejak dapat result Abang nampak sugul jer. Dia cuma mampu dapat 2A. Balik rumah asyik nak beli jiwa mak dia jer.Sekejap cakap mak abang minta maaflah,sekejap cakap abang sedihlah..kat dapur tak usah cerita..punya rajin menolong..masak nasi,siang ikan,kupas bawang tak payah suruh..nak ambik hati ...:))
Terus terang memanglah dalam hati kecil tu rasa cemburu tengok anak-anak orang lain dapat 5A.Tapi bila memikirkan adalah tak adil membandingkan kebolehan dan keupayaan anak sendiri dengan orang lain.Lagi pun Abang memang dah berusaha semampu yang dia boleh. Kebolehan setiap individu berbeza. Dalam pada main bola pagi petang tu kalau kita suruh buat homework,dia buat..kalau kita hantar tuisyen pun tak pernah ponteng..balik kampung pun baca buku walaupun diselang seli dengan main...dah setakat tu rezeki dia..Alhamdulillah.
Bila dia tunjuk result pun kami suami isteri taklah terkejut sangat sebab selama ni pun memang Abang tak pernah dapat 5A..Habis kuat pun trial hari tu dapat 3A2B..Okeylah..syukur! Agaknya kalau tetiba dia tunjuk result 5A baru betul-betul terkejut..
Kau meniru ke aper ni Bang?? Pada kami tak kisahlah sangat..Insyaallah abang tu ada potensi maju bila naik sekolah menengah dan dah matang sikit nanti.Budak lelaki kan..Cukuplah kalau dia tetap solat lima waktu tak payah disuruh dan berakhlak baik..*walaupun kuat loyar buruk budak ni..
Tapi yang tak boleh tahan tu.......bernanah rasa teliga emak ni bila kena kutuk dengan sedara mara,jiran tetangga...Ni contoh ayat-ayat beracun yang buat cair taik telinga mendengarnya :
- Anak orang lain lelaki jugak,main bola sampai wakil negeri lagik ..dapat 5A pun...
- Emaknya mengajar boleh bagi A kat anak orang,anak sendiri tak dapat A ?
- Emak bapak lulusan luar negeri,anak cuma dapat 2A jer..?
Tapi satu ni yang tak boleh tahan....
- Apalahh dosa mak bapaknya..kesian anak tu...dah usaha pun tak dapat 5A..tak sembahyangkan hajat ker masa nak periksa hari tu..;((
Hadoilahhhh....sakit jiwa betul melayan orang macam ni..Pedih tau..
Untuk Abang,
Emak dan Abah bangga dengan abang,kami tak marah pun..Tak usahlah rasa bersalah sangat. Yang dah sudah tu kita ambil sebagai pengajaran. Ada banyaakkkk lagi peluang menunggu Abang dan masih panjang lagi langkah perjalanan Abang. Insyaallah,dengan usaha yg berterusan Abang akan lebih berjaya lagi.Menjadi anak yang taat pada perintah Allah dan berbuat baik kepada sesama makhluk akan menjadikan emak dan abah lebih berbangga sebab kecemerlangan sesorang bukan setakat dinilai dengan keputusan exam semata-mata.