tetiba rasa macam nak private kan saja blog ni.. malas nak layan makhluk tu
Ahad, Julai 24, 2011
Khamis, Julai 21, 2011
SYUKUR MENAMBAH BERKAT
Bila kita tidak dapat memiliki apa yang kita sukai, belajarlah untuk menyukai apa yang kita miliki.
Walaupun sebenarnya teringin nak makan ubi rebus panas-panas cicah dengan sambal tumis emak yang sedap tu..tapi tak dapat sebab tak jumpa ubi..sob,sob,sob...syukurlah dengan rezeki yang ada.kalau tangan dah buat sign peace..peace..tu tandanya sedap sangat tak boleh cakap dah. Alhamdulillah
| Terima kasih aunty Fara |
Ini baju dari Quebec City Canada, rezeki Hannah dapat masa lahir dulu. Masa tu tak muat pakai sebab besar jadi simpan dalam almari .Sedar-sedar bila jumpa balik dah muat-muat jer..syukur..; )
Ahad, Julai 10, 2011
WARNA-WARNI SUKAN
tak daya nak taip cerita..letih siang tadi belum habis lagi..biarlah gambar menceritakan segalanya..
Selasa, Julai 05, 2011
NASI AMBENG
Minggu lepas kami balik ke kampung.Atuk kata nak buat kenduri nasi ambeng.Elok benarlah tu..dah lama tak makan nasi ambeng.Semenjak dari pagi lagi kami dah buat-buat sibuk menyediakan persiapan untuk kenduri.Kehkehkeh..Bukan masak pun..cuma kemas rumah sikit,goreng keropok dan potong buah tembikai dan kupas buah nangka jer..;-)
Hari ini Atuk jemput lebih kurang 15 orang pelajar-pelajar sekolah Tahfiz untuk baca Quran. Setiap seorang diamanahkan membaca 2 juzuk seorang. Menjelang petang selesailah 30 juzuk al Quran dibaca oleh mereka.Alhamdulillah. Dapatlah kami sekeluarga mendengar bacaan mereka. Syahdunya..
Kat dapur pula dah menunggu hidangan utama..yeay! nasi ambeng..tapi yang ini bukan untuk di makan masa tu..Kami hantar ke asrama pelajar tu untuk dikongsi dengan pelajar-pelajar yang lain.Hidangan makan malam mereka.Ada seramai 70 orang pelajar semuanya di sekolah tu.
Atuk order 7 dulang nasi ambeng untuk diberi kepada pelajar tahfiz tu..dan sedulang lagi untuk kami anak beranak makan di rumah.
Ni lah rupanya nasi ambeng tu..sedulang boleh dikongsi untuk 10 orang. Nasinya menimbun dengan lauk pauk dihimpun sekali ditengah-tengah. Cara makan sedulang macam ni bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim. Macam sunnah nabi..;-)
Kuih keria dan cucur badak adalah gabungan yang sangat mantap.Tak tau atuk order kat mana ntah..sedap betul.
ditambah pula bubur kacang buatan Mak Usu
..perghhh! Hidangan minum petang dah sedia..
Elok lepas solat asar jer tetamu yang kami undang pun sampai dengan van besar ni..Alhamdulillah...perghhh! Hidangan minum petang dah sedia..
Hari ini Atuk jemput lebih kurang 15 orang pelajar-pelajar sekolah Tahfiz untuk baca Quran. Setiap seorang diamanahkan membaca 2 juzuk seorang. Menjelang petang selesailah 30 juzuk al Quran dibaca oleh mereka.Alhamdulillah. Dapatlah kami sekeluarga mendengar bacaan mereka. Syahdunya..
Kat dapur pula dah menunggu hidangan utama..yeay! nasi ambeng..tapi yang ini bukan untuk di makan masa tu..Kami hantar ke asrama pelajar tu untuk dikongsi dengan pelajar-pelajar yang lain.Hidangan makan malam mereka.Ada seramai 70 orang pelajar semuanya di sekolah tu.
Atuk order 7 dulang nasi ambeng untuk diberi kepada pelajar tahfiz tu..dan sedulang lagi untuk kami anak beranak makan di rumah.
Ni lah rupanya nasi ambeng tu..sedulang boleh dikongsi untuk 10 orang. Nasinya menimbun dengan lauk pauk dihimpun sekali ditengah-tengah. Cara makan sedulang macam ni bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim. Macam sunnah nabi..;-)
Lauknya ayam goreng berempah, serunding kacang,sayur goreng jawa dan mee goreng.
Yang ni bukan pelajar tahfiz tu..tapi cucu-cucu atuk bergabung tenaga makan kat dapur selepas selesai majlis..Seronok betul makan ramai-ramai macam ni.
Lain kali kita buat lagi macam ni yer atuk...;-)
Sabtu, Jun 25, 2011
WARNA WARNI
Alhamdulillah,selesai Majlis Bicara Akademik di hari Sabtu yang cerah.Syukur dapat jumpa ramai ibubapa murid yang komited dan prihatin dengan persekolahan anak-anak.Terbayang wajah anak sendiri. Entah apalah nasibnya.
