Isnin, November 30, 2009
Rabu, November 25, 2009
CUTI SEKOLAH
kali ni entry tak ada gambar makanan..janji!
Hampir seminggu sekolah bercuti tapi masih belum terasa betul-betul cuti. Masih ada beberapa perkara yang perlu dibereskan dan sepanjang cuti pun sebenarnya kena bersedia bila-bila masa saja sekiranya dipanggil bertugas. Rasa macam doctor on call jer...Saya yang menurut perintah..:)
Hari Jumaat terakhir suasana meriah macam pasar borong Selayang jer..semua berkejar sana-sini siapkan kerja..tapi sempat juga kami buat majlis perpisahan kecil-kecilan..
Selamat berpindah ke sekolah baru buat sahabat kami Cikgu Maryam..selamat maju jaya, jangan lupa kami di sini.
Lepas tu masing-masing sibuk kemas atas meja,bawah meja,almari,rak-rak,laci...kasi clear licin licau..baru senang hati nak bercuti kan...
Apa banyak sangat sampah sarap tu cikguuu...penuh plastik bag hitam ! Sisih jangan tak sisih..lepas tu susun pulak yer..jangan lupa sapu dulu..huahuahua!..
makcikpinat berlagak sungguh dapat tender baru, projek 5S....sejak dapat lesen asyik nak cari mangsa jer...
Tu dia!
Boleh tengok sendiri betapa gigihnya seorang guru mengemas ..hingga masuk dalam kotak!!
Boleh muat pulak tu duduk dlm kotak multi purpose tu..hikhikhik...;)
wahai anak-anak murid sekalian..hargailah jasa guru anda...yang sanggup berkorban apa sahaja... harta mau pun nyawa!
Hampir seminggu sekolah bercuti tapi masih belum terasa betul-betul cuti. Masih ada beberapa perkara yang perlu dibereskan dan sepanjang cuti pun sebenarnya kena bersedia bila-bila masa saja sekiranya dipanggil bertugas. Rasa macam doctor on call jer...Saya yang menurut perintah..:)
Hari Jumaat terakhir suasana meriah macam pasar borong Selayang jer..semua berkejar sana-sini siapkan kerja..tapi sempat juga kami buat majlis perpisahan kecil-kecilan..
Selamat berpindah ke sekolah baru buat sahabat kami Cikgu Maryam..selamat maju jaya, jangan lupa kami di sini.
makcikpinat berlagak sungguh dapat tender baru, projek 5S....sejak dapat lesen asyik nak cari mangsa jer...
oppss..!! dah jumpa mangsa!!!
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Boleh tengok sendiri betapa gigihnya seorang guru mengemas ..hingga masuk dalam kotak!!
Boleh muat pulak tu duduk dlm kotak multi purpose tu..hikhikhik...;)
wahai anak-anak murid sekalian..hargailah jasa guru anda...yang sanggup berkorban apa sahaja... harta mau pun nyawa!
Selasa, November 24, 2009
Tengahari ni dating berdua meraikan kakak..Kakak makan tomyam horr liao..berasap telinga! Ehh!! blog ni dah macam blog makanan pulak ..asyik-asyik tunjuk gambar makanan jer..
Cover pedas dengan bandung cincau lemak berkrim..hhmm! ...Sebenarnya air asam boi tu lagi hebat ! ..teringat-ingat sampai malam..
Jumaat, November 20, 2009
TERIMA KASIH KERANA MEMBERI BAHAGIA
Menghirup teh wangi yang hangat dalam kedinginan musim hujan sambil bergolek di depan tv atau berinternet menjelajah seluruh dunia..ahhh! nikmatnya...apa lagi mau..?
Kegembiraan dan bahagia bukan semestinya bila kita memiliki kemewahan atau harta yang banyak..kadang-kala sedikit sahaja kesenangan sudah memadai untuk membuat kita tersenyum puas..asal saja kita redha dan berlapang jiwa..perkara yang sukar akan terasa mudah,nikmat yang yg kecil pun akan terasa besar dan hebat.
Merasa tidak puas dan irihati dengan kelebihan orang lain hanya akan membuat jiwa terasa pedih dan dunia terasa menghimpit..Ada kalanya tidak semua yang kita inginkan akan menjadi milik kita.Apabila ia berlaku kebiasaannya kita akan menutup pintu kebahagiaan terlalu lama..menyesali nasib..termenung tepi radio mcm cerita Sabariah tengah mabuk rindukan Kassim Selamat...karutlah pulak perumpamaan tu..
Situasi ini menunjukkan kita lupa bahawa Allah adalah pemilik mutlak kepada sesuatu keputusan. Kadang-kadang apa yg kita fikirkan buruk untuk kita, itulah yang terbaik di sisi Allah. Sebaliknya apa yg kita fikirkan baik tidak semestinya baik juga pada ketentuan Allah. KepadaNYA jua kita kembalikan segala urusan.
Terima kasih kawan kerana menciptakan gembira
Terima kasih Tuhan kerana menghadirkan bahagia
Label:
kawan,
peringatan buat diri yg lupa
Selasa, November 17, 2009
POT LUCK
Syiok bila dah hujung tahun ni..banyak kerja dah beres,tinggal tunggu anak-anak didik masuk medan juang SPM dan STPM..sambil tu kita makan makan hilangkan stress yer..
Ketua segala tukang masak yang memainkan peranan penting..percaya tak..beliau menjalankan tugasnya memerap ayam dan memanggang ayam semenjak terbit fajar sadiq lagi..tu belum kira acara shopping dan cabut bulu ayam sehari sebelum kejadian..Nak berkenalan? Sila baca nama yg tertera di name tag itu..;)
Pembantu tukang masak yang dedikasi ..menunggu ayam masak depan oven..sila ucap terima kasih kepada beliau 3 kali berturut-turut.

