Isnin, Oktober 22, 2012
Sabtu, Oktober 20, 2012
SILA BERI CADANGAN YG MEMBINA JIKA TIDAK SUKA
Diam tak diam rupa-rupanya blog ini dah berusia lima tahun. Ramai kawan-kawan yg datang berkunjung,berkenalan,komen,tegur sekali kemudian hilang dan tak kurang juga yg sekadar silent reader.Angin dan kerajinan memblog biasanya pasang surut dan bergantung kepada keadaan dan waktu senggang.Alhamdulillah sekali sekala bolehlah juga senyum simpul sambut cash Nuffnang..hikhik
Kepuasan berblog sebenarnya bergantung kepada niat asal.Saya berblog sekadar untuk mencatat kenangan warna-warni hidup ini dan hati rasa gembira jika dapat berkongsi rasa.Sudi-sudikan komen jika wajah baru blog ini kurang ceria dan jelita.Terima kasih kerana selama ini sudi berkunjung ke blog yg tidak seberapa ini.
Salam Sayang:
PINATBATE ALWAN
Label:
monolog,
Ulangtahun
Jumaat, Oktober 19, 2012
DARI ALAM MAYA KE ALAM NYATA
Subhanallah! tak sangka sungguh Nad @ Anor sampai rumah kecil kami.Persahabatan maya yg bermula sejak 2012 di forum CARI dan kemudiannya di fb akhirnya membawa kpd pertemuan yg sangat bererti.
Kami janji tarikh petang Rabu 17/9/2012 .jadi lepas sekolah jer terus berdesupp lah balik rumah.Tak lama lepas tu diorang pun sampai dalam hujan renyai-renyai
Aksi Jade yg mencuit hati..selalu nampak dalam gambar saja..sekali tengok depan mata rasa nak geget jer pipi comel domok tu..geram!
kakak Ida mula-mula datang bad mood,dahlah hujan masa tu..tapi sekejap jer dah ok..
Kami janji tarikh petang Rabu 17/9/2012 .jadi lepas sekolah jer terus berdesupp lah balik rumah.Tak lama lepas tu diorang pun sampai dalam hujan renyai-renyai
kakak Ida mula-mula datang bad mood,dahlah hujan masa tu..tapi sekejap jer dah ok..
Lasak woo!
Suka sangat tengok gambar ni..sayang betul Kakak Ida dgn adik dia..Jade pun manja sangat dgn kakak dia
Subhanallah! manisnya..dah besar esok sure jadi rebutan ni..^_^
Terima kasih Nad,kesudian Nad datang ke rumah sangat kakpinat hargai..lain kali datanglah lagi
Terharu sangat tau
Mudah-mudahan anak-anak kita nanti dapat meneruskan silaturrahinm yg kita bina.
Cer intai apa bebudak ni buat..
Bila Mat Tempe dan Minah Cheese bertemu..tak taulah apa yg diorang borakkan..dah sorang cakap Peghanchis..sorang cakap jowo kan...ekekeke..Tak kisahlah kan janji teman tapi mesra gittew..
Tak sempat pun nak siapkan hidangan utk family ni..seadanya saja..Minta maaf atas segala kekurangan yer
Terima kasih Atuk Karim dan Nad..Mudah-mudahan lain kali dapat jumpa Abang Adam pulak.Rabu, Oktober 17, 2012
ANAK ANDA RAJIN BACA BUKU TAK ?
Cik Kakak sudah pun selesai menduduki peperiksaan PMR.mudah-mudahan berjaya dengan cemerlang. Minggu ini Izzah dengan Hannah pula nak masuk final exam.Errmm...budak-budak ni tak pernahnya nak study bila masuk periksa..
Pagi tadi suruh diorang berdua baca kat luar supaya tak terganggu dek bising adik yang seorang ni.sekali tengok,rupa-rupanyaa...tengah main masak-masak style pertandingan Master Chef gitu..siap berlakon masuk ujian Cipta Rasa lah..Ujian penyingkiranlah.
Selasa, Oktober 16, 2012
HIDUP ADALAH UJIAN
Telah selesai ujian besar untuk Cik Kakak. PMR 2012.Banyak sudah pengorbanan yang dibuat,segala kepayahan,kesusahan,kesungguhan,membuat perancangan ,menguruskan stress dan munajat yang tidak putus siang dan malam.Semuanya adalah pengalaman yang akan mendewasa dan mematangkan kakak.Insyaallah.
Selepas berusaha dengan sedaya upaya,kita serahkan segala ketentuan kepada Allah. Emak bersyukur dan bangga dengan Kakak kerana kerja kuat dan kesungguhan yang kakak usahakan.Apa saja keputusannya nanti,kita terima dengan redha.
Ingatlah,ujian tidak selesai selepas Kakak melangkah keluar dari dewan peperiksaan.Di luar pintu itu ada berbagai lagi ujian yang lebih besar menunggu. Segala yang kita tempuhi dalam hidup ini adalah ujian untuk menentukan sama ada kita akan menjadi hamba Allah yang lulus atau gagal .Kakak, teruslah berusaha,berfikir dengan matang dan membuat pilihan bijak.

