Sabtu, September 27, 2008
RAMADAN BERLALU PERGI, SYAWAL MENANTI
Sempena AidilFitri ini KakPinat dan keluarga mengucapkan Salam Aidilfitri dan mohon maaf zahir batin kepada semua yang mengunjungi PINATBATE-ALWAN ini. Mudah-mudahan dipanjangkan umur dapat bertemu lagi minggu hadapan.
Kami sekeluarga akan balik ke kampung pagi ini dan blog ini akan bercuti bagi memberi laluan kepada sambutan hariraya ..Salam :)
Khamis, September 25, 2008
CERITA SAMBUT RAYA
Betul cakap mak,bila dah hampir nak raya ni rasa tak menang tangan..semua benda nak buat..mujurlah dah shopping baju raya anak awal-awal...shopping pun ala kadar jer, nak buat camana.. harga minyak turun 10 sen jer..tapi harga barang melompat..

Yang ni datang dari Fara@Chibi dan En B ..Terima kasih banyak..tak tau bila nak balas..kalau balas sekarang pun mungkin sampai lepas raya..jadi kakpinat hanya mampu kirimkan doa memohon keberkatan Ramadan ini mudah-mudahan Allah mengurniakan rahmat dan kasih sayangNYA kepada Fara dan suami sepanjang waktu, kekal berkasih-sayang dalam iman dan takwa kepada Allah, dikurniakan rezeki melimpah ruah dan ceria gembira selalu..Amin.

Yang ni pulak kad dari Backseat Boys and the Geek ..Diorang ni tak lain nak ambil hati lah tu...maklumlah duduk kat belakang tu tak ada kerja lain asyik buat ulasan selari masa cikgu bercakap kat depan..lepas tu minta halal homework dan lupus kira nota yang tak siap...boleh pulak cam tu...bijak..bijak...

Kuih raya? kuih raya boleh beli kat mana-mana saja..tapi tentu tak sama dengan buatan sendirikkk...ehem..Tak banyak buat kuih raya tahun ni, buat pun bukan untuk di hidang tapi untuk makan sendiri jer..habis tu camano...ramai sangat peminatnya...:)




Yang ni baru betul-betul raya...melembutkan jari jemari ..dah siap nanti boleh decorate kelas..Jangan tak tau..tangan-tangan anak jantan yang buat ketupat ni...


Jumaat, September 19, 2008
TAK BELI APA-APA
OK...Izzah pilihlah nak beli apa..?
Tak nak apa-apa...
Pilih lah...Izzah kan puasa..teringin nak makan yang mana satu..?
Tak ada jual kat sini...
Izzah nak apa ?
Sandwich telur dengan nasi lemak macam mak selalu masak sarapan tu...
huh!
Selepas buat satu pusingan kami berjalan pulang lenggang-kangkung ...mujurlah pasar tu tak luas sangat......kami tak beli apa-apa pun...betul-betul macam itik pulang petang...hanya tersipu-sipu ala-ala model melintasi peniaga-peniaga pasar Ramadan yang murah senyuman tu..
Sampai rumah terkedek-kedek capai periuk belanga pisau senduk....menunaikan hajat anak...

Nota ibu jari
err...bunga pink tu boleh juga dibuat ulam untuk menambah kejelitaan semulajadi.. sebarang kemusykilan selepas memakannya sila tanggung sendiri.
Khamis, September 18, 2008
REZEKI RAMADHAN
Ramadhan sememangnya bulan penuh rahmat dan keberkatan..Alhamdulillah, seribu syukur menyambut rezeki ini..
Spread the love award ini datangnya dari Shinky@Ekah nun jauh di Kabul Afghanistan...Terima kasih,bohut-bohut syukria..:) Cantik bunga tu..manis macam senyuman Ekah...Mudah-mudahan Ramadhan menjadi tali pengikat ukhuwwah berpanjangan antara kita.
Kebetulan Fara @ Chibi kat Quebec City Canada pun kirimkan award yang sama...Thanks Fara..makin meriah laman kakpinat nampaknya...selamat meneruskan ibadah puasa ntuk Fara dan En B...
Cookies yang wow! ini pula datangnya dari Fazlin and the gang...


