OK..semalam adalah hari terakhir persekolahan penggal satu..cuti dua minggu..Yes!
Semalam juga kami adakan sambutan hari guru..sengaja buat lewat sebab nak beri laluan kpd peperiksaan pertengahan tahun..yg paling gempak..hadiah utk guru paling sporting tahun 2009 diberikan kepadaaaa........huhuhu...siapa lagi ! Riak makcik sekejap..kembang lubang idung...terbayang wajah anak-anak murid .. terharu senbenarnya .Terima kasih lah siapa yang mengundi tu..tersipu- sipu makcik pinat pakai baju tema color gold melangkah ke pentas sambil buat langkah ayu masa ambil hadiah ..alahai..tak tau lah macamana penilaian sporting ni..adakah daku betul-betul seorang guru yg memahami aka sporting?
erkk...sebenarnya ..makcik pun blur jugak..lepas rembat hadiah terus naik bilik guru tutup register bulan Mei,siapkan buku rekod,tanda paper,berkemas...tak tau apa acara diorang buat ..tau-tau errkk....dah habis......tak sempat nak ikut lawan gusti lengan....akal pengelat ..yang penting dah kenyang makan jamuan nasi minyak..Alhamdulillah! syukur...
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ptg tadi kami pergi ke

Buku tak banyak sangat kat sini tapi OK lah..lepas memborong kat KLBF jadi tak ada lah beli buku sgt..cuma buku-buku cerita Izzah dan koleksi Harry Porter kakak jer..dah byk kali minta tapi tangguhkan sbb nak suruh dia tumpu pd UPSR..tapi tengok harga diskaun lebih cantik berbanding kat KLBF dan kakak pun dah berkali-kali minta..OK lah...layan jer..
Lepas tu ronda-ronda Mines cuci mata.. makan sup miso,udon,tempura,salmon dan onigiri kat Mr Tenpanyaki ..perasan bijak jer mkn makanan Jepun..padahal balik terus singgah pasar malam cari tempe dgn jengkol...lalalala....harus cukup stock utk seminggu, kalau tak ada benda-benda ni ..makan tak kenyang beb...