Bangun tidur pagi tadi rasa berdenyut-denyut kepala...sakit sampai terfikir-fikir nak ambil MC..ambik..tidak..ambik..tidak...akhirnya start kereta dan vroommm...Alhamdulillah..sampai juga ke destinasi meskipun berkerut dahi sepanjang pagi .Mujurlah hari ni murid-murid exam,jadi tak banyak sangat kena bercakap.
Mula-mula tu rasa macam nak salahkan kambing panggang ni..tentu dia punya pasal sampai senget kepala ni..tapi bila fikir balik macam tak logik pula ..takkan makan kambing panggang kenduri aqiqah tengahari Ahad lepas baru terasa bahananya pagi Khamis..lagi pun kambing tu tak bersalah..sungguh tak adil kan..
nampak gayanya sejak akhir-akhir ni makan durian pun boleh sakit kepala dan sengal belakang tengkok..apakah itu tanda......?? owwhh!! tidak...
Lepas ni makcik janji berhati-hati bila nak durian lagi..malam semalam tu pun terlajak sikit jer..ingat nak makan tiga ulas ..tapi sebab anak-anak semua tidur dan kesian pulak tengok durian tu terbiar sepi..makcik bahamlah tiga biji.....alahh..tiga biji jer...
Tu pun boleh buat pening kepala jugak ker?