Inilah nasib jadi cikgu sekolah. Selalu terlepas masa-masa berharga di alam persekolahan anak-anak sendiri sebab komitmen kerja.Hari pertama anak masuk sekolah pun tak dapat hantar kerana terlibat dengan pendaftaran murid di sekolah sendiri.Tak payah ceritalah majlis anugerah cemerlang,hari sukan,ambil report card...selalu sangat kena masa yang sama dengan program di sekolah sendiri.Macamana nak pergi kan...
Kadang-kadang bila berkejar lepas waktu sekolah buat kelas tambahan untuk anak didik,terbayang anak sendiri.Buku dan pelajaran diorang pun kadang-kadang tak sempat nak tengok.Bila balik rumah dah penat,anak tanya pun dah tak daya nak jawab.Sedih kan..
Abang nak UPSR tahun ni.Anak lelaki tak macam anak perempuan. Selalu nak kena ingatkan baca buku dan siapkan kerja rumah. Mudah-mudahan Allah mudahkan urusan abang..seronok belajar dan berjaya cemerlang.
Hidup penuh warna-warni. Apam polkadot di atas alas meja polkadot...ceria kan..?? Hidup ini terlalu singkat untuk terus bersedih. Usaha sehabis daya,selebihnya kita serahkan kepada Allah. Hari esok belum tentu milik kita.Rezeki dan umur milik Allah.

Isnin, Jun 20, 2011
MANISNYA MINGGU INI
Alhamdulillah selepas minggu-minggu yang sibuk,akhirnya minggu ini ada kelapangan sikit.Bolehlah kemas rumah yang dah makin huru-hara tu. Nak buat cemana..yang berkemas seorang,yang buat sepah bukan main ramai..
Semenjak dua menjak ikut beberapa tips dalam buku ni,ada juga kesannya. Anak-anak nampaknya patuh pada jadual "kehendak anak dengan kehendak parents". Ok lah..berbaloi jugaklah duduk berbincang dgn Abang dan Izzah..kemudian buat persetujuan beberapa perkara. Contohnya berapa jam yg diorang nak duduk depan tv dan comp. dan berapa jam pulak yg mak dan abah benarkan ..so kami ambil jalan tengah yg dipersetujui bersama.Alhamdulillah diorang ikut. Isyy..banyak lah nak citer..lagi baik baca sendirilah ;-)
Minggu ni sempat juga baca buku kedua Pn.Roza Roslan . Banyak pengalaman hidupnya yang boleh dijadikan panduan.Kadang-kadang bila kita baca atau dengar pengalaman hidup orang lain terasa betapa bertuahnya hidup yang kita miliki ini.Bersyukur,bersyukur dan bersyukur dengan apa yg ada di sekeliling kita dan nikmati hidup ini sebaiknya.Jangan irihati dengan kelebihan orang lain.Jadikan kejayaan orang lain sebagai motivasi.

Buku pertama ni dah khatam tahun lepas.
Minggu ini ada kenangan paling manis iaitu berjumpa buat pertama kali dengan keluarga cyber yang dikenali semenjak 10 tahun yang lalu.Mudah-mudahan Allah memberkati ukhuwwah fillah.Terima kasih kepada DILA yang sudi menjemput kami sekeluarga.
Seronok juga minggu ini melayan anak-anak jiran memenuhkan laman sekangkang kera kami dengan bermain .Kalau ada gelak tawa anak-anak ini makin ceria dan meriahlah rumah.
Alhamdulillah. Mudah-mudahan hari esok lebih baik daripada hari ini.
Label:
cerita ceriti
Jumaat, Jun 10, 2011
APA ADA DI PULAU MARINA
Hajat hati nak melancong obersi tapi belum sampai-sampai lagi rezeki tu ..jadi memadailah sampai ke Pulau Marina jer..lagi pun hari tu abah dah janji nak bawa kami ke SINI
Dua malam di Hotel Best Western..
Anak ramai dah tak boleh ambil bilik macam dulu..sewa apartment terus..boleh Irfan practice berjalan..
Ehh! kerusi meja makan ni sama macam kerusi kat rumah lah pulak..
ada balcony di setiap bilik tapi yg ini yg paling luas dan boleh memantau anak-anak mandi kat kolam
hai!..lebar senyum kakak...
Cemana ntah bebudak ni boleh jumpa video room depan lobby..ayyoo..! kering poket melayan token bebudak ni..memacam games ada.Abang sampai tengah malam layan main carom dan pingpong kat lobby dgn abah.Sesekali biarkan jer lah..dah kata cuti kan...layanlah sampai lebam.Ni bersiar-siar depan hotel lepas sarapan konon nak joging tepi pantai tapi nan ado.Perut dah kenyang makanan memacam kat hotel ni ..sarapan dah rupa brunch dah..; )
Senang hati ...lepak-lepak..borak-borak..gelak-gelak
Jumpa pulak Aspalela kat sini..aspalela..la..la..la..la..
seronok tengok anak-anak gembira..walau pun sekadar main kejar-kejar ..
Harapan menggunung mudah-mudahan masa-masa gembira begini akan terus berkekalan sampai akhir hayatKalau dah seharian letih main dan berendam..bila tidur malam,ada hujan ribut pun tak sedar..
Alhamdulillah
Label:
anak,
jalan-jalan
Langgan:
Catatan (Atom)