Ramadhan pertama disambut dengan siraman hujan ..dingin dan redup sepanjang hari.

Tahun ini semua dalam rumah ni berpuasa kecuali baby Hannah. Alhamdulillah anak-anak tak susah dikejutkan bersahur dan semuanya nampak bersedia nak puasa dan terawih. Tapi bila dah lepas asar tu mulalah ada yang gelisah..asyik tanya pukul berapa sekarang selang setengah jam sekali..padahal jam dinding ada depan mata boleh tengok sendiri..sabor jer lah.

Cerita terawih
Kami berterawih di surau berhampiran rumah saja. Seperti tahun lalu, nampaknya masalah masih belum dpt diatasi oleh ahli qariah surau kami.Anak-anak kecil yang merengek di kaki ibu sepanjang solat terawih sangat mengganggu..begitu juga yang bermain kejar-kejar sewaktu sesi tazkirah selepas solat witir. Tambah terkilan di dalam hati bila ada dua orang adik beradik perempuan bermain nyorok-nyorok di sebalik tabir yang memisahkan jemaah lelaki dan perempuan sambil menyanyi lagu hari raya betul-betul di tepi saya! Sewaktu seorang makcik menegur anak-anak itu dengan lemah-lembut dan berhemah, ibunya sekadar menjawab " biasalah!..budak-budak ni memang suka menyanyi...."....Saya berdoa semuga saya diberikan jiwa yang lapang mengharung ujian kecil ini.

Ada juga jemaah yang pakai mask pergi surau..bagus tu, solat gunakan mask harus hukumnya ketika keadaan darurat seperti menjauhi bencana jerebu atau wabak..asal saja dahi terbuka mencecah lantai..Isyy!..mana ada orang pakai mask tutup dahi lak kan..
Ustaz Hasrizal ber pesan dalam tazkirahnya , jamaah digalakkan pakai facemask. Kalau tak sihat atau high risk, tak perlu datang berjemaah hatta solat Jumaat juga tidak wajib. Doa dan ikhtiar kita mesti seiringan dengan usaha mengawal wabak H1N1.
berselera tgok juadah
BalasPadamberbuke puase akak sekeluarga.
Selamat berpuasa kak..!
selamat beribadah sekeluarga cikgu pinat.
BalasPadamGembira berpesta ibadah bulan ramadan.
Pinat,
BalasPadambila kah hari yg bahagia akan dapat Sally merasai juadah ituuuuu..sedapner nampakkk..
Meen..
BalasPadamjuadah biasa jer..kalau boleh tak nak biasakan anak gi Pasar Ramadhan ..masak sendiri jer kat rumah.
Selamat berpuasa Meen..
Kak Lela..
BalasPadamSelamat berpesta juga buat Kak lela...semuga kita dapat merebut peluang yang ditawarkan sebaik mungkin.
Tchersally..
BalasPadamSila..sila ..kita duduk bersila..moh makan sama..tak de lah sedap mana..rendang tok tchersally tu apa kurangnya!
Azla.... sedap tu.. banyaknye makanan, habis x, naik sekolah nanti bawa lah kurma tu...
BalasPadamRajin juga memasak ye...
Ayyoyooo !
BalasPadamini first time ada org tulis my real name dalam blog!
menggigil ni...!
salam akak PInat...
BalasPadamsya teringin snagt lah kueh tuh..agar agar ker..hmmm sdpanyer kalau di amik dari peti sejuk...
akak sya nakkkkkkkkkkk
syukran
waslam
Cik Lie..
BalasPadamaduhai kesiannya ..kalau dekat bolehlah kakpinat hulur sepiring ..memang buat banyak pun puding tu ,tujuannya nak bawa moreh ke surau dan bertukar juadah dengan jiran-jiran..sejuk keluar dari peti ais ni...sluurrpp!
meriahnya makanan enti ya Puan Pinat...!!!
BalasPadamPuding marble tu cantik dan sungguh menyelerakan .
BalasPadamBab kanak2 main nyorok2 dalam surau tu memang tak patut betul mak dia biarkan , mengganggu betul . AJK surau kena ingatkan ibubapa agar awasi anak2 atau tak payah datang kalau setakat nak buat bising dalam surau.
Ibubapa yang peka tidak akan membiarkan anak2 kecil menganggu jemaah lain...ya lah, kadang2 tegur pun susah, tak tegur lagi susah!
BalasPadamYang senang kita suruh AJK surau / masjid ke...buat pengumuman - beres!
Salam Ramadhan..
BalasPadamKalau perempuan pakai purdah dah tak payah pakai mask la kan.....
hehe, ada 2 versi, mcm kat rumah mak mentua saya je... byk food ada 2 versi. mak sayang anak², kan, buat keje 2 kali pun takpe :)
BalasPadamSalam. Nak tanya kat mana boleh beli rutob kuning atau merah tu?
BalasPadam