Ahad, Oktober 07, 2012
CEPAT DAN SEDAP DI MAKAN
INI BUKAN IKLAN MAGGIE MEE YE..
Bebola daging Azmy ni memang tak pernah mengecewakan..buat masak apa-apa pun sedap ..rasa dia betul betul kebabowm! Senang citer kalah meatball Ikea tu..
Semalam dah lewat balik dari Majlis Graduasi kat Putrajaya..senang dan mudah masak jer sup..kesukaan Irfan..semua sukaaa..;)
Bebola daging Azmy ni memang tak pernah mengecewakan..buat masak apa-apa pun sedap ..rasa dia betul betul kebabowm! Senang citer kalah meatball Ikea tu..
BEBOLA DAGING AZMY- IKLAN TIDAK BERBAYAR
Isnin, Oktober 01, 2012
Ahad, September 30, 2012
UP SIDE DOWN PINEAPPLE CAKE
Kek Nenas Terbalik sebenarnya..tapi bila sebut bunyi macam kasar sangat sampai macam nak terbalik terbalik meja pulak.Sejak nampak gambar dalam blog Mat Gebu teringin pulak rasa nak membuatnya. Pernah makan pertama kali kat rumah kawan dulu ..ingatkan dia tersilap buat kek,buah nenasnya mendap ke bawah ker aper..? rupanya memang ada kek ni..hihihi
step 1 : atur nenas sekeping masuk loyang,sekeping masuk mulut...sekeping masuk loyang,sekeping masuk mulut ..ulang lagi hingga habis nenas dalam tin hirup pulak sirap dia..ekeke..
Chewwaahh! jadi dah..nampak kertas resepi lagi kat hujung tu..Rupa-rupanya senang jer membuatnya.rasanya mungkin lebih sedap lagi kalau ditambah paste nenas atau jam nenas atau nenas yg di putong kecil-kecil dalam kek. Kek ni dalam kategori kek berat lebih kurang macam kek buah atau kek carrot tu.Simpan semalaman kalau nak lebih terasa moist dan lebih terasa nenasnya .
Jom tengok resepinya..
UP
SIDE DOWN PINEAPPLE CAKE
1 tin nenas dalam tin ,
ditoskan
Ceri merah secukupnya
250 g mentega
5 biji telur gred A, asing kuning dan putih
135 g gula halus
135 g tepung gandum* guna tepung naik sendiri jer..pandai-pandailah kau tepung..
2 camca teh baking powder*ganti dgn soda bikarbonat pulak
1 camca teh esen vanilla *rasanya kalau letak esen pineapple lagi sepadan bagai merpati dua sejoli

Cara membuatnya :
1.Gris
springform pan berukuran 9 inci dengan mentega.
2.Susun gegelang nenas dalam tin seperti dalam gambar mula-mula tu.
Sumbat dengan ceri merah pada setiap lubang nenas tadi (1 biji ceri, belah 2).Terbeli nenas yg saiz besar dan besar pulak bulatan empulurnya sampai masuk 3 biji ceri baru muat.huhuhu.
Ketepikan.
3.Putar mentega dengan sebahagian gula halus dan esen vanilla hingga putih
Masukkan telur kuning satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gebu.
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.
Gaul rata dan ketepikan.
4.Dalam mixing bowl yg bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih
Masukkan baki gula dan terus memutar hingga kembang dan kental.
Gaul putih telur tadi ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan kaedah kaup balik. Kacau rata.
5.Tuang dalam tin tadi dan ratakan.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 50 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2.
6.Sejukkan kek sebelum dihidangkan.
Kek ni memang sedikit turun bila masak.
Kalau suka boleh sapu dengan piping gel atas permukaan nenas untuk nampak lebih berkilat
Kat rumah ni tak payah nak tunggu sejuk..tak sempat nak make up sapu pengilat ker apa..keluar oven jer...

Sabtu, September 29, 2012
MENANGIS
Jangan menangisi masa lalu yang sudah pergi.Ia iktibar dan pengalaman.
Jangan terlalu memikirkan tentang hari depan yang belum pasti. Ia milik Allah.
Nikmati hidup ini dan buatlah seindah mungkin.
menangis kena buli abang..
Yg ni pulak menangis sebab nak ikut abang pergi solat Jumaat..tak sedar diri tu perempuan..
Ahad, September 23, 2012
KEK PISANG SEMPOI
Petang Sabtu banyak betul kerja nak buat..tak habis-habis,tapi syukurlah Irfanboi tak mengacau sebab abang kakak ada di rumah melayan. Yang tak bestnya,Irfan asyik kena buli jer..dah banyak kali abang kakak gayakan Irfan dengan tudunglah,telekunglah..isyy! budak ni sukaaa pulak tu..mengekek dia ketawa , takut pulak dia ingat skarf pink tu pakaian budak lelaki.
Walawei! makan panas-panas dengan teyy O syesyesyedappp!
Minggu lepas kakak ipar bagi pisang ni dua sikat,sesikat dah habis..sesikat lagi terbiar jer.Apalagi..vroommm
Bertukar!
RESEPI KEK PISANG SEMPOI / Sofinar-My Resipi
- 150g pisang emas - dilecek * tadi guna lebih sbb pisang banyak kan..
- 180g tpg gandum
- 180g gula halus /gula icing * kurangkan sikit sbb pisang tu dah manis
- 3 biji telur
- 120ml minyak masak
- 1 sudu teh ovelate * tak pakai pun sbb tak ada
- 1 sudu teh soda bikabonat
- 1 sudu teh baking powder
- secubit garam
Cara-cara
- campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih
- masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
- pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.
Walawei! makan panas-panas dengan teyy O syesyesyedappp!
HAVE A RELAXING WEEKEND !
Langgan:
Catatan (Atom)