Isnin, Mei 04, 2009

SEPANJANG JALAN


Sesiapa yang melalui jalan Kuala Selangor-Sabak Bernam pasti akan nampak deretan gerai-gerai dengan papan tanda begini sepanjang jalan..kalau pandai tawar menawar akan dapat harga sepuluh ringgit untuk tiga kilogram mentarang yang besar dan segar..kalau tidak, penjual akan menawarkan harga istimewa RM7.00 sekilo..senyum..

Beginilah rupa mentarang yang sudah direbus..Pelbagai cara memasak mentarang tetapi yang paling popular ialah rebus dengan bawang serai macam merebus kerang tu atau isinya di masak lemak cili api (kopek kulit dulu)..Boleh juga masak goreng bercili ala-ala chilli crab dan kalau terlebih rajin sesuai juga dibuat rendang mentarang ini...Fuhh! meletop...
Awas! gout members dinasihatkan supaya tidak bermanja-manja dengan Encik Mentarang ini..

Setiap kali melintasi jambatan Sg Buluh yang sibuk pasti akan terlihat arca kusyen dan rim kereta yang nampak sangat pelik berlatar belakangkan bangunan kedai antik..huhuhu..serious tak faham apa mesej benda-benda ni ..tapi entah mengapa minggu ini arca ini sudah hilang! Agaknya ada yang dah jadi mangsa denggi atau chikungunya kot...

17 ulasan:

  1. nie br 1st time dgr pkataan mtarang.. sib baik sy bkn pgemar hidupn bcengkerang keras bgini.. kalo tidakkkk.. OH! TIDAKKK..

    camne nk uat cendol perantau? leh akk bg resepi x?.. hehe member kat cni pnh uat tp guna t.kcg hijau Msia.. kat cni, xado:( tingin noi nk mkn summer nnt..

    BalasPadam
  2. Pinat,
    lama tak jumpa!..hehe..jumpa d alam maya..mentarang tu sepupu lala ke? nampak mcm sedap je kan!

    BalasPadam
  3. LIZA...tak ada tpg kacang hijau? tak per..
    BHN CENDOL PERANTAU (sukatan nak buat kenduri cendol ni..)
    -tepung beras(1 paket tepung=5 cwn air)agak-agak lah klu nak buat sikit..
    -tepung sagu (untuk kilatkan cendol) satu sudu besar sahaja
    -air pandan (kisar daun pandan dgn air-tapiskan)pakai pewarna pun jadikk..
    -sedikit air kapur (supaya adunan cendol kental)tak payah letak pun jadikk jugak..
    CARA
    Campurkan kesemua dgn air.,masakkan atas api kecil, sentiasa kacau untuk pastikan ianya tak berketul-ketul, setelah agak likat dan masak, angkat.
    test tenyeh adunan tu dlm acuan yg ada periuk berisi air divbwhnya,kalau cendol tu timbul balik makna nye adunan tadi dah masak ler.
    MEMBENTUK CENDOL
    kalau tak ada acuan boleh guna pengukus b'lubang yg atas rice cooker tu..kalau tak ada juga jwbnya kena korbankan satu periuk kecil dan lobangkan periuk pakai paku buat macam penapis.. lubangnya sebesar lubang acuan kuih jala,tekan adunan cendol tadi biar dia jatuh berjurai dlm mangkuk yang berisi air .
    BANCUHAN CENDOL
    Bahan asal air gula melaka dan santan ...kalau terdesak pakai susu cair dan brown sugar pun jadikk..nak guna susu soya dan maple syrup pun boleh saja..PERANTAU kan...:)

    BalasPadam
  4. mak aikk..org JAPAN punya pasal...
    jadi entry CENDOL PERANTAU pulak..
    hikhikhik...

    BalasPadam
  5. Tcersally..
    Yup..kakak sepupu yang sulung..lala tu kecil halus..mentarang ni saiz sebesar lokan..memang sedap!

    BalasPadam
  6. salam..........
    macam best tengok resepi cendol. nak cuba gak lah nanti. nak tanya lah, gambar sawah tu kat mana yek??? cantik berlatarbelakankang gunung. macam kat sawah ring

    BalasPadam
  7. Miss illya..
    Tu gambar sawah dekat Langkawi..kakpinat tertarik dgn kerbau tu sebenarnya..:D

    BalasPadam
  8. arca itteww sudah hilang? x patut, me x tangkap gambaq lagikks.. ihiks

    BalasPadam
  9. Mentarang......Pak man belum pernah cuba lagi. Agaknya rasa dia lebih kurang sama macam lala lah ye.

    BalasPadam
  10. Salam kak pinat...

    Mentarang!!!tak pernah cuba ustazah dok sebelah saya kata rupa macam cicak...

    Lokan camna lak ye...

    BalasPadam
  11. amboi kak pint...........
    balik kampong erk syiokn yaaaaaaaaaa
    kak award akak saya lom tampal lagi
    nak kena buat tag tu
    nanti saya siapkan erk............

    BalasPadam
  12. mmg byk spjg jalan ke sabak bernam...
    erm, tak pnh makan, tapi katenye ade skill nk masak bende nih...

    ade bende dalam tu yg kene buang dulu sblm masak, kalau tak saket perut...

    BalasPadam
  13. ooo. kat langkawi, saya ingat kat sebab ternampak ada rumah idaman saya. hehe. salam perkenalan kak..........

    BalasPadam
  14. en_me..
    tu la..lambat sangat!lain kali kena cepat dan tangkas macam James Bond..hehehe


    PakMan..
    rasanya lebih kurang macam adik beradik dia tu lah..haiwan bercengkerang..

    BalasPadam
  15. cikgu mas..
    kakpinat tak perasan pun rupanya mcm cicak!tapi bila fikir balik..yer lahh..ahaks..geli pulak rasa tekak..


    dila...
    syiookkkk....
    yok balik yok..

    BalasPadam
  16. Chekgu BH..
    skill nak masak kena cuci bersih sebab lumpur pun masuk dlm cengkerang dan dlm cengkerang tu ada 'sekeping' cengkerang nipis antara isinya,kalau tak perasan kita akan tertelan sekali dgn isinya..tu yg boleh sakit perut tu.


    Miss illya..
    rumah idaman di tengah sawah..wow!nyaman..

    BalasPadam
  17. lamanya tak makan mentarang...

    BalasPadam