Alhamdulillah! nikmat!
Isnin, November 16, 2009
MUOR OH MUOR
Label:
jalan-jalan,
makanan
Jumaat, November 13, 2009
Rabu, November 11, 2009
MUSIM KENDURI
Musim kenduri..telah tiba lagi....( nyanyi ikut rentak lagu Musim haji..)
minggu lepas kami sekeluarga meraikan majlis pernikahan anak saudara..majlis bermula mlm Sabtu dengan majlis berinai yang meriah dengan paluan kompang gadis-gadis ayu ni

Ramai betul juru gambar bertauliah dan tidak bertauliah depan pelamin tu..jadi untuk memeriahkan suasana,Izzah pun menyelit jugak tembak gambar..tu sebab blurr dan senget jer gambarnya...plus camera cap ayam bateri dah weak..haha!

Pagi Ahad pula,kumpulan marhaban meraikan majlis cukur jambul baby Abid...tahun lepas sambut menantu,tahun ini menimang cucu..plus seorang lagi menantu baru..rezeki..!
nampak budak tudung pink yg kena paksa bawa dulang tu..muka masam asam boi..haha!

Selamat pengantin baru buat Husna dan ..siapa nama pengantin lelaki ni ha? lupa lak nama dia..amponn..makcik dah tua..
minggu lepas kami sekeluarga meraikan majlis pernikahan anak saudara..majlis bermula mlm Sabtu dengan majlis berinai yang meriah dengan paluan kompang gadis-gadis ayu ni
Label:
keluarga
Selasa, November 10, 2009
TERIMA KASIH DAUN KELADI
Tengahari semalam hujan lebat sampai ke petang..tapi Alhamdulillah,bersama-sama hujan yang turun tu Allah limpahkan rezeki padaku..apa taknya..ada member belanja lunch pulak..
Isnin, November 09, 2009
BUKAKANLAH PINTU HATI
Minggu lepas periksa akhir tahun di sekolah agama. Minggu ini exam di sekolah kebangsaan pula..
Alhamdulillah..tak ada masalah besar menyuruh Izzah baca buku..tapi kalau dengan si Abang..memang pening tahap makan penadol 2 biji pun tak hilang punya..budak bertuah katakan..:)
Peristiwa minggu lepas ..
Dialog lepas jawab kertas subject Akhlak kat sekolah agama..
Abang boleh jawab tak tadi?
Fuhh!! rasa nak jawab dua kali lah mak..
kenapa pulak?
Senang sangat soalan tu..abang dah habis jawab pun masih tak habis-habis lagi masa menjawab..
Kalau dah habis jawab, semaklah jawapan abang..mana tau ada yang silap tulis..
Abang dah semak pun masih ada masa lagi..sikit sangatlah ustaz tu bagi soalan..
(Monolog mak dia dalam hati: Yer lah..soalan Akhlak bolehlah kau cakap besar..)
..................................................................................
Dialog lepas jawab kertas Khat
Macamana tadi..?
Fuhhh!!! cantik giler abang buat khat tadi makkk...
Yer ker..?
Yer! tapi separuh mukasurat jer cantik..separuh lagi tak berapa cantiklah..
Aitt!! apasal jadi macam tu pulak
Yang separuh mukasurat tu tak cantik sebab tangan abang dah penat....kenapa nak tulis banyak-banyak kali ntah...tulis sekali cukuplah..takkan ustaz tak nampak apa yang abang tulis tu...
(Monolog mak dia dalam hati : Akal malas menulis, ustaz pulak kau salahkan yer .....nak kena rebus budak ni biar masak ..ggrr.. )

Dialog lepas jawab kertas bahasa Arab pulak..
Hari ni boleh jawab tak..?
Boleh sikit
Kenapa tak boleh banyak..?
Ustaz tu peliklah..dia kan tau Abang ni orang Melayu, tapi ustaz nakkk jugak soal dalam bahasa Arab..manalah abang faham ustaz tu tanya apa....
(Monolog mak dia dalam hati: Nak kena fire budak ni...)

Peristiwa malam ni....esok nak jawab kertas matematik..
Esok pagi mak ingatkan abang nak minum air zamzam yang mak simpan tu yer..
Kenapa tetiba nak minum air zamzam?
Kan mak cakap air zamzam tu ada berkat..kalau kita berdoa masa minum air zamzam, Allah kabulkan doa kita...mak yang cakap, mak lupa pulak..
Betullah tu..tapi abang nak berdoa apa ni sebenarnya..
Abang nak mintak terang hati..abang rasa hati abang gelap ni...
HAH! gelap hati kenapa...?
Abang tak buat latihan matematik pun nak exam esok....tapi tak per..nanti lepas minum air zamzam tu teranglah hati abang...
(Monolog mak dia dalam hati : kalau besok besar kau tak dapat jadi lawyer pun tak apalah bang..asal kau tak jadi LOYAR BURUK sudah.....Ya Allah! saborrr jerr...)

Sabtu, November 07, 2009
KESIAN ..
Langgan:
Catatan (Atom)