Isnin, Jun 21, 2010
BILA TIBA SAAT ITU
Pagi ini sewaktu membuka tingkap dapur berhampiran sinki untuk memulakan pagi sebagaimana lazimnya setiap hari, saya berdiri terpana memandang tingkap dapur rumah jiran. Sunyi,gelap,mendung,sepi.
Tiba-tiba saya teringat,tuan punya dapur itu telah pergi!
Kak Idah jiran saya yg baik.Kami berdua tidaklah terlalu rapat tetapi lazim hidup berjiran apatah lagi dapur kami saling bertentangan..kami saling mengenali.Setiap pagi ketika bertembung wajah di tingkap dapur kami saling bertegur sapa,berbual di ampaian kain belakang rumah,saling berziarah ketika hari raya atau kenduri kendara,bertukar juadah di bulan puasa..
Pagi Sabtu lepas kak Idah dipanggil pulang menemui Pencipta Rabbul Jalil dalam tidur yang damai.Tiada penyakit,tiada tanda-tanda sakit.Begitu mudah. Meninggalkan 4 orang anak gadis yang baik dan suami yang menyayanginya.Saat akhirnya dihabiskan dengan memasak makanan istimewa hampir setiap hari sepanjang cuti sekolah bila semua anak-anaknya berkumpul. Malam itu beliau meninggalkan secawan kopi menemani suami menonton perlawanan bola.Itu yang terakhir.Kemudian beliau pergi..diam-diam..jauh..jauh..
Alfatihah.
kak Idah,mudah-mudahan damailah dikau di sana di bawah payung rahmat Ilahi.
Entah bila dan bagaimana pula diri ini bakal menghadapi saat itu.
Label:
peringatan buat diri yg lupa,
Takziah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 ulasan:
Assalamualaikum Cikgu Pinat
Al Fatihah untuk Allahyarmah Kak Idah
moga kuburnya diteranggi dgn cahaya Syurga
Wassalam
Salam Dik...
Al-Fatihah buat arwah....
Takziah buat keluarga arwah.
Terimakasih kerana kejutkan akak dari tidur yang indah....
Subhanallah...
Wslm
salam Pinat
semoga roh kak idah dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama mereka yang diterimaNya
masyaallah... mudahnya dia pergi.. tanpa menyusahkan sesiapa.... kita tak tahu apa nasibnye...
Salam kak pint
alfatihah buat kak idah. semua meratapi kesedihan ini.....
salam from Makkah
salam takziah dari CL dan warga PDKM buat keluarga arwah....
alfatihah..
wsalm
Alfatihah......
Semoga rohnya damai di sana...
(terkedu sekejap).
Semoga beliau ditempatkan d kalangan insan beriman..like i said in FB, terasa cemburu dgn cara pemergiannya..
Salam kak pinat..
Al fatihah ..utk kak idah..moga ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman..hendaknya..,sob2..sob...tk leh tahan aar baca n3 ni ,..kak pinat juga adalah jiran yg baik..citer kak idah sampai kpd kami semua moga menjadi teladan yg baik...
pastinya kak idah sudah tau dia nak pergi..kan Allahuakbar
sedih baca entry ni..
al fatihah utk kak idah..
Catat Ulasan