Percaya tak..? Apabila mahu mengubah tingkahlaku negatif anak-anak, teknik memuji dikenalpasti sebagai salah satu cara yang paling berkesan.
Pujian yg ikhlas akan menusuk terus ke dalam hati anak tanpa menyakiti mereka. Apabila mahu
menegur kesilapannya tahanlah diri daripada berkata-kata perkataan negatif. Kalau
dikeluarkan juga kata-kata negatif itu , bermakna kita mengajar mereka untuk
bertindak demikian juga. Mereka belajar daripada teladan.
Sebaik-baiknya ikut cara Nabi Muhammad yang tidak menegur kesalahan tetapi menerangkan perkara yang betul
Dulu Cik Kakak sangat payah diajak ke dapur terutama bila diarah potong sayur atau kupas bawang...jauh sekali siang ikan atau ayam.Jangan harap..Dia akan geleng kepala dan cepat-cepat buat kerja lain.Lebih rela bersihkan segala pinggan mangkuk kotor di sink atau cuci peti sejuk. Ehh!! sakit pulak hati kita...! Orang tengah sibuk memasak masa tuuu lah dia nak kemas peti ais bagai ..alasan!
Kakak :Eh! rupa-rupanya senang jer buat kek batik ni yer mak.
Mak : Senang jer..kalau Kakak buat sure jadi punyalah..Kakak trylah..
Maka terhasillah kek batik yg pertama. Wah ! bangga betul kakak bila adik-adik puji sedap..! sedap..!Kembang kempis idung
Makin lama bila dipuji sesuai dengan usaha dan hasil kejayaannya,nampaknya skill memasak kakak dah makin maju.Makin mesra oven,kuali dan periuk. Barulah nampak kesukaan dia membuat kuih,agar-agar, puding , kek ,muffin dan aneka pemanis mulut.Alhamdulillah ..Banyak juga dah percubaan beliau yg berjaya dikongsi makan oleh keluarga di samping ada juga sesekali hasil usaha yg terbabas masuk tong sampah . Tak apalah .....adatlah kan..
Teknik memuji ini akan terus dipertingkatkan lagi supaya selepas ini kakak akan suka mencuba masak lauk pauk pulak sebab sampai hari ini walaupun cik Kakak dah pandai buat kek carrot dan pizza tapi dia cuma berpengalaman masak nasi dan goreng telur saja. Tetap tak mau masak lauk-pauk.Payah betul ini budak..yg ni langsung tak makan dek puji..Dia tetap kata siang ikan geli ! pegang ayam geli ! halia dengan lengkuas sama..! serai dengan lalang serupa !
4 ulasan:
Assalamualaikum Cikgu Pinat
sedapnya namapk kek batik tu...
lebih sedap bila cik kakak yg buat
tentu cepat laku...sebab yg si pembuatnya ada lesung pipit...he he
Insyaallah...bab lauk pauk tu...tunggu cik kakak besar sikit
kakak yang rajin....boleh uat menantu ni
gamak nye mak ea pn cmtu gk kot ek dulu2.. hehehe.. gurau kak pinat, no heart feeling ek..
mr sepet..
heyy!! mana tau ni..? ekekek
Catat Ulasan