Jumaat, Mei 21, 2010

WARNA PELANGI

Bila ada bayi, segala-galanya perlu dibuat segera dan cepat. Terutama jika menjaga diri sendiri tanpa pembantu. Syukurlah my dear darling sanggup buat semua kerja rumah daripada urusan masak-memasak,basuh-membasuh, kemas-mengemas dan urusan anak-anak.. sebenarnya bukan mudah nak dapat peluang berehat dan bermanja macam ni..kalau bukan masa dalam pantang..hukhuk..

Paling bersyukur anak-anak nampaknya rajin menolong abahnya dan tak banyak kerenah. Asyik puji abah masak sedap jer...nampaknya lepas ni mak tak payahlah masak lagi..abah sambung jerlah ambik tender memasak tu...*buat-buat merajuk..sebenarnya yahoo..boleh letak jawatan!!

Hannah pun pandai bawa diri..tidur dengan abang,mandi dengan kak Izzah..pagi-pagi dah bangun bersiap pergi ke rumah ibu pengasuh dia..kadang-kadang dia masukkan sendiri baju dan tuala dia dalam bag..alaa..syahdunya...Sayang kakak Hannah...!

7 ulasan:

  1. Assalamualaikum Pinatbate

    you dear darling mengikut sunah Nabi
    Alhamdulillah
    semoga baby sihat

    Wassalam

    BalasPadam
  2. Salam kak pinat..

    Wowwwww kalau hari2 macam tu..best kan...hehehh

    Cik rozali..betui tu...kalau dia tak larat kena carik pembantu..anak2 juga pembantu yg baik...hikss

    BalasPadam
  3. Atuk Rozali..
    Alhamdulillah..setakat ni masih ok lagi..

    Shami2..
    harap-harap selamanya macam tu lah..
    masa kami hantar balik bibik bulan Feb lps,my darling dah janji nak tolong buat kerja rumah sbb dia tak suka ada pembantu duk sama dlm rumah..rimas katanya..sesekali kami panggil cleaner yg cuci rumah ikut jam tu..

    BalasPadam
  4. jg diri lek lok ek kak pinat..

    BalasPadam
  5. salam from Makkah

    cikgu...nak tengok entry gambar baby lah...pleaseeeee


    waslam

    BalasPadam
  6. semoga terus bahagia bersama keluarga tercinta

    BalasPadam
  7. alahai kakak Hannah dah besar. Boleh jaga diri ek alhamdulillah. Mak pulak boleh rehat panjang (hahaha) bestnya mak
    ** kak pint pantang nang mbando ke?

    BalasPadam