Hampir seminggu sekolah bercuti tapi masih belum terasa betul-betul cuti. Masih ada beberapa perkara yang perlu dibereskan dan sepanjang cuti pun sebenarnya kena bersedia bila-bila masa saja sekiranya dipanggil bertugas. Rasa macam doctor on call jer...Saya yang menurut perintah..:)
Hari Jumaat terakhir suasana meriah macam pasar borong Selayang jer..semua berkejar sana-sini siapkan kerja..tapi sempat juga kami buat majlis perpisahan kecil-kecilan..
Selamat berpindah ke sekolah baru buat sahabat kami Cikgu Maryam..selamat maju jaya, jangan lupa kami di sini.
makcikpinat berlagak sungguh dapat tender baru, projek 5S....sejak dapat lesen asyik nak cari mangsa jer...
oppss..!! dah jumpa mangsa!!!
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Boleh tengok sendiri betapa gigihnya seorang guru mengemas ..hingga masuk dalam kotak!!
Boleh muat pulak tu duduk dlm kotak multi purpose tu..hikhikhik...;)
wahai anak-anak murid sekalian..hargailah jasa guru anda...yang sanggup berkorban apa sahaja... harta mau pun nyawa!
14 ulasan:
Salam kak,
Selamat bercuti.... bestnya coti lama-lama.... :)
Hari tu Umair pun sibuk duduk dalam kotak juga masa mama dia mengemas... pandai camerawoman tangkap gambo candid.
Selamat bercuti cikgu ...enjoy .
haha.. kelakar lah puan nik.. saya curik ye gambar ni. buat konangan.. :)
Salam pinat,
sodap cuti sekolah yer. yor la dah nasib cikgu dapat cuti panjang
Atikah..
best..memang best..tapi ada banyak perkara kakpinat kena selesaikan sepanjang cuti ni..
Kak Rina..
gambar candid terbaek 2009..tapi saya dah minta izin dgn tuan badan nak tayang gambar dia kat sini..;))
bna..
Sbg kenangan suatu hari nanti..
bila Bna dah berada di tempat yg tinggi nanti ,jangan lupakan pengorbanan guru spt Pn Nik..
Ayah zain..
Biasalah..nak kata sedap tu tak lah juga..byk perkara kena selesaikan..cuma dpt rest tak payah masuk kelas jer..tu pun bukan lama sgt..pejam celik dah buka sekolah balik...
Salam Kak Pinat.
Selamat bercoti yer.
Sebenarnye saye suke jugak
akak buat entry pasal JJCM tu.
=)
aikk... kat sekolah lagi ker minggu ni. 5S lagi tu.
Selamat hari raya aidil adha dan selamat bercuti panjang cikgu.
Selamat bercuti Pinatbate...mesti seronok bercuti panjang ye.tapi...cikgu2 pun kena buat kerja di musim cuti ni ye.
hihi comel betul cikgu dok dalam kotak!
Meen..
next entry erkk..JJCM lagik..
Mazudi..
jenguklah sesekali,kalau cuti lama sgt takut lupa jalan nak ke sekolah..sesat karang ,susah..ahiks..
kak Anie..
tahun ni cuti tak seronok sgt sbb tak dapat ke mana-mana..asben punya cuti dah habis..huhuhu..
KOG..
comel kan..??
gigih tu!
Catat Ulasan