Sebelum tidur dah siapkan barang nak pergi sekolah termasuk ready bahan utk sarapan keesokan hari .Ni sosej gulung pakai puff segera dari planet Mat Gebu.Izzah yg tolong buat.. Masa tu Cik adek Hannah dah tidur dah..sekali berbau puff harum kat dapur ..boleh dia bangun! ..melantak seketul puff dengan serabai tak cuci muka....pas tu tidur balik ..kehkehkeh..
Nasi lemak lauk nugget huruf sempena kembali ke sekolah ni pun Izzah yg tolong prepare utk bekal dia dan abang.Jangan terpegun lak..Izzah cuma tolong masukkan dalam tupperware jer..bukan dia yang masak nasi,buat sambal tumis,goreng nugget, telur, potong timun segala...Nehi..nehi..! Tu omak eyy yang buat. Bekas biru tu Abang punya.Abang makan nasi dengan sambal sama banyak..sambal tak pedas katanyer..
Kalau dah penat seharian kerja,time makan malam macam tak berdaya nak masak dah..order jer lah kat abah pasal emak dah sakit pinggang..huhuhu..macam ni lah rupanya..anak beranak makan depan tv..bersila bertemu lutut..mata masing-masing tengok tv..mulut lajuu jer kunyah.
jadi jangan salahkan Irfan kalau dia pun ikut melakukan serangan bertubi-tubi...tanpa mampu dikawal lagi..
Tajuk macam iyer-iyer jer..sengaja nak hiburkan hati sendiri sebenarnya. Anak-anak semua dah lama tidur..kalau mimpi dah masuk tiga episod agaknya..errmm..urusan rumah baru jer selesai.Pagi ni nak kena pergi meeting pulak kat sekolah.Mujurlah abah cuti boleh tolong jaga baby Irfan dan Hannah.
Arrghh.! dah tak boleh tidur lah pulak..
8 ulasan:
lelaki yang kat rumah ni pun chup bahagian basuh baju... sebab bukan dia yang basuh, mesin yang basuh, bijak kan! :)
Masa anak2 kak Zai sekolah rendah dulu pun macam ni lah hari2 bawa bekal.
KOG,
owwh! my boss besar pun ambik part cuci baju..sidai dan gosok dia sub kerja dekat anak lelaki..time lipat..siapa pun tak nak buat..hampehh..makkk juga !
kak Zai,
anak-anak saya ni manja ngengader sebenarnya..makanan kat kantin tak nak makan,makcik Indon masak katanya tak sedap..huhu
makanan dari rumah paling elok.. cikgu pon kata camtu..
acik dilla suka aksi IFAN tu
dah macam superman
cayalah mak boleh snap gambor ghini
PANNING shoot tunamanya....hehehhe
Mulan,
mmg best makanan dari rumah..tp sesekali mesti nak beli jugak..ubah selera..
dila,
lorr..panning rupanya..ingatkan pening..;D
dah mula sibuk baliklah ek cikgu.
rajin gak masak memasak.
lamanya pinatbate tak apdet blog:)
Catat Ulasan