Selasa, September 16, 2008
Isnin, September 15, 2008
COMOT




15 Ramadhan 1429
Rabu, September 10, 2008
IZZAH PUASA
Semalam sengaja suruh dia tak payah puasa sebab nampak dia letih sangat. Selepas seminggu berpuasa bibirnya nampak kering, lemah dan muka nampak pucat. Hari ni dia berpuasa semula dengan semangat baru....agaknya semalam dah isi penuh tank la tu...
Izzah baru enam tahun dan ada conginential anaemia..memang risau memikirkan risiko jika Izzah berpuasa..tapi kami percaya ada beberapa kebaikan melatih anak berpuasa antaranya
1. Anak akan merasa dirinya diperhatikan Allah dan hampir dengan Allah.Perasaan begitu akan membuatkan anak berlaku ikhlas, jujur dan yakin dirinya dalam peliharaan Allah. Contoh yang selalu kami ucapkan pada Izzah seperti
"kalau Izzah berpuasa nanti Allah sayang.."
" ...Allah jadikan Izzah budak cerdik sebab Izzah rajin puasa.
" Izzah mesti rajin solat, orang yang berpuasa mesti solat ..barulah Allah sayang"
2.Anak akan jadi lebih sabar terutama ketika mengawal emosinya..Anak yang sedang berpuasa mudah meleraikan pergaduhan sesama adik-beradik atau kawan-kawan kerana ruh puasa mengajar mereka sabar menunggu saat berbuka puasa.
3. Anak akan kurang meminta-minta kerana puasa mengajar mereka bersyukur. Pernah sekali Izzah minta makanan yang macam-macam jenis menjelang berbuka...sampai buat list panjang. Bila diceritakan kisah orang susah, anak yatim miskin, orang Islam yang duduk di negeri yang berperang dia mula tenang ( kena pandai goreng..guna psikologi gitu:)....) Kami minta dia pilih hanya beberapa jenis makanan saja dan hari-hari selepasnya dia nampak OK.....makan apa saja yang dihidangkan..bila tanya nak makan apa, dia sebut hanya satu jenis makanan pilihannya saja.
Mengapa melatih anak sejak kecil?
Sesungguhnya pendidikan yang paling efektif ialah mengalaminya secara langsung.Sekalipun berpuasa di bulan Ramadan bagi anak-anak yang belum baligh bukan lah perkara wajib, tetapi kebanyakan ulama memandangnya sebagai sunnah.
Imam Syafie menganggapnya sebagai salah satu cara pendidikan sesuai dengan tahap kemampuan anak itu berpuasa. Ianya sebagai persiapan dan latihan bagi anak-anak bila sampai waktu ibadah itu menjadi wajib mereka tunaikan, Insyaallah tidak lagi menjadi beban atau kepayahan bagi mereka.
Macamana Izzah puasa?
Tahun lepas Izzah sahur pukul 7.oo..sebenarnya sarapan tapi saja sebut sahur...sebagai menandakan permulaan puasa dia. Tahun ini dia bangun sahur sama-sama dan kami pastikan dia minum banyak air. Alhamdulillah mudah nak bangunkan dia...tak ada masalah, seronok saja bangun bersahur ..dan selera makan..
Yang timbul masalah bila dah sejam dua nak masuk waktu berbuka, lebih-lebih lagi bila dah keluar bau masakan dari dapur..mula lah dia tak tentu-arah..asyik keluar masuk dapur, jenguk periuk..lepas tu merengek-rengek...masa ni kena pujuk, lekakan dia, tengok tv, ajak main ker, jalan-jalan ker sementara azan..
Tapi yang paling hiba di hati seorang ibu ialah bila Izzah menutup sahurnya setiap pagi dengan lima biji ubat...
Selasa, September 02, 2008
MASA UNTUK BERPESTA
ALLAHUMMA INNAKA 'AFUWWUN KAREEM
TUHIBBUL 'AFWA FA'FUANNA YAA KAREEM
Salam Ramadhan
Marilah kita bersama-sama meraikan pesta ibadah sepanjang Ramadhan ini.
Siang yang selalu sibuk leka dengan urusan duniawi kita meriahkan dengan solat, tadabbur Al Quran, zikir dan sedekah. Malam yang lazimnya berlalu dalam lena beradu kita hidupkan dengan tarawikh, qiamullail, doa dan amalan-amalan sunat yang lain.
Marilah menadah tangan menyambut kehadiran bulan rahmat dan barakah ini dengan setulus jiwa semata-mata mengharap keampunan dan keredhaan Allah, saling bersilaturrahim sesama insan dan berbuat ihsan kepada makhlukNya.
Ramadan Kareem