Begitulah nasib diriku..bila memilih kerjaya sebagai guru,hampir seluruh hidup asyik berulang alik ke sekolah setiap hari.Ada juga orang bertanya,tak jemu-jemu ker..? asyik pergi sekolah dari kecik sampai umur tua?
Meskipun setiap hari melalui jalan yang sama tapi cabaran yang dilalui setiap hari tentulah tidak sama.Seumpama menanam benih pokok,kepuasan bagi seorang guru hanya akan dikecapi bila melihat pohon yang ditanam dan disirami baja hidup subur.Saban hari semakin segar dan berseri.
Keasyikan itu menyebabkan perjalanan hidup terasa indah dan sangat bermakna.Kejayaan bukan sekadar melihat anak-anak didik memeluk deretan A dalam peperiksaan tetapi lebih dari itu melihat syahsiah dan jiwa dibentuk menjadi insan bertakwa yang sentiasa membesarkan Penciptanya.
Jemu..? tidak ! ..tapi kadang-kala memang stress bila terlalu banyak yang hendak dicapai sedangkan waktu sering memburu...Syukurlah hidup ini seringkali bertemu dengan sahabat-sahabat yang ringan membantu.
Dan boss yang memahami..
Kereta boss saya..;D
9 ulasan:
objektif post: tayang gamba sekolah. hihi :D
amboi.. sempat promot kerete bos..
Assalamualaikum Cikgu Pinat
guru adalah semulia kerjaya
setiap insan akan ingat guru2 mereka
pahala akan mengalir turus menerus
Insyaallah
Wassalam
Samalah kita Pinat..
(: saya setelah habis sekolah juga turut ke sekolah dan ' join ' aktiviti sekolah makpinat hehe ;p
Kinokaru,
hahaha! bukan selalu...untuk tatapan orang yang rindu kat sekolahh..
bna,
pheww! ingat senang ker nak scodeng kereta boss..;P
Atuk Rozali,
Waalaikumussalam..Insyaallah..mudah-mudahan begitu..
Sally,
ehh..sama jugak yer..;D
naurah,
owwhh!! baguslah macamtu..
nyanyi lagu 'sekolahku yang terchentaaa...'
(berdiri tegak kibar bendera sekolah)
Guru adalah satu tugas yang amat mulia itu sebabnya walaupun mereka dah bersara tapi tetap dipanggil cikgu.
setuju3x...sekali cikgu selamanya cikgu...
cikgu pinat...saya suka cikgu!
tentu ada pelajar yang pernah katakan begitu kepada cikgu kan? :))
teaching is a noble profession...
Catat Ulasan